Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:04 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


@RafiziRamli Pengecut, Kehadiran Dato Rizal Mansor Untuk Menjelaskan Isu Jet Dihalang

Posted: 14 Jun 2016 11:03 PM PDT

Dato Rizal Mansor, Pegawai Khas DSP Rosmah Mansor sebentar tadi tidak dibenarkan masuk ke dalam Sidang Media yang diadakan oleh Rafizi Ramli di Kuala Kangsar. Rafizi Ramli yang sampai pada pukul 12.37 tengah hari mengelak dari jumpa Rizal Mansor dan terus naik ke pejabat.

Selepas itu, budak-budak PAN telah menyekat pintu masuk ke pejabat PAN. Rizal Mansor yang ditemui berkata beliau datang dari Kuala Lumpur semata-mata mahumendengar dan mencatat apa yang Rafizi Ramli perkatakan di dalam sidang media berkenaan.

Rafizi Ramli mendedahkan sikap pengecutnya selama ini. Nama Dato Rizal Mansor disebut di dalam Sidang Media beliau sedangkan orang berkenaan berada di luar untuk memberi penjelasan mengenai isu-isu yang dibangkitkan.


Padi Menguning Di #PRKSg Besar Hendak Diracun, Parit Tumbuh Lalang Di Meru Bila Nak Racun Dr Rani? #SCS93

Posted: 14 Jun 2016 07:49 PM PDT

Lanjutan daripada gelagat aneh Calon PAS P093 Sungai Besar yang berlakon untuk meracun sawah padi di Sungai Besar yang sedang menunggu masa untuk dituai semalam, baca di sini,  kami telah membuat lawatan tak rasmi ke DUN Meru di mana Dr Abdul Rani Osman menjadi ADUNnya.

Entah bagaimana beliau hendak berkhidmat kepada pengundi-pengundi di Sungai Besar sedangkan kawasan di dalam DUN sendiri pun tidak terurus. Contohnya, parit di sekitar Petronas Klang Sentral sudah ditumbuhi rumput dan lalang sehingga menyerupai sawah rupanya. Bila agaknya beliau nak racun semak samun tu? Dr Rani, hang pi mana, hang pi mana, hang pi mana ...

Dua Nelayan Malaysia Dari Sungai Besar Yang Ditahan Di Indonesia Akan Dibebaskan #PRKSgBesar #SCS93

Posted: 14 Jun 2016 07:00 PM PDT


MCA semalam telah mengadakan majlis makan malam bersama-sama masyarakat Cina Sekinchan semalam. Turut hadir di dalam majlis berkenaan adalah calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi dan tetamu kehormat Timbalan Perdana Menteri, DS Mohd Zahid Hamidi.




Dalam majlis berkenaan, DS Ahmad Zahid mengumumkan bahawa dua nelayan Malaysia yang ditahan kerana didakwa menangkap ikan secara haram berhampiran Batam di perairan republik Indonesia dalam bulan Mac lepas akan dibebaskan selepas Presiden Joko Widodo tandatangani surat pengampunan.

Mac lalu, media Indonesia yang memetik Ketua Jabatan Perikanan dan Sumber Marin Batam, Akhmadon, berkata tiga bot - dikenal pasti sebagai KM SLFA 4625, KM KHF1917 dan KM PKFB 1512 - ditahan bersama-sama dengan 14 anak kapal. Daripada 14 yang ditangkap itu, dua adalah warganegara Malaysia, manakala selebihnya terdiri daripada tiga warga Indonesia dan sembilan dari Myanmar.


Wow! Dr Wan Azizah Janji Bagi Resepi Bengkang Ubi Kalau Calon PAN #PRKSgBesar Menang #SCS93

Posted: 14 Jun 2016 05:31 PM PDT



Bertuahlah pengundi-pengundi Parlimen Sungai Besar. Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail berhasrat untuk berkongsi resepi mengenai cara-cara membuat kuih bengkang ubi kayu dengan masyarakat setempat di Sungai Besar.

