Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:52 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Deklarasi Rakyat Tidak Berjaya Singkir Saya, Kata Najib

Posted: 20 Jun 2016 05:30 AM PDT


Datuk Seri Mohd Najib Razak menyifatkan kemenangan menyakinkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) semalam membuktikan usaha mengumpulkan pungutan suara untuk menyingkirkannya sebagai sia-sia.

Perdana Menteri berkata tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kerap bersama pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinannya sebaliknya hanya menguntungkan mereka, ia terbukti dengan kemenangan semasa di Sarawak dan terbaharu di dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Lebih kerap Tun Dr Mahathir turun, lebih menguntungkan BN, saya harap dia jangan berhenti, turun lagi," kata Najib sinis selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mangsa Banjir di Kampung Staponal di Kelantan pada Ahad.

Najib juga berkata, kehadiran bekas perdana menteri itu yang mahu memungut tandatangan bagi menentang kerajaan gagal sama sekali dan gagal diterjemahkan dalam kedua-dua PRK tersebut apabila majoriti BN semakin meningkat berbanding sebelumnya.

"Pungutan suara kononnya banyak pihak yang menyokong tetapi tidak diterjemahkan di dalam di dua PRK dan PRN Sarawak, ini kerana BN mendapat majoriti yang melipat kali ganda,

"Pungutan suara pula dilakukan tidak sah termasuk isu tandatangan," katanya lagi.

Dalam PRK Kuala Kangsar, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang disandang oleh suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dengan majoriti 6,969 undi berbanding 1,082 undi.

Dalam pertandingan empat penjuru, Mastura meraih 12,653 undi, calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684), calon PAN (Parti Amanah Negara), Prof Dr‎ Ahmad Termizi Ramli (4,883) manakala calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary‎ mendapat 54 undi.

Di Sungai Besar pula, Budiman Mohd Zohdi mengekalkan kerusi BN dengan majoriti 9,191 undi, jumlah yang jauh lebih besar berbanding 399 undi yang‎ diraih BN menerusi Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon pada PRU13.

Beliau yang juga ADUN Sungai Panjang, memperoleh 16,800 undi untuk mengalahkan dua pencabarnya, Dr Abdul Rani Osman‎ (PAS) yang menerima 6,902 undi dan calon PAN, Azhar Abdul Shukur yang memperoleh 7,609 undi ~ TheMalaysianMirror





Keputusan PRK Bukti Deklarasi Rakyat Tidak Relevan?

Posted: 20 Jun 2016 02:05 AM PDT


Kemenangan Barisan Nasional (BN) di dua kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu membuktikan Deklarasi Rakyat yang dibawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak relevan dan ditolak rakyat.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata rakyat sebaliknya lebih yakin dengan deklarasi yang dibawa BN dan menterjemahkannya dalam undi mereka yang membawa kemenangan besar pada BN.

"Masa telah berubah. Apa yang dibuat oleh Tun (Mahathir) sebenarnya mencerminkan bahawa rakyat sekarang tidak lagi berada pada landasan politik seperti masa yang dibawa oleh kepimpinan DAP atau Parti Amanah Negara (Amanah) yang disokong Tun.

"Deklarasi Rakyat yang dibawa Tun tidak relevan kerana ia merupakan satu deklarasi yang mengaburkan mata rakyat untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedangkan beliau merupakan pemimpin yang masih lagi mendapat sokongan pada PRK di dua negeri itu," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa, tarawih dan penyampaian sumbangan kepada 64 pemimpin UMNO cawangan di bahagian Masjid Tanah.

Pada PRK itu calon BN Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi memperoleh 16,800 undi dengan majoriti 9,191 undi manakala calon BN Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid mendapat 12,653 undi dengan majoriti 6,969 undi.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata kemenangan BN juga menunjukkan deklarasi rakyat yang sebenarnya yang memberi mandat kepada BN untuk terus mentadbir di kedua-dua kerusi Parlimen berkenaan.

Beliau berkata kemenangan besar yang diperoleh BN di negeri tersebut jelas membuktikan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap BN yang dipimpin oleh Najib semakin meningkat.

Katanya kemenangan tersebut juga memberi semangat baharu kepada pucuk pimpinan BN bagi meneruskan kepimpinan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang lapor MalaysiaDateline



Abu Sayyaf Bengang, Dari RM12Juta Hanya RM8.8Juta Diterima Mereka?

Posted: 19 Jun 2016 11:24 PM PDT


Militan Abu Sayyaf dilaporkan marah apabila wang yang dikumpul daripada keluarga dan rakan-rakan daripada empat tebusan Malaysia yang diculik pada April tahun ini tidak sampai kepada mereka.

