Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:25 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Kehadiran Luar Biasa Masyarakat Cina Dalam Ceramah Perdana MCA #PRKSgBesar Semalam Harap Dapat Diterjemahkan Dalam Bentuk Undi #SCS93

Posted: 17 Jun 2016 09:10 AM PDT

Kehadiran luar biasa Masyarakat Cina di dalam Ceramah Perdana MCA di Sekinchan, Sungai Besar, semalam diharapkan dapat diterjemahkan dalam bentuk undi hari ini.

Kehadiran Masyarakat Cina semalam amat meyakinkan dan mengatasi mana-mana ceramah DAP dalam kempen Pilihanraya Kecil Sungai Besar hari ini. Aura Budiman terserlah dengan laungan "Ah man Ah man" mengiringi kehadiran Budiman masuk ke tempat ceramah.

Majoriti yang hadir dari kaum Cina. Ini mesej yang jelas bahawa ada anjakan besar undi 13,000 pengundi Cina kepada BN esok. Berbanding ceramah DAP yang hanya dihadiri 300 orang sahaja di hadapan Pejabat DAP Sekinchan.

Masyarakat  tempatan terutama pengundi-pengundi Sekinchan khasnya sudah jemu dengan tipu helah Pakatan Harapan yang tiada pendirian, tang sentiasa berdolak dalik dan sikap ADUN DAP di kawasan berkenaan, Ng Sue Lim yang gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik sejak menjadi Wakil Rakyat Sekinchan sejak Pilihanraya Umum yang lepas.

Dengan kembalinya keyakinan Masyarakat Cina ini dapat dijadikan penanda aras adakah Masyarakat Cina di Selangor kembali kepada MCA dan Barisan Nasional.









Esok Bakal Menentukan Aura Tun Mahathir, Calon BN #PRKSgBesar Hilang Deposit Atau Tidak #SCS93

Posted: 17 Jun 2016 07:20 AM PDT

Bakal Ketua Pembangkang, Tun Dr Mahathir hari ini menghabiskan masa hari terakhir kempen PRK Sungai Besar untuk bersama-sama dengan calon PAN. Beliau yang agak yakin calon PAN (baca DAP) bakal menang dan calon BN, Budiman Mohd Zohdi bakal kehilangan deposit pilihanraya.

Agak pelik juga apabila Mantan Timbalan Perdana Menteri yang turut berkempen untuk calon PAN (baca DAP) di Sungai Besar, tidak duduk semeja dengan Tun Dr Mahathir di dalam majlis hari ini. Apakah berlaku perselisihan faham antara keduanya memandangkan umum sudah lama tidak melihat mereka sepentas.

Sama-sama kita nantikan malam esok sama ada Tun Dr Mahathir masih lagi ada aura untuk mempengaruhi orang ramai atau beliau sekadar kakitangan Kerajaan yang sudah bersara yang inginkan perhatian dan kurang kasih sayang.

Akaun Sumpah Berkanun Membabitkan Mantan Timbalan Perdana Menteri Terbongkar #PRKSgBesar #SCS93

Posted: 17 Jun 2016 07:03 AM PDT

Akaun Sumpah Berkanun yang membabitkan Mantan Timbalan Perdana Menteri telah didedahkan di media sosial hari ini. Akaun Sumpah Berkanun ini membabitkan nama TS Muhyiddin Yassin yang dikatakan mempunyai skandal dengan isteri orang sehingga memaksa kes penceraian berkenaan dibawa ke mahkamah.

Agak sedih bila bekas pemimpin besar yang bercakap soal kebesihan dan kemuliaan disabitkan dengan skandal. Benarlah kata pujangga, seorang pemimpin hebat jatuh bukan kerana salah urus tadbir beliau, tetapi kerana Wanita. Semoga Akuan Sumpah Berkanun ini tidak benar.

TS Muhyiddin Yassin hari ini buat pertama kali muncul di Sungai Besar, yang ditemani anggota Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM), hadir memberikan sokongan kepada calon Amanah, Azhar Abdul Shukor.

Beliau dilihat beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai di Pasar Awam dan Pasar Tani Pasir Panjang kira-kira jam 9.30 pagi tadi. Adakah TS Muhyiddin bertekad memaksa Lembaga Disiplin UMNO untuk memecat beliau kerana berkempen untuk pembangkang?

Peluru Fitnah Terakhir Menyerang Datin Mastura #PRKKualaKangsar

Posted: 17 Jun 2016 04:57 AM PDT

Satu gerakan langkah terdesak oleh pembangkang dengan menggunakan taktik kotor untuk memfitnah calon Barisan Nasional P067 Kuala Kangsar Datin Mastura Yazid, dikesan pada hari terakhir kempen hari ini.

Gerakan ini adalah satu usaha yang jijik lagi menjengkelkan dengan menggunakan slip bayaran kepada firma guaman Mastura, Yazid Baba & partners pada tahun 2012. Slip bank ini dijadikan bahan kempen seolah-olah Datin Mastura menerima habuan sebanyak RM500,000 pada pilihan raya ini daripada seseorang.

Pada hakikatnya slip bayaran yang ditonjolkan hanyalah bayaran atau pendahuluan kepada firma guaman Mastura, Yazid Baba & partners, di mana beliau merupakan seorang rakan kongsi.

Adalah lumrah untuk sesiapa juga memasukkan wang ke dalam akaun firma guaman atas pelbagai tujuan seperti wang deposit pembelian rumah, bayaran perkhidmatan guaman, pembelian hartanah atau pembelian saham. Akaun bank firma, bukan akaun peribadi, di mana ia akan diaudit oleh Majlis Peguam setiap tahun.

Peguam tidak boleh menggunakan wang di dalam akuan berkenaan kerana perbuatan sedemikin melanggar etika seorang peguam dan boleh didakwa mahkamah. Jika didapati bersalah boleh ditarik sijil guamannya.

Jadi tidak timbul, Mastura terlibat dalam mana-mana aktiviti serta kegiatan yang melanggar undang-undang. Tindakan terdesak ini tidak mungkin akan berjaya dan Insha Allah Dayin Mastura Yazid akan beroleh kemenangan esok.

Comments (0)