Followers

Nuffnang

Cénangau

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 8:22 PTG | Posted in

sumber :-

Cénangau


Amanah tak payahlah jadi BANGANG, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong

Posted: 22 Jun 2016 07:30 PM PDT

Dah sampai masanya Amanah buat kerja untuk 'melemahkan' PAS malah kalau boleh mengkuburkan terus PAS supaya Amanah dapat ambilalih sokongan majoriti pengundi 'melayu Islam' dari PAS.

Sinarharian pada 19 Jun dalam berita bertajuk "Amanah ajak Pas bersama Pakatan Harapan" melaporkan:
Pakatan Harapan mahu mempelawa Pas kembali ke meja rundingan demi kebaikan bersama.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, kekalahan partinya di PRK Kerusi Parlimen Kuala Kangsar adalah signal di mana rakyat mahukan gabungan parti pembangkang kembali utuh.

"Masih ada masa untuk perbaiki. Kita akan buat kajian semula mengenai keputusan ini.

"Kita selalu terbuka untuk buat perbincangan dengan Pas dan dari dulu lagi kita sememangnya sudah ke arah itu," katanya. - Sinarharian.
Artikel penuh »

Analisa keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar dari kacamata Amanah

Posted: 22 Jun 2016 05:55 PM PDT

Amanah sebagai komponen Pakatan Harapan dijangkakan boleh mendapat lebih sokongan undi Cina dalam PRK ini. Malangnya terdapat pengundi muda Cina yang tidak mahu pulang mengundi kerana beranggapan PRK tidak boleh mengubah kerajaan.

Oleh: Suhaizan Kayat

BN dan Pas mengalami kemerosotan undi Melayu dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) berbanding Pilihan Raya Umum Ke-13( PRU13) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. BN mengalami kemerosotan undi Melayu sebanyak 3% di Sungai Besar dan 6% di Kuala Kangsar.

Pas pula mengalami kemerosotan undi Melayu yang sama di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebanyak 7 peratus. Kemerosotan sokongan undi Melayu kedua-dua parti tradisi ini telah diserap oleh Amanah.

Pengundi Amanah terdiri daripada pengundi Melayu progresif, Islamik dan kelas menengah yang terdedah dengan maklumat. Amanah juga mendapat sokongan undi Melayu hasil daripada program Deklarasi Rakyat yang dipelopori Tun Dr Mahathir terutamanya di Kuala Kangsar. Amanah mendapat lebih sokongan undi Melayu di Kuala Kangsar berbanding Sungai Besar.
Artikel penuh »

Comments (0)