Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:34 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


@RafiziRamli Sotong Hanya Berani Berdebat Dengan Wanita? Pondan Betul!!!

Posted: 16 Jun 2016 06:19 AM PDT

"Saya tak takut sebenarnya. Rizal bukan kelas aku. Buat apa aku mahu debat dengan dia?" Itulah kata-kata Ahli Parlimen Pondan ... maaf Pandan apabila diajukan soalan kenapa beliau takut untuk berdebat dengan Datuk Rizal Mansor, Pegawai Khas DSP Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.

Baiklah, kita terima alasan Rafizi Ramli apabila beliau berkata beliau tidak setaraf dengan Rizal Mansor. Sebaliknya beliau harus terima keputusan Barisan Nasional (BN) untuk mencalonkan Datin Mastura di Kuala Kangsar walaupun beliau bukan dilahirkan di situ. 

Sama jugak halnya dengan Rafizi Ramli. Bukankah beliau anak Kemaman, Terengganu. Kenapa penakut untuk bertanding di kawasannya hingga lari bertanding di Parlimen Pondan ... maaf Pandan?

Wakil Rakyat Pakatan semakin langsi. Mereka merasakan berada di dalam kelas yang tersendiri. Baru-baru ini, Wakil Rakyat DAP, Lim Hock Seng turut menolak pelawaan debat apabila Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang mengajaknya berdebat. Alasan yang sama diberikan iaitu tidak sama taraf.

Semalam, Rafizi Ramli juga bukan sahaja tidak mahu berdebat dengan Rizal Mansor, malah turut tidak membenarkan Rizal Mansor berjumpanya atau membenarkan Rizal Mansor masuk ke dalam Sidang Akhbar beliau. Alasan beliau mereka tidak sama taraf.

Rafizi Ramli berkata, "Saya tak takut sebenarnya. Rizal bukan kelas aku". Rafizi Ramli sebaliknya berkata beliau mahu berdebat dengan DSP Rosmah Mansor sahaja. Apakah maksud kata-kata ini?

Adakah ini bermakna Rafizi Ramli hanya layak berdebat dengan isteri pemimpin sahaja? Adakah beliau hanya berani berdebat dengan isteri orang yang bukan Ahli Politik? Taraf Rafizi Ramli sama dengan perempuan? Rafizi Ramli sudah seperti golongan Mak Nyah yang sibuk tentang kelas kelas gitu. Pondan betul!!!

Tahniah Kerajaan BN - Dua Nelayan Sekinchan Selamat Tiba Di Sungai Besar #PRKSgBesar #SCS93

Posted: 16 Jun 2016 05:20 AM PDT

Alhamdulillah dua orang nelayan Sekinchan yang ditahan di Indonesia atas tuduhan menceroboh perairan negara berkenaa  telah selamat kembali ke Muara Sekinchan petang tadi.

BN jahat, BN tak guna, BN BN jahat, BN tak guna, BN Rasis, BN perkauman, tetapi yang selamatkan 2 orang nelayan Cina tetap orang-orang BN. Mana pergi orang-orang DAP?Sembang pandai, kerja tak buat!

Terima kasih kepada DS Mohd Najib Tun Razak, DS Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Jokowi, Datuk Jamal Yunos, YB Budiman Zohdi, DS Shahidan Kassim, DS Sabri Cheek, DS Anifah Aman, DS Liow Tiong Lai, DS Mah Siew Keong, YB Chong dan semua yang telah membantu.

Nota kaki - Mana perginya ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim? Bukankah beliau sepatutnya menyambuy kedua-dua nelayan yang di bawah kawasannya dengan meminum Carlsberg, Guiness Stout dan Tiger Beer hingga pecah perut?

Ini Sahaja Standard Ketua Menteri Pulau Pinang @cmlimguaneng Dengan Memaki Orang

Posted: 15 Jun 2016 11:31 PM PDT


Mungkin Joseph Lim Guan Eng terlalu marah dengan kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang meminta agar Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan menjawab persoalan yang ditimbulkan mengenai isu di Pulau Pinang tanpa memutar belit fakta dan juga tidak memberi gelaran yang bukan-bukan kepada pihak yang bertanya.

Hari ini sekali lagi nasihat yang diberikan oleh Datuk Rahman Dahlan tidak diperdulikan. Lim Guan Eng menjatuhkan standard beliau sebagai Ketua Menteri dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang sering digunakan oleh 'cytro' politik seperti 'a headless chicken' dan sebagainya seperti yang beliau sering lakukan sebelum ini. Nampak sangat standard Ketua Menteri Pulau Pinang setaraf Red Bean Army (RBA). Tonton video Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menimbulkan kemarahan Lim Guan Eng di bawah:

Lakonan Murahan Koyakkan Billboard Sendiri Tidak Berkesan Di #PRKSgBesar #SCS93

Posted: 15 Jun 2016 07:30 PM PDT





Sendiri pasang, sendiri koyak, lagi mahu berlakon. DAP tidak perlu berlakon bahawa billboard mereka telah dirosakkan oleh parti lawan, Barisan Nasional (BN). Lakonan murahan mungkin berjaya mengaburi mata di tempat lain tetapi pengundi-pengundi di Sungai Besar tidak mungkin ditipu dengan tektik sebegini.

Sebaliknya, tindakan beberapa pelajar dar Universiti Selangor (UNISEL) yang dikerah sebagai petugas-petugas PRK Sungai Besar telah menimbulkan kemarahan penduduk setempat. Tindakan mereka merosakkan sawah padi yang telah sampai masanya untuk dituai semata-mata untuk 'wefie' sekeping gambar amat dikesali. Inilah akibatnya membawa anak muda bandar masuk ke kampungsehingga menyebabkan mereka seperti kera kena belacan.

Comments (0)