Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:11 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Kenapa Husni Hanadzlah Tidak Mahu Lagi Bersama Kabinet Najib?

Posted: 27 Jun 2016 10:06 PM PDT


Rombakan kabinet yang diumumkan perdana menteri semalam disifatkan "sangat mengejutkan" apabila menteri kewangan kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah tidak mahu lagi menyertai kabinet Datuk Seri Najib Razak.

Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata ia menimbulkan teka-teki kerana dibuat ketika negara dilanda krisis kewangan dan kontroversi 1MDB yang belum selesai.

"Saya berkeyakinan kedudukan mereka dalam kabinet mempunyai banyak pengetahuan yang tersembunyi berkaitan perkara penting yang membabitkan Najib dalam skandal besar negara sehingga mereka tidak lagi bersedia bersekongkol dengan kejahatan Najib.

"Perletakan jawatan Husni menimbul dan meninggalkan seribu satu persoalan.

"Yang pasti bagi saya ini adalah protes senyap dan undi tidak percaya terhadap Najib," katanya.

Dalam rombakan kabinet semalam, Najib mengumumkan 'kenaikan pangkat' Datuk Johari Abdul Ghani daripada timbalan menteri kewangan kepada Menteri Kewangan Kedua.

Johari menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang dikatakan meminta untuk berundur atas sebab peribadi.

Dalam kenyataan hari ini, Mahfuz juga berkata berharap Husni "tampil untuk berkata benar untuk negara dan rakyat".

"Tidak cukup sekadar melepaskan semua jawatan tanpa terus berjuang. Demi Malaysia, Husni perlu bersama rakyat Selamatkan Malaysia," kata bekas naib presiden PAS itu lapor Malaysiakini




Tapi kata Shahbudin.. "Seorang rakan memberitahu, Husni sebenarnya tidak memilih untuk bersara secara sukarela tetapi terpaksa membuat keputusan itu sebagai tanda protes, kecewa dan kecil hati terhadap Najib.

"Beliau dikatakan tidak setuju dengan hasrat Najib mahu menukarkannya daripada Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri bagi mengambil alih tempat Abdul Wahib Omar yang sebelum ini sudah pun memilih tidak mahu dilantik lagi menganggotai kabinet.

"Kata rakan tersebut, beliau diberitahu mengenai perkara itu oleh salah seorang pembantu Husni sendiri pada petang semalam lagi.

"Katanya, Husni agak kecewa dengan pertukaran itu memandangkan beliau selama ini telah dengan baik memainkan peranan sebagai Menteri Kewangan Kedua dan jurucakap yang dilantik oleh kabinet untuk menjawab dan menangani hal-hal berkaitan 1MDB.




"Lantaran itu, Husni dikatakan berasa pertukarannya itu seolah-olah beliau tidak begitu penting lagi di sisi Najib sekarang ini, meskipun sebahagian isu berkaitan 1MDB sudah berjaya diselesaikan.

Sepenuhnya silalah baca di ( SINI )

Bom Meletup Dekat Pusat Hiburan, 8 Cedera

Posted: 27 Jun 2016 07:24 PM PDT


Sekurang-kurangnya lapan cedera, seorang daripadanya parah, dalam insiden letupan dipercayai berpunca daripada bom tangan dekat sebuah premis hiburan di IOI Boulevard, Puchong, awal pagi ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira 2.15 pagi ketika pengunjung premis menyaksikan perlawanan kejohanan bola sepak Euro 2016.

Lima daripada mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan manakala tiga lagi dihantar dan Hospital Sunway, kata Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar kepada pemberita di lokasi kejadian.

"Sebuah kereta yang diletakkan kira-kira 30 meter dari premis itu turut rosak akibat letupan tersebut," katanya.

Sekumpulan anggota Unit Forensik polis dilihat melakukan siasatan di lokasi kejadian.

Suspek kejadian itu masih dijejaki. - Bernama


Comments (0)