Mereka dikatakan kecewa selepas mendapati daripada wang tebusan sebanyak P130 juta (RM12 juta) yang dikumpul, hanya P100 juta sampai ke tangan mereka.

Menurut laporan The Manila Times, jumlah wang yang hilang menimbulkan syak bahawa pihak pemberontak mungkin bersekongkol dengan pihak berkuasa dari Malaysia dan Filipina yang telah berkongsi wang selebihnya itu di antara mereka.

Laporan itu turut memetik 'dua pegawai kerajaan Filipina kanan yang ditugaskan', diikuti laporan bahawa pembayaran wang tebusan itu telah disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, The New Straits Times melaporkan Zahid sebagai berkata, RM12 juta yang diperoleh oleh keluarga mangsa itu telah diserahkan kepada bahagian Cawangan Khas dan disalurkan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang sah (NGO) di Filipina.

Beliau juga menafikan wang itu dibayar sebagai wang tebusan dan pihak polis Malaysia juga menyatakan Malaysia tidak terlibat dalam apa-apa pembayaran wang tebusan.

Sejurus selepas urusan pembayaran dilakukan, Wong Teck Kang, 31, dan Teck Chii, 29; sepupu mereka Johnny, 21; dan rakan sekerja Wong Hung Sing, 34 telah dibebaskan.

Keempat-empat mereka diculik di perairan Sabah pada 1 April oleh sekumpulan lelaki bersenjata menggunakan sebuah bot laju.

Mereka dibebaskan di Jolo, Sulu, pada 7 Jun selepas rundingan tempoh panjang oleh kumpulan militan Abu Sayyaf yang diketuai oleh sub-komander Apo Mike.

"Kami mendapat maklumat kumpulan Abu Sayyaf tidak berpuas hati (marah) setelah mendapat tahu dari laporan berita bahawa wang itu sebenarnya RM12 juta, bersamaan dengan P130 juta tetapi yang diterima hanya P100 juta," kata seorang pegawai kanan yang enggan namanya didedahkan kepada The Manila Times.

"Persoalannya sekarang, di mana wang itu hilang hilang?" tanya sumber.

Laporan itu juga mendedahkan khabar angin bahawa wang yang telah melalui Cawangan Khas Polis Malaysia dan pegawai-pegawai tempatan di Sulu sebelum sampai ke kumpulan Abu Sayyaf.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu sidang media baru-baru ini menafikannya.

"Siapa kata wang bersama polis? Keluarga yang buat dakwaan itu, dan saya nafikan. Terdapat ramai individu, ejen yang berurusan dengan mereka.

"Jangan guna nama Cawangan Khas (SB) atau polis. Saya tegaskan polis tidak bayar bayar tebusan atau bekerjasama dengan urusan pembayaran kepada penculik," kata beliau.

Petik laporan itu lagi, daripada maklumat yang dikumpul, seorang pegawai kerajaan tempatan Sulu terlibat dalam rundingan.

Umumnya kerajaan Malaysia membayar P30 juta sebagai wang tebusan bagi beberapa kes culik pada masa lampau.

Namun, jumlah P130 juta adalah yang paling tinggi setakat ini.

Sumber The Manila Times juga percaya dengan dakwaan Jolo Mayor Hussin Amin bahawa beberapa pegawai tempatan, kemungkinan termasuk tentera telah bersubahat dengan kumpulan Abu Sayyaf dalam insiden pancung warga Kanada, Robert Hall.

Abu Sayyaf masih menyimpan beberapa tebusan asing dan tempatan, termasuk teman wanita Hall Maritess Flor dan warga Norway, Kjartan Sekkingstad lapor FMT



Pendekatan PAS Berbaik Dengan UMNO Gagal

Posted: 19 Jun 2016 08:59 PM PDT


Pendekatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbaik-baik dengan Umno bagi tujuan mendapatkan undi dari pengundi parti itu nyata gagal.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Abdul Samad berkata, strategi Pas itu hanya memberi kelebihan kepada BN pada PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana undi orang Melayu dari Umno tidak berpihak kepada mereka.

Dakwanya, kempen Pas pada PRK berkenaan yang menyerang Amanah dan DAP berjaya melindungi kesilapan Umno seolah-olah parti itu bukan punca masalah yang dihadapi negara ini.

"Oleh kerana masyarakat diberi gambaran Umno itu baik dan DAP itu punca kepada krisis, maka pengundi tidak berganjak dan tetap beri undi kepada Umno," katanya, semalam.‎

Mengenai pencapaian Amanah pada PRK itu, beliau berkata, antara kekangan yang dihadapi pihaknya adalah usaha memecahkan undi orang Melayu yang menyokong Umno ~ Sinar



Comments (0)