Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:19 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Beli Hati Pengundi Pandan Dengan Beras Bukan Kebendaankah Sotong @RafiziRamli ?

Posted: 21 Jun 2016 08:08 PM PDT

Setiausaha Agung PKR di dalam 'post mortem' beliau berkata pengundi-pengundi di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ada penyakit kebendaan antara punca PAN (baca DAP) mengalami kekalahan yang besar dan memalukan. Apa yang beliau maksudkan adalah pengundi-pengundi telah dibeli hati mereka dengan kebendaan.

Semalam, beliau mengedarkan beras yang mempunyai wajah Anwar Ibrahim dan duit raya di kawasan Parlimen Pandan. Bukankah apa yang beliau lakukan boleh didefinisikan sebagai membeli hati pengundi-pengundi Pandan dengan kebendaan? Kata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih. Jika pihak lain lakukan semuanya salah, semuanya rasuah. Kalau si sotong yang lakukan boleh dan tidak mengapa.

Menghulurkan bantuan kepada Rakyat yang susah dan memerlukan adalah kerja-kerja prihatin lagi mulia tetapi jangan hanya menyerang pihak lain membuat kebajikan dengan tuduhan semuanya salah belaka, dan apabila tiba diri sendiri lakukan dikira terhormat.

SPAD Harap Orang Ramai Jangan Berurusan Dengan Ulat Tiket

Posted: 17 Jun 2016 08:45 PM PDT


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah dan akan meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan bagi membanteras 'ulat tiket' terutama pada musim perayaan. Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguat Kuasa SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, berkata individu terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 dan penjara lima tahun atau keduanya sekali, jika sabit kesalahan. 

SPAD kata beliau akui setiap kali musim perayaan, ulat tiket akan mengambil peluang menjual tiket dengan harga lebih tinggi bagi mencari keuntungan. SPAD akan berusaha menangani masalah ini dan berharap orang ramai tidak terpedaya dengan ulat tiket, Beliau berkata demikian ketika menyertai 'Ops Tegas' di Jalan Sultan Mahmud, semalam.

Ops Tegas membabitkan tiga pegawai dan 70 anggota SPAD, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Dalam operasi dua jam itu, hampir 280 kenderaan diperiksa dan 20 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Datuk Che Hasni juga mengingatkan pengusaha bas supaya memohon Lesen Perubahan Sementara (LPS) jika mahu menggunakan bas tambahan.

Comments (0)