Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:12 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Rosmah Guna Jet Mewah: Hadi Dicabar Tegur Najib Atau Dilabel 'Berkawan' Dengan BN

Posted: 08 Jun 2016 03:00 AM PDT


PKR hari ini mencabar Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegur Datuk Seri Najib Razak berhubung penggunaan jet mewah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Cabaran itu dikemukakan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang mahu melihat sama ada Pas akan mengotakan apa yang dilaungkan parti itu, kononnya bersedia menjadi "penasihat" kepada Umno BN.

"Saya harap kita dapat juga dengar maklum balas daripada Datuk Seri Hadi Awang sendiri.

"Saya mahu mendengar sama ada beliau akan menegur sendiri perdana menteri supaya menasihati isteri perdana menteri agar berhenti berbelanja dan bermewah seperti ini," katanya pada sidang media di Pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, ketidaksediaan Hadi menegur Najib hanya akan menjelaskan pendirian Pas kepada pengundi bahawa parti itu tidak berminat menegur BN dan tidak mahu mengangkat isu kepentingan rakyat.

Rafizi hari ini mendedahkan, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi mewah yang disewa untuk ke Istanbul mewakili Permata.

Rosmah dikatakan menghadiri satu majlis di Istanbul untuk mewakili Permata menerima anugerah "3G Children Welfare Award".

Rosmah menaiki jet peribadi ACJ319 A6-CJE yang disewa khas dari syarikat penerbangan Emirates.

Permata merupakan program yang dibiayai wang rakyat.

Rafizi berkata, disebabkan Rosmah mewakili Permata, timbul persoalan sama ada sewaan sebuah jet peribadi untuk perjalanan ke Istanbul itu menggunakan wang rakyat.

Justeru beliau mahu Rosmah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan perkara tersebut.

"Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor tidak menggunakan penerbangan komersil untuk perjalanan ke Istanbul yang sudah tentu jauh lebih murah berbanding menyewa sebuah jet peribadi ACJ319 hanya untuk beliau?

"Siapa yang membuat tempahan jet peribadi tersebut dan siapa yang membayar kos sewaan rersebut?

"Kenapa Rosmah sebagai seorang awam diberikan pelepasan menggunakan lapangan terbang di Pengkalan Udara Subang yang sepatutnya khusus untuk kegunaan ketenteraan dan bukan penerbangan awam seperti ini? soalnya dalam sidang media bersama pimpinan Pakatan Harapan di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Beliau juga menegaskan, ketika pelbagai peruntukan rakyat dipotong, gaya hidup yang menggunakan jet peribadi untuk satu perjalanan adalah sangat melampau dan tidak sensitif lapor MalaysiaDateline

Menteri Dulu Teruk, Menteri Sekarang Cakap Banyak, Tak Buat Kerja? - IKHLAS

Posted: 08 Jun 2016 12:16 AM PDT


Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah hari ini mempersoalkan sama ada wujud elemen rasuah di sebalik tender lokasi bazar Ramadan.

Beliau mendakwa pihaknya menerima banyak aduan daripada peniaga berhubung tapak bazar di Bandar Melaka, Alor Setar, Putrajaya dan kawasan pilihan di Kuala Lumpur disewakan pada harga amat tinggi dengan ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan.

Bercakap pada sidang media di Sunway Nexis di sini, hari ini, Ridzuan mendakwa pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadikan sewa bazar Ramadan sebagai perniagaan yang amat menguntungkan.

"PBT perlu kawal harga tapak bazar ini. Mereka bukan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) yang perlu mengambil untuk daripada rakyat, sehingga mereka mengenakan harga mengarut untuk tapak berkenaan," katanya.

Ridzuan juga menyelar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana tidak menjalankan tugas mereka melindungi penjaja.

"Menteri sebelum ini sudah cukup teruk, tetapi menteri sekarang (Datuk Seri Hamzah Zainudin) cakap banyak tapi tidak melakukan apa-apa untuk membantu penjaja.

"Saya terima banyak aduan jika ke pejabat mereka di Putrajaya, hendak jumpa kerani mereka pun hampir mustahil dan saya jamin anda telefon mereka tidak akan dapat pun.

"Kami gesa kementerian mengambil serius perkara ini dan bukan sekadar saman peniaga kecil saja. Kami desak perdana menteri dan kementerian amil tindakan segera," katanya lapor FMT



MP Langkawi Kata Bukan Rakyat Yang Bayar Gaji Dia.. Habis Tu Siapa Bayar?

Posted: 07 Jun 2016 07:12 PM PDT


Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad sekali kali mengundang kontroversi apabila mengatakan bahawa gajinya tidak dibayar oleh rakyat tetapi adalah daripada kerajaan.

Beliau berkata, dana awam tidak dimiliki oleh rakyat, mengundang kemarahan di kalangan pengguna media sosial.

"Gaji wakil rakyat bukan rakyat bayar tapi kerajaan bayar dan duit kerajaan bukan lah duit rakyat. 

"Sekali duit terlepas ke pihak lain ia nya bukan lagi duit kita.

"Kalau duit kerajaan duit rakyat maka marilah kita ramai ramai pi serang semua jabatan kerajaan ambil balik duit kita, " katanya dalam ulasan Facebook.

Nawawi membuat ulasan dalam perdebatan tentang cukai di mana netizen mengkritik dan mengingatkan beliau bahawa gajinya dibayar oleh rakyat.

Ini terjadi selepas beliau membuat catatan di media sosial itu yang menonjolkan pendidikan dan penjagaan kesihatan secara percuma yang dinikmati oleh rakyat Denmark, sesuatu yang diperjuangkan oleh pihak pembangkang di Malaysia, dengan mengorbankan sekurang-kurangnya cukai pendapatan 40 peratus dan 25 peratus cukai jualan.

Sejak itu, laman skrin ulasan kontroversi Nawawi telah diviralkan di media sosial lapor Malaysiakini



Comments (0)