Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:06 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Masjid Joseph Lim Guan Eng

Posted: 20 Jun 2016 06:58 AM PDT

Tersebar di dalam media-media sosial tentang penubuhan masjid baru di Pulau Pinang yang kononnya dibina oleh kerajaan Lim Guan Eng. Dalam pada masa yang sama juga netizen turut memperlekehkan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan.

Kalau betulpun Masjid ini dibina oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, Kerajaan Persekutuan telah pun membina ribuan masjid sejak merdeka malah telah terbina banyak masjid-masjid sebelum wujud kerajaan DAP sekalipun. 

Jika dengan membina satu masjid layak dipuja dan dipuji sebegitu rupa, maka adalah lebih layak Kerajaan Persekutuan Islam yang sedia ada dipuja dan dipuji dari kerajaan DAP Lim Guan Eng.

Pembinaan masjid oleh parti kafir bukanlah satu alasan untuk memuliakannya lebih dari orang Islam. Orang Islam tetap lebih mulia dengan tauhidnya kepada Allah.

Perlu diingat ini bukanlah masjid pertama dibina oleh orang kafir. Di zaman Rasulullah SAW juga pernah berlaku peristiwa sebegini iaitu peristiwa pembinaan Masjid Dhirar. Masjid Dhirar dibina bertujuan untuk memecah belahkan Umat Islam pada masa itu.

Bukanlah kita nak kata masjid yang dibina oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang itu Masjid Dhirar tapi jika pembinaan masjid untuk orang Islam lebih berpecah belah, sudah ada satu ciri-ciri tersebut bukan?

Tahniah di atas penubuhan masjid baru. Cuma CTS agak hairan apa perlunya Mufti Perlis datang ke majlis perasmian Masjid tersebut kalau Mufti Perlis hanya hadir sebagai Rakyat Pulau Pinang? Apakah ada agenda di sebaliknya?

Kesian Cucu Tun Dr Mahathir Balik Kampung Naik Bas Murah

Posted: 19 Jun 2016 11:52 PM PDT

Seronok juga jadi anak DS Mukhriz dan cucu Tun Dr Mahathir ni ye. Dapat guna jet peribadi untuk balik berhari raya. 

Jangan ditanya siapa yang menanggung perbelanjaan ini kerana bagi minions ProTun, asalkan bukan Rosmah Mansor yang berada di dalam jet peribadi itu, semuanya dibolehkan. 

Kalau orang kampung CTS hendak balik Aloq Setaq sekarang pastinya sedang berebut tiket Bas ni. Ko Adooooooo?

MCA Akui Pembebasan Dua nelayan Sekinchan Faktor Cina Sokong BN

Posted: 19 Jun 2016 08:00 AM PDT


Keputusan PRK Parlimen Sungai Besar semalam menyaksikan peningkatan sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) sebanyak 35% berbanding hanya 13% pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ini sekaligus melepasi sasaran sekurang-kurangnya 30% yang ditetapkan Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak. 

Secara keseluruhan kawasan yang dijaga MCA mendapat 40% pengundi, termasuk selain daripada kaum Cina dalam kawasan Sekinchan. Calon BN, Budiman Mohd Zohdi menang dengan majoriti besar 9,191 undi mengalahkan calon PAS yang merupakan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman dan calon PAN, Azhar Abdul Shukur yang juga Pengerusi PAN Sungai Besar.

Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon mengakui kejayaan kerajaan BN membawa pulang dua nelayan Sekinchan yang ditahan di Indonesia Khamis lalu antara faktor yang melonjakkan sokongan pengundi Cina pada PRK Sungai Besar.

Chua Lee Teck, 46, bersama rakannya, Heng Chee Yong, 29, sepatutnya ditahan dua tahun empat bulan di negara jiran kerana didakwa menceroboh perairan Indonesia selepas ditangkap pihak berkuasa republik itu pada 4 Mac lalu. Mereka dibebaskan Khamis lalu selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo menandatangani surat pengampunan mereka.

Senator Chong menyifatkan PRK itu sebagai satu permulaan buat MCA untuk meneruskan misi mentransformasikan parti berkenaan. Beliau berkata semangat kerjasama yang bagus terjalin antara parti komponen BN iaitu UMNO, MCA dan Gerakan membolehkan kemenangan tersebut memihak kepada kita bagi melebarkan majoriti berbanding PRU13. Pada PRU13, BN meraih majoriti sebanyak 399 undi bagi kerusi Parlimen Sungai Besar.

Operasi Pengangkutan Awam Dipertingkatkan Di Musim Perayaan - SPAD

Posted: 18 Jun 2016 08:30 AM PDT


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memperhebatkan operasi dan penguatkuasaan sehingga menjelang musim perayaan bagi memastikan pengusaha pengangkutan awam mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata pengusaha pengangkutan awam perlu mematuhi beberapa aspek merangkumi faktor keselamatan serta harga tambang bas.

