Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:51 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Penceramah Yang Juga YDP PAS Dituntut Mohon Maaf Sebab Fitnah Pulau Pinang Halang Azan

Posted: 22 Jun 2016 01:01 AM PDT


Yang diPertua (YDP) PAS Padang Serai, Ustaz Shaharuddin Ibrahim yang menimbulkan kontroversi kerana melemparkan fitnah kononnya masjid-masjid di Pulau Pinang tidak boleh melaungkan azan dituntut untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik fitnah tersebut.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim berkata, beliau amat kesal dengan kenyataan berunsurkan fitnah yang dilemparkan Shaharuddin ketika menyampaikan tazkirah Ramadan di Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, Kedah pada 11 Jun 2016.

"Tazkirah Ramadan sepatutnya menjadi wadah penyebaran ilmu agama, menyingkap kisah-kisah nabi, kelebihan Ramadan dan bukannya dijadikan pentas politik kepartian dengan menabur fitnah," katanya dalam satu sidang media di Komtar.



Menurut Abdul Malik, lebih dikesalkan adalah tohmahan dan fitnah yang dilakukan itu 'dilontarkan' ketika di dalam masjid dan di bulan Ramadan yang mulia.

"Justeru, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menuntut supaya beliau (Shaharuddin) memohon maaf secara terbuka dan menarik balik fitnah tersebut dalam media massa.

"Beliau (Shaharuddin) juga perlu memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui kenyataan bertulis dalam tempoh seminggu. Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dipertimbangkan," jelasnya.

Pada 11 Jun lalu, Shaharuddin dipercayai mengeluarkan kenyataan yang berbunyi seperti berikut: "Kalau DAP menguasai negara…nuu Pulau Pinang tuan-tuan, bang (azan) dah tak boleh dah, bang (azan) tak boleh dah, tuan-tuan..!"

Mengulas lanjut. Abdul Malik memberitahu, tazkirah Shaharuddin yang berdurasi sekitar 30 minit itu, jelas menyiarkan ucapannya pada minit 14:35 ~ Roketkini.com

Jika PRU Diawalkan, BN Akan Menang Besar

Posted: 21 Jun 2016 11:23 PM PDT


BN mampu mencatat kemenangan besar seperti di PRK kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sekiranya PRU diadakan lebih awal pada tahun depan.

Pengerusi Veteran Umno Kelantan, Datuk Mohd Rozali Isohak berkata, momentum yang tercetus daripada dua PRK itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meraih sokongan lebih besar dalam PRU14.

"Kebelakangan ini, ramai yang meramalkan BN akan kalah dalam PRU14. Di sebalik itu, BN mencatatkan kemenangan luar biasa dalam dua PRK lalu.

"Tentunya bukan mudah untuk BN peroleh kemenangan ini. Jadi kesempatan ini sepatutnya digunakan oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan PRU14 dalam masa terdekat bagi mengekalkan momentum dua PRK ini," katanya.

Namun, katanya, jentera BN tidak boleh cepat 'khayal' dengan kemenangan dalam dua PRK lalu itu sebaliknya perlu memantapkan gerak kerja mereka.

"Masalah dengan jentera BN ialah kadang-kadang mereka buat kerja, kadang-kadang tidak. Tetapi, di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jentera yang turun memang terbaik. Jadi, mereka hanya perlu meneruskan kecemerlangan ini dan turun padang," katanya.

Selain itu, menurut beliau, faktor pembangkang yang masih berpecah memberi kelebihan kepada BN untuk mendapat sokongan rakyat.

"Apa yang penting kita kena berjaga-jaga dengan pembangkang. Jangan sesekali biarkan mereka bersatu. Kalau ambil contoh di dua PRK lalu, undi Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) memang tak boleh atasi BN. Tetapi kalau mereka bersatu, kedudukan BN mungkin agak goyah," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, PRU14 tidak perlu diadakan lebih awal dan tergesa-gesa walaupun BN menang besar dalam dua PRK lepas.

Katanya, keputusan cemerlang BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukan penanda aras sebenar kepada PRU14.

"Suasana PRK dan PRU sangat berbeza, misalnya dari segi jentera yang turun. Dalam PRK, seluruh tenaga jentera dapat ditumpukan di satu kawasan.

"Namun, dalam PRU setiap jentera perlu menjaga kawasan masing-masing. Jadi kita tidak boleh samakan PRK dengan PRK," katanya.

Beliau berpendapat, lebih baik BN menggunakan baki 20 bulan yang tinggal sebelum PRU14 berlangsung untuk memperkemaskan jentera dan meminimakan masalah dalaman parti.

"Masih banyak lagi kerja yang kita perlu buat dalam tempoh ini. Bukan saja Umno, tetapi parti komponen lain pun ada masalah dalaman.,'' katanya lapor Sinar



Lebih 120,000 Dilarang Ke Luar Negara Kerana RM2.6 Billion

Posted: 21 Jun 2016 07:14 PM PDT


Seramai 116,836 orang tidak dibenarkan ke luar negara kerana gagal menjelaskan tunggakan cukai pendapatan mereka berjumlah hampir RM2.6 bilion, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Menurutnya, seramai 9,665 lagi dikenakan sekatan perjalanan kerana gagal menjelaskan tunggakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) berjumlah hampir RM150 juta.

"LHDNM mengambil maklum bahawa ramai dalam kalangan pembayar cukai telah membuat perancangan untuk bercuti di musim perayaan ini, justeru bagi mengelakkan kerugian tiket penerbangan dan kos perjalanan adalah lebih baik mereka membuat semakan status sekatan perjalanan mereka terlebih dahulu dan menjelaskan tunggakan," katanya dalam satu kenyataan.

Pada 11 Jun lalu, penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat dihalang di pintu keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ketika berlepas ke Brisbane, Australia untuk menyertai siri perlawanan persahabatan di Kepulauan Oceania.

Khairul Fahmi terpaksa ditinggalkan untuk menyelesaikan urusan tunggakan cukai pendapatan dan tidak diturunkan untuk menentang Papua New Guinea.

Jabatan Imigresen Malaysia berkata ia hanya menurut arahan LHDNM dan mahkamah menyekat individu daripada ke luar negara lapor FMT



Comments (0)