Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:03 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Perhatian Warga Penang - Mari Berniaga Lilin Di Depan Bangunan SPRM

Posted: 29 Jun 2016 08:12 AM PDT

Beliau bertaraf Ketua Menteri. Status politiknya merupakan Setiausaha Agung parti cauvinisme kepada DAP dan Boss Besar kepada parti PAN. Namun, apabila beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dua kes rasuah, tidak ramai yang sanggup datang untuk bersolidariti di hadapan bangunan SPRM.

Kehadiran penyokong beliau malam ini bersama-sama lilin untuk upacara vigil amat mendukacitakan. Tiada kelibat Tuan Presiden PAN, Mat Sabu. Mungkin beliau sedang bersedih mengenangkan siapa yang akan memberinya dedak selepas ini. Namun yang nyata, Rakyat Pulau Pinang boleh buat duit malam ini sekiranya berniaga lilin di sini.


Maaf CTS terkhilaf, Mat Sabu ada sebenarnya malam ini mempertahankan Boss Besarnya.

Terkini - Adakah Tokong Komtar Akan Ditangkap Hari Ini?

Posted: 29 Jun 2016 02:30 AM PDT

Spekulasi bertiup kencang bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph  Lim Guan Eng akan ditahan berhubung siasatan pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah harga pasaran.

Buat masa ini, wartawan serta jurugambar sedang berkumpul di bangunan Komtar kerana menjangkakan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menangkapnya pada bila-bila masa.

Difahamkan pegawai-pegawai SPRM sedang menunggu Lim Guan Eng menghabiskan mesyuarat EXCO di Komtar sebelum menyerahkan waran tangkap kes banglo. Biasanya mesyuarat habis 4.00 petang.


6.05 PM: EXCO Pulau Pinang, Dr Afiff Bahardin di dalam laman sosial Facebook mendakwa pegawai-pegawai SPRM telah menyerahkan waran tangkap kepada ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di bangunan Komtar tadi.


6.20 PM: Waran tangkap sudah diserah oleh pegawai-pegawai SPRM kepada Lim Guan Eng sejurus habis mesyuarat EXCO. Kini hanya menunggu hendak membawanya ke pejabat SPRM.

6.40 PM: Akhirnya Tokong Komtar berjaya ditahan SPRM.


Netizen Kecam YB DAP Lim Hock Seng Gelar Bodoh Kepada Penonton Dalam Debat Isu Lebuhraya Dan Terowong

Posted: 28 Jun 2016 08:42 PM PDT



Semalam, Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan parti Gerakan telah mengadakan majlis debat berhubung isu lebuhraya dan terowong dasar laut bertajuk "Tiga Lebuhraya dan Terowong Bawah Dasar Laut". Debat tersebut melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang, YB Lim Hock Seng dan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng.

YB DAP Lim Hock Seng dalam debat semalam tidak bertindak profesionalisme dan berlagak seperti samseng apabila beliau menempelak di atas pentas debat berkenaan dengan mengatakan penyokong parti Barisan Nasional dan pengundinya adalah golongan yang "bodoh" dan "celaka". Lihat video di bawah.


Inilah wajah DAP yang sebenar. Golongan samseng dan kuat maki hamun. Bila sudah kalah debat, jadi macam orang gila. Dulu ramai orang Cina tidak nampak perangai sebegini. Semalam, mereka sudah saksikan sendiri. Negara boleh hancur jika pemimpin sebegini memimpin negara. Golongan seperti inipun masih ada yang hendak mengundi DAP dan parti proksi mereka PAN.

Netizen kebanyakan mengecam dan marah dengan sikap tidak profesional pemimpin DAP YB Lim Hock Seng ketika berdebat dengan menggelar lawan dan penonton sebagai "bodoh" dan "celaka" berulang kali.

Comments (0)