Wan Azizah berkata beliau akan datang semula ke Sungai Besar untuk menunjukkan cara membuat kuih tersebut sekiranya calon PAN, Azhar Abdul Shukur menang dalam PRK yang diadakan pada 18 Jun ini. Kata beliau, 
"Saya tak banyak masak, tapi saya tahu buat kuih bengkang ubi kayu jadi kalau menang saya akan balik dan tunjuk cara saya buat ubi kayu. Saya belajar buat kuih bengkang ni saya doktor gigi, tapi saya belajar buat kuih bengkang ni masa pergi New York masa tunggu menantu saya nak bersalin saya bukan pandai masak. 
Kalau pergi mana-mana pun boleh buat kuih ni sebab dia boleh beli. Kuih bengkang berasal dari ubi yang telah diparut dan diluar negeri kuih ni dipanggil 'baked cassava'. Yang penting bagi menang dulu calon kita dan saya janji akan tunjukkan sendiri cara untuk buat kuih bengkang ini."
Wan Azizah turut menjelaskan ia merupakan janji beliau seandainya calon PAN berjaya merampas kerusi Barisan Nasional di Sungai Besar. Untung ler orang Sungai Besar selepas ini. Kalau PAN menang PRK Sungai Besar. Presiden PKR Wan Azizah akan memberi sumbangan resepi kuih bengkang. Jika PAN menang juga, Rakyat akan dapat sawi percuma dan dapat melihat wakil rakyat dua kali sebulan. Mana nak dapat 'offer' ni.

7,000 Anggota MCA Di Sungai Besar Akan Beri Sokongan Padu Kepada BN

Posted: 13 Jun 2016 07:00 AM PDT


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata lebih 50 peratus pengundi Cina di Sungai Besar merupakan anggota MCA. MCA telah mengenal pasti kira-kira 5,000 daripada mereka yang mempunyai alamat sah di sini dan kami secara aktif mengenal pasti mereka lagi. Justeru DS Liow menyeru kepada semua ahli yang juga pengundi di Sungai Besar untuk pulang mengundi dan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) pada 18 Jun pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan mesra bersama Ketua Pemuda Senator Chong Sin Woon dan jentera parti, bertemu pengundi di sekitar pekan Sekinchan petang Ahad. Menurut DS Liow adalah penting untuk mendengar keluhan masyarakat, yang kebanyakannya petani dan nelayan kerana dasar-dasar kerajaan banyak yang berkaitan dengan mereka.

MCA kata beliau sentiasa bersedia untuk membantu petani dan nelayan di peringkat Persekutuan dan MCA mengalu-alukan mereka untuk memberitahu kami kebimbangan dan masalah mereka. Sebagai contoh Liow berkata kerajaan komited menyelesaikan masalah air yang dihadapi pesawah di sini sebelum ini dan turut menegaskan bantuan pihaknya tidak terhenti di situ dengan hanya menghulurkan bantuan semasa PRK itu sahaja.


MCA Selesaikan Masalah Lampu Navigasi Di Jeti Nelayan Sungai Besar

Posted: 11 Jun 2016 06:00 AM PDT


Nelayan-nelayan di sekitar Sungai Besar telah membawa satu permasalahan dalam satu mesyuarat dengan Presiden MCA iaitu nelayan-nelayan berkenaan mempunyai kesukaran untuk kembali ke pelabuhan dari laut selepas menangkap ikan pada waktu malam kerana kekurangan lampu navigasi.

Berikutan daripada itu, DS Liow Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkuta telah meminta Ketua Pengarah Jabatan Laut untuk melihat ke dalam permasalahan ini dan menyelesaikan keadaan ini dengan segera. Ini bagi memastikan nelayan-nelayan Sungai Besar dapat kembali ke pelabuhan dalam keadaan selamat.




Comments (0)