Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:34 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Siti Hasmah Sedih Dengan Apa Yang Najib Lakukan Terhadap Mahathir..

Posted: 30 Jun 2016 07:00 AM PDT


"Kita tak boleh buat apa, mereka berkuasa sangat, serah saja kepada ALLAH. Mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku," demikian luahan hati isteri bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

"Saya tahu suami saya (Tun Dr Mahathir Mohamad) kecewa dan sedih jadi tunggu saja, serah kepada ALLAH. Tak pe lah.. orang tu terlalu berkuasa, kita tak boleh buat apa," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana sempena pelancaran buku, My Name is Hasmah, semalam.

Menurutnya, tidak ada apa yang boleh dilakukan memandangkan 'lawannya' itu terlalu berkuasa meskipun selepas 22 tahun menerajui negara dan Umno namun jasa bekas Perdana Menteri itu dakwanya sedikit pun tidak dihargai oleh parti itu, pimpinan masa kini termasuk juga segelintir rakyat Malaysia.

Berkongsi dugaan perjuangan yang dihadapi suaminya, Dr Siti Hasmah mengakui beliau turut terkesan dengan kata-kata nista dan tindakan yang dilakukan oleh pimpinan negara ketika ini.

"Sebagai isteri kepada Mahathir, saya mengaku serangan dan perbuatan mereka terhadap beliau sangat memberi kesan tapi saya tak tunjuk, tak nak beliau bertambah risau.

"Sebab itu saya memilih untuk sentiasa bersamanya setiap masa dan menghormati perjuangannya yang masih belum selesai. Kadang-kadang saya kasihan mengenangkan nasib beliau yang diperlakukan sedemikian rupa," katanya dengan nada perlahan.

Tindakan Najib 'tidak baik'

Beliau yang bakal menginjak usia 90 tahun pada 20 Julai ini menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Dr Mahathir sebagai 'tidak baik' kerana hubungan keluarga mereka sangat erat sebelum ini.

"Keluarga kami sangat rapat, ayah Najib, Tun Razak itu belajar satu sekolah dengan abang saya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), jadi kami dah lama kenal.

"Tapi dengan apa yang terjadi akhir-akhir ini, benar-benar membuatkan saya sedih. Malah saya sendiri berkawan rapat dengan Tun Suhailah dan juga Tun Rahah," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, paling menyedihkan apabila Mahathir tidak lagi menerajui Proton Holdings kerana syarikat itu menyimpan nilai sentimental kerana dibangunkan suaminya bermula dari kosong sehingga gah seperti sekarang.

"Cara dan tindakan Najib terhadap Mahathir itu kelihatan sangat tidak baik, saya dapat rasakan perasaan suami saya tapi apa boleh buat," katanya.

Sebagai ibu bekas Menteri Besar Kedah, Dr Siti Hasmah menegaskan beliau bukan ahli politik malah ketika menjadi isteri perdana menteri, suaminya hanya mendaftarkan beliau sekadar ahli Umno sahaja.

"Kepada anak-anak, saya cuma nasihatkan mereka sekiranya terjun ke bidang politik, perkara utama yang perlu dilakukan ialah berhati-hati dan menyantuni rakyat di peringkat akar umbi kerana dari situlah seseorang pemimpin politik mendapat sokongan," katanya.

Anak-anak kena ambil vaksin

Sementara itu, sebagai doktor wanita Melayu pertama Malaysia, Dr Siti Hasmah memberi peringatan kepada semua ibu bapa untuk mengambil vaksin terhadap anak-anak mereka demi kesejahteraan.

"Setiap kali saya jumpa ibu dan anak saya akan pergi kepadanya dan bertanya, ini anak ke berapa? Vaksin dah ambil? Itu memang soalan wajib.

"Pengambilan vaksin sangat penting dan ia tidak boleh dianggap remeh. Vaksin sebagai imunisasi melindungi manusia daripada serangan penyakit dan wabak," katanya.

Berkenaan karyanya, My Name is Hasmah terbitan Kumpulan Media Karangkraf adalah berkisar mengenai suara, sudut pandang dan pengalaman beliau sejak kecil, zaman persekolahan, universiti, berkahwin serta membina keluarga termasuk sebagai bekas wanita pertama.

"Sebagai isteri Mahathir di rumah beliau suami saya dan apabila di luar Mahathir milik masyarakat, saya hormat perkara itu.

"Bab paling menarik dalam buku ini dan hidup saya ialah menjadi isteri Mahathir dan mempunyai anak-anak bersamanya," kongsinya ~ Sinar

Guan Eng Belum Bersalah, Najib Bagaimana? - Tuan Ibrahim

Posted: 30 Jun 2016 02:36 AM PDT


PAS menganggap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah.

