Followers

Nuffnang

Belantan

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:30 PG | Posted in

sumber :-

Belantan


Muhyiddin, Mukhriz dipecat, keahlian Shafie Apdal digantung?

Posted: 25 Jun 2016 08:58 AM PDT


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dipecat daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Selain itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal digantung keahlian daripada parti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO menjelaskan, keputusan itu dibuat ekoran tindakan Muh­yiddin dan Mukhriz melanggar disiplin parti.

"Lebih-lebih lagi apabila mereka telah berada di atas pentas dengan pemimpin pembangkang, membuat ucapan bersama mereka dan menyerang pimpinan serta parti.

"Maka, itu adalah kesalahan besar dari segi disiplin parti dan berdasarkan kelakuan tersebut, MT UMNO secara sebulat suara mengambil keputusan memecat kedua-dua pemimpin tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyua­rat MT UMNO di Ibu Pejabat UMNO, Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Sebelum ini, Muhyiddin dan Mukhriz digantung semua jawatan dalam parti 26 sejak Februari lalu berikutan tindakan mereka menyerang kepemimpinan parti.

Berhubung tindakan disiplin terhadap Mohd. Shafie, Najib memberitahu, penggantungan berkuat kuasa sehingga laporan diterima daripada Jawatankuasa Disiplin UMNO.

"Ini adalah kerana Jawatankuasa Disiplin UMNO belum menye­rahkan laporan kepada Jawatankuasa Pengurusan serta MT parti," jelasnya.

Suara Politik
Belantan

Comments (0)