Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:03 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


DAP Edar Sayur Di Majlis Ceramah, Macam-Macam Hal #PRKSgBesar #SCS93

Posted: 12 Jun 2016 07:45 AM PDT

Pelbagai cara yang dilakukan oleh parti-parti bertanding untuk menarik perhatian pengundi. Lama jugaklah CTS berkecimpung di dalam PRK, PKN dan PRU. Namun inilah kali pertama melihat sebuah parti mengedarkan sayur-sayuran kepada pengundi.

Malam ini di sebuah majlis ceramah PAN (baca DAP) telah mengedarkan sayur-sayuran seperti sawi kepada pengundi-pengundi berbangsa Tionghua. Nampak seperti DAP hendak memberi satu mesej penting kepada pengundi. PAN adalah parti sayur yang perlu mendengar cakap tuannya DAP. Agaknyalah.

Datuk Padukang Kata Najib Dan Rosmah Membazir, Dia Pula Datang Ceramah Naik Volksvagen Caravelle Range Seorang Saja

Posted: 12 Jun 2016 12:37 AM PDT

Hebat sungguh lakonan pemakan dedak bakal Ketua Pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga orang kuat ceramah Deklarasi Rakyat di Kuala Kangsar pagi tadi, Dato Padukang Khairuddin.

Di atas pentas, merah muka dan timbul urat leher Dato Padukang Khairuddin berucap menghentam DS Najib Tun Razak dan isteri beliau DSP Rosmah Mansor yang dikatakan membazir. Walhal dia sendiri jugak yang kuat membazir.

Bayangkan datang program Deklarasi Rakyat naik van Volkswagen Caravelle Range yang berharga kurang lebih RM288,000, memandu pulak tu bersendirian. Tak membazir kah tu?

Cakap tak serupa bikin. Bayangkan seorang yang telah diistiharkan muflis, boleh bebas dari isu muflisnya tidak sampai setahun. Itupun setelah menjadi ahli seumur hidup ProTun.

Bayangkan pula sekarang sudah memiliki sebuah kereta mewah yang berharga hampir 3 buah rumah teres di Shah Alam! Betul la kata-kata Makcik jual belacan di Kuala Kangsar, "nampok sangat niiipunyee!!!"

Dari #PRKSgBesar Ke #PRKKualaKangsar Lim Kit Siang Setia Menemani Ceramah Tun Dr Mahathir #SCS93

Posted: 11 Jun 2016 11:18 PM PDT

Hanya sekumpulan warga emas dari keturunan Tionghua yang ramai di Restoran Chun Ji, Taman Suria, Kuala Kangsar ketika bekas Perdana Menteri 22 tahun dan bakal Ketua Pembangkang, Tun Mahathir Mohammad tiba untuk berkempen bagi calon PAN.

Sungguh memalukan apabila mengenangkan Tun Dr Mahathir yang datang dengan jet peribadi mewah (tidak pasti sama ada perjalanan ditaja oleh kroni atau menggunakan duit Rakyat), yang menyambut beliau hanyalah penyokong tegar DAP dan balaci pemakan dedak beliau.

Lebih memalukan apabila kehadiran yang tidak begitu memberansangkan. Lokasi ceramah yang dibuat di luar restoren, cuma jumlah maksimum kehadiran 200 ke 300 orang. Bagi seorang bertaraf Negarawan, perkara ini amat memalukan sekali.

Tiada isu baru dikeluarkan dalam ceramah Tun Dr Mahathir. Beliau hanyalah seperti radio lama yang memutarkan kembali piring hitam menyanyikan lagu yang sama. Isu 1MDB dan Hudud menjadi pokok persoalan walaupun telah acapkali isu ini diterangkan.

Apa yang pasti, bersaksikan restoran Cina di hadapan penyokong tegar DAP, yang tetap setia menemani Tun Dr Mahathir adalah Lim Kit Siang, Mohamad Sabu dan beberapa kerat pemimpin Pakatan Harapan yang pengaruh rata-rata mereka suam-suam kuku.

Tun Dr Mahathir Cakap Tak Serupa Bikin, Pi Kuale Pun Naik Jet Mewah

Posted: 11 Jun 2016 10:31 PM PDT

Semalam, begitu hebat sekali bakal Ketua Pembangkang, Tun Dr Mahathir menemplak isteri Perdana Menteri, DSP Rosmah Mansor di dalam ceramahnya di hadapan penyokong DAP di Sekinchan berikutan pengunaan jet oleh isteri Perdana Menteri.

Hari ini dengan selambanya beliau telah ke Kuala Kangsar untuk ceramah bersama-sama pembangkang menggunakan jet mewah? Ke Kuala Kangsar sahaja menggunakan jet mewah Tun? Siapa yang membiayai perjalanan menggunakan jet mewah ini? Adakah menggunakan wang kroni atau menggunakan wang Rakyat? Cakap tak serupa bikinlah Tun!


ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim Mahu Minum Arak Sampai Pecah Perut #PRKSgBesar #SCS93

Posted: 11 Jun 2016 10:05 PM PDT

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Sue Lim dari DAP membidas Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan yang didakwanya menimbulkan kekecohan berhubung rancangan meraikan kemenangan parti PAN dalam PRK Sungai Besar dengan meminum arak.

Ng berkata, pesanan beliau itu ditujukan khusus kepada orang bukan Islam, dan tidak ada niat sama sekali untuk menghasut umat Islam untuk meneguk arak. Kata Ng,
"Malah Allahyarham Nik Aziz Nik Mat kata anda tidak boleh menghalang bukan Islam daripada minum arak. Jadi, jika Ng Suee Lim mahu minum arak sampai pecah perut, jangan ganggu dia."
Sebelum ini, Nasrudin dipetik sebagai berkata, rancangan ADUN DAP itu untuk meraikan kemenangan parti PAN ke atas PAS, jika berlaku, dengan meminum arak sebagai tindakan sombong dan 'satu tamparan kepada orang Islam'.

Ng, bagaimanapun, berkata, rancangan minum arak itu hanya akan berlaku jika parti PAN menang dalam persaingan tiga penjuru itu.

Tambah beliau, kenyataan Nasrudin itu berbaur kepura-puraan kerana parti Islam itu telah memberi jaminan kepada orang bukan Islam bahawa undang-undang Syariah tidak ada kena-mengena dengan mereka.

Comments (0)