Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:50 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Keputusan Tidak Rasmi & Rasmi #PRKSgBesar #PRKKualaKangsar #SCS93

Posted: 18 Jun 2016 05:21 AM PDT

Kesimpulan keputusan di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah kedua-dua calon Barisan Nasional (BN) menang bergaya. Harapan bakal Ketua Pembangkang, Tun Dr Mahathir untuk melihat calon-calon BN hilang deposit tinggal mimpi ngeri beliau. Shame on you Tun.


Keputusan rasmi dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR):

Calon PAN Tiba Di Pusat Mengundi Keseorangan

Posted: 17 Jun 2016 09:00 PM PDT

Masa senang bersama, masa susah keseorangan. Mana Tun Dr Mahathir? Mana Lim Kit Siang? Mana Mohammad Sabu? Mana penyokong-penyokong? Sedih melihat calon PAN, Dr Termizi Ramli tiba di Pusat Mengundi Taman Bunga Raya berseorangan.

Walaupun beliau tidak boleh mengundi kerana berdaftar dan tinggal di Shah Alam, setudak-tidak iringlah beliau untuk melawat kononnya pengundi-pengundi beliau. Adakah ini tanda PAN akan kehilangan deposit pilihanraya malam ini?

Kedua-Dua Calon BN Boleh Mengundi, Calon Pan Dan Pas? #PRSgBesar #PRKKualaKangsar #SCS93

Posted: 17 Jun 2016 08:11 PM PDT


Cakap banyak tak mau. Kedua dua-dua calon Barisan Nasional (BN) hari ini, YB Budiman Mohd Zohdi dan Datin Mastura Yazid telah menunaikan tanggungjawab nereka sebagai pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ini barulah nama calon yang bertanggungjawab. Bertanding di mana tempat mereka sendiri menjadi pengundi. Di mana calon-calon PAN dan PAS. 

Kedua-dua calon BN mengundi pagi ni. Apa cerita 'calon tempatan' jadi-jadian PAS & PAN? Mengundi kat mana?

Hangpa bukan pengundi di sinikah? Bagaimana hangpa boleh mengharapkan untuk menang sebagai calon kalau satu undipun tidak boleh diri sendiri berikan?

Fitnah Fasa Terakhir Ke Atas YB #InilahBudiman Di PRKSgBesar #SCC93

Posted: 17 Jun 2016 02:48 PM PDT

Beberapa pamplet telah didapati diedarkan di kawasan Parlimen Sungai Besar. Fitnah fasa terakhir untuk mengakis kepercayaan pengundi-pengundi Sungai Besar ke atas YB Budiman Mohd Zohdi. 

Berikut adalah jawapan yang diberikan sendiri oleh YB Budiman ke atas fitnah tersebut:

1. Tiada DUN Sungai Besar, sebenarnya DUN Sungai Panjang.
2. Tiada Yayasan Penyayang, sebenarnya Yayasan Harapan Budi.
3. Tiada chalet peribadi, sebenarnya rumah tetamu untuk rakan-rakan saya hadir dari luar kawasan.

Para perayu undi pembangkang cuba untuk membuat fitnah tetapi mereka tidak mempunyai fakta yang betul atau cuba memanipulasikan fakta.

Apalah agaknya serangan peribadi untuk tempoh beberapa jam nanti sebelum oengundian ditutup pada pukul 5.00 perang nanti. Diharap #inilahbudiman tenang hadapi fitnah dan Insya Allah kemenangan akan bersama YB.

Comments (0)