Menurut Datuk Che Hasni, pada musim perayaan ini, pengangkutan seperti bas dan teksi menjadi pilihan pengguna. SPAD akan pertingkatkan serta memperluaskan lagi operasi ini di negeri-negeri yang lain di samping memastikan harga tambang pengangkutan awam tidak dinaikkan sewenang-wenangnya. Menurutnya pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha mahupun pemandu yang dikesan melakukan perbuatan terbabit dan tindakan tegas akan dikenakan.

Jelas Datuk Che Hasni, SPAD turut bekerjasama dengan beberapa agensi yang lain termasuk Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) bagi memastikan para pemandu bas tidak berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika menjalankan tugas. Ujian air kencing akan dilakukan kepada pemandu bas memastikan mereka bebas daripada sebarang bahan terlarang.

Datuk Che Hasni berkata pemeriksaan di terminal bas juga turut dilaksanakan selain rondaan di jalan raya termasuk di laluan Lebuhraya Pantai Timur. Katanya SPAD turut melaksanakan Op penyamaran bagi mengesan dan mengambil tindakan ke atas para pemandu yang melakukan kesalahan. Sementara itu, beliau berkata pengusaha bas tambahan juga perlu mendapatkan Lesen Perubahan Sementara (LPS) untuk menjalankan perkhidmatan itu pada musim perayaan ini.

Beliau berkata pada kebiasaannya, pada musim perayaan sebanyak 500 hingga 1,000 permohonan LPS diterima di seluruh negara membabitkan kesemua destinasi. Permohonan itu bergantung kepada keperluan semasa dan kita yakin ia mencukupi untuk membawa orang ramai ke destinasi masing-masing.

SPAD Kemuka Cadangan Transformasi Industri Teksi Kepada Kerajaan

Posted: 18 Jun 2016 08:00 AM PDT

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam cadangan Program Transformasi Industri Teksi telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan untuk memperincikan penyelesaian bagi meningkatkan tahap mutu perkhidmatan serta menggalakkan persaingan yang sihat di dalam industri teksi negara. Antara lain program berkenaan menjelaskan tentang perlunya membenarkan dari segi undang-undang perkhidmatan Uber dan Grab serta menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi. 

Dalam Kenyataan Media yang diedarkan hari ini, cadangan itu bertujuan membenarkan dari segi undang-undang pola permintaan yang dipacu teknologi bagi mengawal selia perkhidmatan e-hailing (e-panggilan) seperti Uber dan Grab, di samping menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi sedia ada agar mereka mempunyai peluang secara adil untuk terus berdaya saing.

SPAD juga mengesyorkan agar lesen baharu dikeluarkan kepada pemandu teksi yang mempunyai rekod prestasi bersih bagi memupuk semangat keusahawanan di peringkat individu. Ia juga menyediakan pilihan yang munasabah bagi pemandu teksi yang berkelayakan, untuk keluar daripada belenggu sistem pajak. SPAD juga turut mencadangkan lebih banyak pilihan model kenderaan bagi kegunaan pemandu teksi.

Kenyataan Media penuh SPAD boleh dirujuk di bawah.


3 Kanak-Kanak Sekinchan Perolehi Kewarganegaraan Hasil Bantuan DS Liow Tiong Lai Dan DS Zahid Hamidi

Posted: 16 Jun 2016 08:30 PM PDT


3 kanak kanak yang mempunyai masalah untuk didaftarkan, telah mendapat sijil kerakyatan mereka dalam masa 3 minggu selepas diberitahu akan masalah ini kepada DS Liow Tiong Lai dengan mendapat kerjasama Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid Hamidi. 3 kanak kanak yang mendapat surat kerakyatan dikenali sebagai Jing Teng, Yi Tong dan Melvin.

Ketika berkempen di Sekinchan Presiden MCA sempat memberi tahu kepada wartawan betapa masalah kanak kanak tidak mendapat Sijil kerakyatan kerana hasil perkahwinan warga tempatan dengan warga asing. Perkara berkenaan dapat diselesaikan apabila DS Liow dibawa bertemu dengan mereka. 

DS Liow juga turut memberitahu proses untuk mendaftarkan mereka pasti memakan masa kerana perlu lalui pelbagai peringkat.DS Liow berkata, bukan salah kanak-kanak berkenaan tidak mempunyai kewarganegaraan, mereka tidak berdosa malah ketika lahir juga mereka tidak ada kewarganegaraan.

Nampak amat jelas ketara gandingan antara pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dapat menyelesaikan banyak perkara yang rumit. Ini termasuklah pembebasan nelayan oleh negara Indonesia juga hasil kerjasama antara pemimpin UMNO dan masyarakat Cina.

DS Liow turut berpesan kepada pengundi-pengundi Cina supaya berhati-hati dari mengundi PAS dan PAN, kerana kesilapan mengundi mereka akan menyebabkan masyarakat Cina bakal menerima apa yang mereka tidak suka dan menyusahkan mereka. DS Liow juga berharap orang Cina tidak tersilap pilih dalam kedua-dua PRK ini dengan mengelakkan dari mengundi PAS dan PAN selain memilih BN.

Comments (0)