Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:19 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


3 Kali PRU, 3 Kali Janji, 3 Kali Pecah Tanah.. Jambatan Manong Mana?

Posted: 09 Jun 2016 12:58 AM PDT


Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menuntut kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji mereka untuk membina Jambatan Seberang Manong yang telah lama dinantikan penduduk di kawasan tersebut.

Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi berkata, kerajaan BN perlu menyatakan tarikh yang tepat bila jambatan tersebut akan siap dibina dan tidak memberikan harapan palsu kepada rakyat.

"Kami menuntut dalam pilihan raya kecil ini pihak kerajaan menunaikan janji yang sudah dibuat sejak tiga pilihan raya yang lalu.

"Kami mencabar pihak kerajaan BN tolong tetapkan tarikh bila akan dibina dan akan disiapkan jambatan Seberang Manong itu.

"Sudah lima kali pecah tanah sampai dah tak ada tanah nak dipecahkan," kata beliau dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Lebih 10,000 penduduk Manong masih menunggu jambatan itu dibina untuk menyeberangi Sungai Perak.

Sehingga kini, mereka masih menggunakan bot penambang untuk menyeberangi Sungai Perak walaupun menteri kanan pernah menjadi wakil rakyat di parlimen tersebut lapor MalaysiaDateline



20,293 Guru Akan Dihantar Hadiri Kursus BTN Lepas Raya

Posted: 08 Jun 2016 11:00 PM PDT


Kementerian Pelajaran dan Biro Tatanegara (BTN) menjalin kerjasama untuk melahirkan barisan guru yang mempunyai jati diri dengan menghantar mereka menghadiri latihan BTN melibatkan seramai 20,293 orang guru, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.

Beliau berkata program selama tiga hari dua malam itu akan dimulakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Julai ini.

"Saya berpendapat kerjasama ini adalah langkah tepat dalam usaha membina negara bangsa yang mempunyai jati diri beridentiti Malaysia.




"Latihan ini akan memfokuskan guru tahun keempat dan kelima dalam perkhidmatan di semua peringkat sekolah tanpa mengira kaum.

"Kedua-dua pihak bersetuju bahawa di peringkat permulaan program kita mempunyai modul latihan tersendiri yang sesuai untuk guru untuk peringkat sekolah Kebangsaan atau sekoleh jenis kebangsaan jenis sekular," katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Menandatangani Nota Kerjasama "Program Guru Pembina Negara Bangsa" antara KPM dengan BTN, JPM yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman di Putrajaya di sini.

Sebanyak 10,161 melibatkan 420,000 guru yang ada di negara ini dijangka terlibat dalam program berkenaan difahamkan secara berperingkat.

Tambah beliau kerjasama kedua-dua pihak berkenaan adalah langkah tepat yang dilaksanakan pada masa yang sesuai dalam usaha membina guru yang seimbang, harmonis daripada segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Dalam perkembangan sama, Mahdzir Khalid menambah, ia merupakan permulaan sahaja dan program jati diri itu akan dimulakan selepas sambutan Aidilfitri Julai ini.

Malah katanya lagi, pihak kementerian dan BTN mempunyai segala kemudahan dan kelengkapan bagi melicinkan lagi perjalanan program itu.

"Tetapi sebelum itu kami KPM akan duduk bersama BTN dan berbincang dulu untuk melihat berapa banyak kursus yang boleh kita dikendalikan .

"Ini kerana kita perlu meneliti dahulu proses pengajaran dan pembelajaran guru kepada pelajar dan sama ada guru-guru menguruskan peperiksaan ketika program pembinaan guru itu.

"Kita tidak mahu proses pengajaran dan pembelajaran guru terjejas," tegasnya lagi.

Sementara itu, Azalina berkata, latihan penjenamaan semula BTN itu adalah bertujuan menangkis segala persepsi bahawa BTN sebuah organisasi rasis di mata umum.

"Kita tidak mahu wujud persepsi kuat bahawa BTN adalah organisasi rasis, kkita komited untuk menidakkan tanggapan negatif itu.

