Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:57 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Mukhriz Mahathir Buat U-Turn?

Posted: 19 Jun 2016 08:17 AM PDT

Terkejut juga apabila membaca 'fanpage' DS Mukriz Mahathir. Mana taknya, beliau tidak pernah turun untuk berkempen untuk kedua-dua calon Barisan Nasional (BN) dan ditambah dengan bapanya, Tun Dr Mahathir yang aktif berkempen untuk calon-calon PAN di kedua-dua PRK.

Hari ini beliau telah memuat naik satu poster mengucapkan tahniah kepada kedua-dua calon BN yang menang dalam PRK semalam. Apakah DS Mukhriz Mahathir telah bertaubat dan membuat 'u-turn'?

Adakah DS Mukhriz meninggalakan Mantan Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin keseorangan berikutan kes penceraian seorang peguam terkenal esok yang turut membabitkan skandal TS Muhyiddin Yassin? Adakah beliau keliru atau jiwa kacau? Apa komen minions?

Kemenangan Bergaya BN Di #PRKSgBesar & #PRKKualaKangsar, Malaysiakini Bertukar Jadi Portal Sukan

Posted: 18 Jun 2016 07:13 PM PDT

Hari ini dalam sejarah. Kelab-kelab 'fanpage' penyokong bakal Ketua Pembangkang, Tun Dr Mahathir seperti Kelab Che Det (KCD) dan Saya Sayang Tun Dr Mahathir (SSTDM) diam seribu bahasa sejak semalam. Kedua-dua 'fanpage' ProTun-DAP ini tidak melakukan sebarang posting lebih 24 jam!

Paling mengejutkan portal Malaysiakini juga turut berubah wajah.Terkejut CTS bila bangun tidur pagi ini melihat portal Malaysiakini sudah berubah jadi portal sukan! Kenapa ini berlaku? Adakah Malaysiakini telah bertukar daripada pakar Pilihan Raya kepada pakar Bolasepak Euro.

Buat KCD, CTS tanya apa khabar? Selamat pagi Malaysia!

Comments (0)