Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:12 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Kami Beri RM12 Juta Kepada Polis, Ulang Keluarga Mangsa Culik

Posted: 21 Jun 2016 01:13 AM PDT


Keluarga empat bekas tebusan Abu Sayyaf menegaskan bahawa mereka memberikan RM12 juta kepada pihak polis untuk tujuan bayaran tebusan.

Penegasan tersebut muncul selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan polis telah menerima wang tebusan berkenaan.

"Saya masih kekalkan apa yang saya telah katakan sebelum ini yang RM12 juta telah dihantar ke Sandakan melalui bank.

"Jika orang ramai ada sebarang keraguan, mereka boleh tanya Hong Leong Bank," kata Lau Cheng Kiong yang merupakan jurucakap keluarga tersebut, memetik laporan oleh The Borneo Post.

Lau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu setelah keluarga mahu melupakan hal tersebut dan meneruskan kehidupan mereka.

Lau merupakan bapa saudara kepada bekas tebusan bernama Johnny Lau. Mangsa yang lain ialah Wong Teck Kang, Wong Teck Chii dan Wong Hung Shin lapor Malaysiakini



Bekas Calon PKR Bagi DUN Bekenu Mati Ditembak

Posted: 20 Jun 2016 09:39 PM PDT


Setiausaha PKR Cabang Miri dan bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, Bill Kayong, telah mati ditembak di Miri jam 9 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

"KEADILAN baru terima berita bahawa sdr Bill Kayong, calon kerusi N71 Bekenu pada PRN Sarawak yang lalu, telah mati ditembak berhampiran Emart One-Stop Shopping Mall di Senadin, Miri," tulis mesej tersebut.

Difahamkan beliau telah ditembak di lampu trafik berhampiran pusat membeli belah E-mart di Jalan Permyjaya-Kuala Baram di Senadin, Miri.

Kayong yang ketika itu sedang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota beserta logo PKR, ditembak dari sebelah tingkap pemandu sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Beliau dilaporkan ditembak pada leher dan ditemui rebah pada tempat duduknya kira-kira jam 9.20 pagi.

Kayong juga merupakan setiausaha PKR Cabang Miri dan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teoh.

Semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, beliau telah bertanding di kerusi DUN Bekenu di mana beliau tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Rosey Yunus dalam pertandingan empat penjuru.

Kayong dikenali sebagai seorang yang lantang dalam menyuarakan isu-isu masyarakat termasuk isu tanah adat.

Dalam pada itu, PKR dalam satu kenyataan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Parti itu juga menggesa pihak polis supaya memberkas dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan lapor AstroAwani



Negeri ‘Membangun Bersama Islam’ Tapi Kotor Dan Memalukan..

Posted: 20 Jun 2016 07:27 PM PDT


Ahli akademik kelahiran Kelantan meluahkan rasa tidak puas hati dengan tahap kebersihan negeri itu yang menurutnya kotor dan memalukan.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata, isu kebersihan negeri yang diberi jolokan serambi Mekah itu bukan sesuatu yang baru, malah ia berlaku sejak sekian lama.

Katanya, kerajaan PAS Kelantan juga tidak sepatutnya menjadikan alasan tiada dana kewangan yang cukup untuk menyelesaikan masalah tersebut, kerana mereka boleh meminta bantuan daripada pusat.

"Pesan saya kepada kerajaan negeri, janganlah selalu memberi alasan tiada duit kerana diskriminasi kerajaan pusat apabila gagal menyediakan keperluan asas rakyat.

"Malulah kita negeri yang 'Membangun Bersama Islam' jika mengambil mudah kepada hal menjaga kebersihan dan keperluan rakyat.

"Jika sungguh tidak ada duit, mintalah bantuan kerajaan pusat. Dengan hubungan politik yang baik di bawah payung 'politik matang dan sejahtera' sekarang, bantuan itu diberikan," tulis Agus dalam Facebooknya.

Beliau turut menasihati kerajaan Kelantan menjadikan Melaka dan Negeri Sembilan sebagai contoh dalam hal kebersihan.

"Bukan sahaja bandarnya bersih, kampung-kampungnya juga dijaga bersih. Mengapa kita tidak boleh lakukan hal yang sama di negeri kita?" katanya.

'Kelantan semakin bersih' 

Diminta mengulas dakwaan itu, Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood ketika dihubungi FMT berkata, pihaknya mengakui perkara tersebut, namun berkata tahap kebersihan di negeri itu meningkat setiap tahun.

Katanya, rata-rata rakyat yang kembali ke Kelantan memuji perubahan tahap kebersihan yang berlaku di negeri itu setiap tahun.

"Ramai orang yang puji dari sudut peningkatan kebersihan setiap tahun kerana banyak masalah sudah selesai," kata Abdul Fattah, dan menambah kerajaan negeri melakukan kini agresif memberi kesedaran kepada umum mengenai kebersihan, termasuk dengan membuka talian khusus aduan kebersihan.

Abdul Fattah mengakui kerajaan negeri bertanggungjawab menyelesaikan masalah tersebut dan mengalu-alukan aduan, teguran serta cadangan.

Katanya, sasaran kerajaan negeri mencapai negeri bersih tahun ini terhalang selepas banjir besar akhir tahun 2014, dan berharap matlamat itu dicapai pada tahun depan lapor FMT



Comments (0)