Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:07 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Jet Tun Dr Mahathir Dalam Ceramah #PRKKualaKangsar Bukan Milik TS Syed Moktar, Tapi Berjaya Air Group

Posted: 13 Jun 2016 06:30 AM PDT

Sejak semalam, kumpulan pembangkang ProTun telah membuat kenyataan bahawa jet mewah peribadi yang membawa Tun Dr Mahathir ke Kuala Kangsar untuk ceramah Deklarasi Rakyat adalah milik TS Syed Mokhtar Al Bukhary, tang dianggap mereka sebagai banyak berjasa kepada orang-orang Melayu.

Fakta sebenarnya, jet peri adi mewah berkenaan yang bernimbor 9M-TST adalah kepunyaan Berjaya Air, yang pastinya kepunyaan seorang lagi sahabat Tun Dr Mahathir.

Tidak dapat dipastikan kenapa kumpulan pembangkang ProTun ini mengaitkan jet peribadi mewah berkenaan dengan TS Syed Mokhtar? Kenapa malu untuk mengakui jet berkenaan kepunyaan sahabat Tun Dr Mahathir yang seorang lagi. Inipun mahu tipu ka?


Adakah sahabat Tun Dr Mahathir yang begitu prihatin meminjamkan jet peribadi mewah kepada beliau adalah orang yang sama yang menganjurkan majlis hari lahir beliau setiap tahun?

Akibat Ketiadaan Isu Di #PRKSgBesar Pemberian Basikal Pula Jadi Jenaka Pembangkang #SCS93

Posted: 13 Jun 2016 04:54 AM PDT

Pembangkang terutama PAN (baca DAP) di Parlimen Sungai Besar sudah ketandusan isu besar untuk dipolitikkan. Ditambah dengan ketokohan dan penerimaan calon BN, Budiman Mohd Zohdi yang diterima baik oleh pengundi Sungai Besar menyebabkan mereka menjadi tidak keruan.

Disebabkan itulah posting laman sosial Twitter yang dikeluarkan oleh Ketua Puteri UMNO, Zahida Zahik Khan telah menjadi isu yang besar. Posting yang menunjukkan pemberian sebuah basikal kepada seorang Makcik mangsa kebakaran telah menjadi momokan.

Bagi mereka yang tidak tahu isu dan sempit pemikiran tentunya tertanya-tanya, kenapa mangsa kebakaran diberikan basikal dan bukannya rumah baru, pakaian, bantuan kewangan dan sebagainya.

Penjelasannya mudah saja. Untuk pakaian, Puteri dan seluruh jentera UMNO di Sungai Besar sudah bagi bantuan pakaian yang mencukupi. Oh ya, untuk rumah yang terbakar dalam proses pembinaan semula.

Dua, untuk bantuan kewangan, Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Dato Jamal adalah orang pertama yang sampai untuk bagi bantuan kewangan dan keperluan asas diikuti dengan jentera yang lain.

Buat pengetahuan bantuan awal sudah pun diberikan kpd keluarga Makcik Hamidah yang kebakaran rumahnya di malam 1 Ramadhan yang lalu. Calon BN iaitu YB Budiman sendiri telah pun membantu dari segi kewangan berjumlah RM10 ribu. Malah Lembaga Zakat Selangor juga sudah mberikan bantuan yang sewajarnya termasuklah juga Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tiga, bagi bantuan makanan pula Puteri dan seluruh jentera UMNO di Sg Besar sudah memperuntukkan kepada keluarga berkenaan lebih dari yang mencukupi.

Bagi pemberian basikal pula, itu adalah permintaan dari Makcik itu sendiri kepada Zahida untuk kegunaan beliau membeli barang. Ini disebabkan basikal beliau terdahulu turut musnah dalam kebakaran berkenaan. Apabila ditanya basikal yang macam mana Makcik itu perlukan, Makcik itu sendiri yang membawa ke kedai basikal dan menunjukkan basikal yang beliau idamkan.

Sekarang, persoalan pokok yang patut ditimbulkan, pembangkang buat apa untuk menolong Makcik berkenaan? Belum jadi Wakil Rakyat sudah lepas tangan. Bayangkan kalau sudah jadi, Nauzubillah himinzalik, pastinya datang melawat dua bulan sekali!

Demi Undi Melayu #PRKSgBesar Lim Guan Eng Dan Ng Sue Lim Sanggup Bersila Berbuka Puasa Di Masjid #SCS93

Posted: 12 Jun 2016 08:01 AM PDT

Sudah tidak ada lagikah orang-orang Islam yang hendak berbuka puasa sehingga terpaksa mencemar Masjid menjemput Laknatullah Lim Guan Eng, Tony Pua dan Ng Sue Lim untuk sama-sama berbuka puasa di dalam Masjid?

Tindakan ahli jawatankuasa Masjid Nurul Falah, Sungai Leman di kawasan Parlimen Sungai Besar, Selangor menjadikan ketiga-tiga Laknatullah ini sebagai tetamu istimewa dalam majlis berbuka puasa hari ini amat keterlaluan.

Ketiga-tiga Laknatullah ini akan melakukan apa sahaja waima duduk bersila dan makan dengan tangan. Sedangkan semalam salah seorang Laknatullah yang sama mengungkapkan perkataan berikut:
"Malah Allahyarham Nik Aziz Nik Mat kata anda tidak boleh menghalang bukan Islam daripada minum arak. Jadi, jika Ng Suee Lim mahu minum arak sampai pecah perut, jangan ganggu dia."
Mesti berbangga gila Pak Lebai kat sebelah tu dapat berbuka dengan ketiga-tiga pemimpin DAP ini. Lain kali Lebai makan dalam talam atau kongsi bersuap. Lagi satu Pak Lebai ada tanya ketiga-tiga Laknatullah tu tak, punggung ada basuh ini hari?

Comments (0)