Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:50 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Ahli Parlimen PKR Selayang Berucap Di Dewan Solat Masjid - Sudah Masuk Islamkah Beliau?

Posted: 26 Jun 2016 10:05 PM PDT


Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong Jee Ken dilaporkan berucap dari dalam bahagian Dewan Solat Masjid Al-Mutaqqin sempena majlis Tadarus Al-Quran dan pemberian sumbangan hari raya yang diadakan di masjid itu, Sabtu lepas.

Tindakannya ini secara jelas telah melangar titah DYMM Sultan Selangor bertarikh 28/08/2010 yang melarang orang bukan Islam dari memasuki ruang utama solat masjid dan surau di seluruh negeri itu. Sila baca di sini.


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu menjalankan siasatan segera kerana selain melanggar titah DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di negeri berkenaan, tindakan Ahli Parlimen itu juga telah mencemarkan kesucian Masjid, melainkan Ahli Parlimen berkenaan sudah mengucap dua kalimah syahadah. Lebih-lebih lagi kejadian sebegini berlaku di bulan Ramadhan yang mulia.

Comments (0)