"Kami telah memasukkan beberapa elemen untuk memastikan usaha murni dan jitu itu dilaksanakan antaranya penekanan terhadap negara Malaysia," katanya.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata pihaknya turut komited untuk menekankan tahap pemahaman guru khususnya ketika berkomunikasi ketika pengajaran kepada pelajar di sekolah.

"Ia akan membolehkan semangat patriotisme, jati diri, keharmonian terus diterjemah dan diterap kepada pelajar generasi muda.

"Kadang-kadang semangat patriotisme kita hanya sekadar ketika musim sambutan hari kemerdekaan sahaja pada bulan Ogos.

"Ia harus kekal berkobar sepanjang masa 365 hari setahun dan selamanya," ujarnya lagi. - MalaysiaGazette



Pegawai Khas Rosmah Jawab Persoalan Rafizi..

Posted: 08 Jun 2016 07:10 PM PDT


Pegawai Khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor menjelaskan Datin Seri Rosmah Mansor terpaksa menggunakan pesawat peribadi untuk menghadiri sebuah majlis di Istanbul, Turki pada 27 Mei lalu kerana beliau terpaksa jadualnya yang ketat.

Ini kerana, menurutnya, Rosmah perlu menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

"Isteri Perdana Menteri menempuh perjalanan hampir 13 jam ke Istanbul hanya untuk menerima anugerah dan menyampaikan ucapan. Beliau (kemudiannya) bergegas pulang selepas majlis tersebut.



"Mana mungkin Rosmah dapat menghadiri semua acara-acara penting sekiranya mengikuti jadual penerbangan pesawat komersil," katanya dalam satu kenyataan media kepada Malaysiakini. 

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam pendedahan terbarunya hari ini mempersoalkan tindakan isteri perdana menteri menggunakan jet peribadi untuk menerima 'Anugerah Kebajikan Kanak-kanak 3G' bagi pihak PERMATA.

Menurut Rizal, pendedahan itu bersifat jahat kerana Rafizi cuba memesongkan pandangan rakyat bahawa isteri perdana menteri sedang melakukan suatu pembaziran.

"Tuduhan ini jelas merupakan suatu fitnah apabila mengatakan lawatan ini bersifat bermewah-mewah," katanya.

Rizal juga menjelaskan bahawa pesawat peribadi itu bukannya disewa khas untuk kegunaan Rosmah semata-mata.

"Pesawat ACJ319 No Pendaftaran A6-CJE adalah pesawat gantian yang disewa oleh kerajaan Malaysia bagi kegunaan kenamaan-kenamaan negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri Agong dan kenamaan lain," katanya.

Menurutnya, kerajaan menyewa pesawat itu selama dua bulan sebagai gantian kepada pesawat ACJ320 yang kini dalam tempoh penyelengaraan.

"Pesawat tersebut adalah pesawat gantian kerajaan maka atas sebab itu penerbangan ini menggunakan Pangkalan Udara Subang.

"Rosmah adalah isteri perdana menteri Malaysia dan kedudukan beliau dari segi protokol adalah layak," katanya.

Rizal kemudianmya menyindir Rafizi dengan berkata tidak perlu bagi lepasan MCKK untuk bertanya soalan sedemikian.

"Satu sahaja soalan saya untuk YB Rafizi pula, siapakah penternak ikan yang dimaksudkan oleh Latifah Koya," katanya mengakhiri kenyataan medianya itu lapor Malaysiakini




 ... Soalan dia yang ni.. "Satu sahaja soalan saya untuk YB Rafizi pula, siapakah penternak ikan yang dimaksudkan oleh Latifah Koya,"

Nampak sangat dia cuba nak pesong perhatian rakyat dari persoalan yang dibangkitkan Rafizi dengan cuba untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap Rafizi..

Sebabnya yang dibangkitkan oleh Latifah Koya tu tentang penternak ikan tu, setahu aku langsung tak ada kena mengena dengan Rafizi..

Comments (0)