"PAS tetap berpegang pada pendirian yang dinyatakan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Guan Eng tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.

"Tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan. Biarlah mahkamah yang membuat keputusan."

Tuan Ibrahim turut mempersoalkan layanan berbeza yang diberikan peguam negara dalam penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan wang RM2.6 bilion membabitkan perdana menteri.

"Sehingga hari ini, PAS tetap kesal dengan tindakan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menjadi hakim kepada siasatan SPRM terhadap Datuk Seri Najib Razak sebelum ini tanpa membawa kes tersebut ke mahkamah untuk dibicarakan seperti yang berlaku pada Guan Eng, di mana beliau menjadi ketua pendakwaraya," katanya.

Pagi tadi, Guan Eng mohon dibicara atas pertuduhan berkait salah guna kuasa dalam meluluskan permohonan sebuah syarikat menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman.

Beliau turut didakwa menyalah guna kedudukannya dalam pembelian sebuah banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta.

Kedua-dua tuduhan boleh membawa hukuman penjara sehingga 22 tahun, denda lima kali suapan atau rampasan hartanah.


Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah, Ikat Jamin RM1 Juta

Posted: 29 Jun 2016 11:00 PM PDT


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan rasuah berkaitan lot tanah dan banglo.

Mahkamah Tinggi juga membenarkan Guan Eng diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tuduhan.

Pengakuan tidak bersalah tersebut dirakam di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Azmi Ariffin.

Guan Eng meminta kesnya dibicarakan dan mahkamah menetapkan sebutan semula pada 22 September untuk pengurusan kes.

Beliau juga dibenarkan menyimpan pasportnya, namun dikehendaki memaklumkan kepada Peguam Negara dan juga mahkamah dua hari sebelum berlepas sekiranya hendak untuk ke luar negara.

Beliau, yang juga Setiausaha Agung DAP, menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, dan denda tidak kurang lima kali suapan atau RM10,000.

Beliau sebelum itu tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen di sini, dengan diiringi pegawai SPRM sambil kira-kira jam 9.50 pagi sebelum kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Guan Eng dilihat berpakaian serba hitam dan bertali leher merah, serta diwakili peguam yang diketuai Gobind Singh Deo, RSN Rayer dan Ramkarpal Singh.

Pendakwaan dilakukan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Appandi Ali yang dibantu enam pendakwaraya.

Sementara itu, ahli perniagaan Phang Li Khoon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Guan Eng dalam pembelian lot tanah dan banglo.

Mahkamah Tinggi membenarkan Phang diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin tanpa syarat tambahan.

Beliau dan Phang ditahan SPRM semalam berhubung isu pembelian banglo oleh Guan Eng di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta yang dikatakan di bawah harga pasaran hartanah di kawasan itu.

Guan Eng sebelum ini juga disiasat SPRM berhubung pembelian sebuah banglo tersebut.

Beliau dan isterinya Betty Chew, pada Mei lepas, memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo itu dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta.

Kedua-dua isu pembelian banglo dan penjualan tanah di Taman Manggis itu dibangkitkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepaslapor AstroAwani


Kes Guan Eng Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

Posted: 29 Jun 2016 08:45 PM PDT


Kes Ketua Menteri Lim Guan Eng di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 telah dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Beliau sebelum itu tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen di sini, diiringi pegawai SPRM sambil disambut dengan laungan para penyokongnya yang berkumpul sejak jam 8 pagi lagi.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, dilihat tenang memasuki mahkamah bagi menghadapi dua pertuduhan.

Beliau yang berpakaian serba hitam dilihat memeluk bapanya, Lim Kit Siang dan bertemu isterinya, Betty Chew sebelum duduk bersama barisan peguamnya.

Setiausaha Agung DAP itu diwakili peguam diketuai Gobind Singh Deo, RSN Rayer dan Ramkarpal Singh.

Pendakwaan akan dilakukan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Appandi Ali yang dibantu enam pendakwaraya.

Sementara itu, di luar perkarangan mahkamah, kira-kira 1,000 penyokong DAP dan orang ramai berkumpul bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.

Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan berdiri di luar pagar Kompleks Mahkamah Pulau Pinang bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

Keadaan di kompleks berkenaan masih terkawal dan hanya media serta petugas mahkamah sahaja dibenarkan masuk ke bangunan berkenaan.

Guan Eng sebelum ini disiasat SPRM berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta daripada ahli perniagaan Phang Li Khoon yang dikatakan di bawah harga pasaran.

Beliau dan Betty, pada Mei lepas, memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo itu dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta.

Kedua-dua isu pembelian banglo dan penjualan tanah di Taman Manggis itu dibangkitkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepas lapor AstroAwani


Comments (0)