Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:16 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Prof Dr Ahmad Termizi Calon Pakatan Harapan Di Kuala Kangsar

Posted: 02 Jun 2016 08:33 AM PDT


Parti Amanah Negara (Amanah) menamakan bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Nama calon Pakatan Harapan berusia 61 tahun yang juga Naib ketua Amanah Kuala Kangsar itu diumumkan Presiden Amanah Mohamad Sabu pada Majlis Pengisytiharan Calon Pakatan Harapan di Kota Lama Kanan, Khamis malam.

Turut hadir dalam majlis pengisytiharan itu ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta pemimpin-pemimpin gabungan pakatan berkenaan.


Ahmad Termizi merupakan lepasan Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi yang melanjutkan pengajian ke University of Leeds, United Kingdom (UK) dalam bidang sains fizik.

Beliau juga memiliki sarjana Sains Kesihatan dan Keselamatan Radiologi dari University of Salford sebelum menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah di University of Swansea, Wales lapor AstroAwani



PKR Tidak Perlu Gentar Pilih Bantu Amanah

Posted: 02 Jun 2016 06:27 AM PDT


PKR mempunyai kebebasan untuk memilih bagi membantu Parti Amanah Negara (Amanah) berikutan Pas kini tidak lagi sekuat dahulu apabila mereka berpecah, kata Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib.

Menurut beliau, PKR tidak perlu gentar dengan Pas memandangkan kerusi yang dimenangi parti itu hanya kekal sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti dan kebanyakan kerusi di peringkat Dun mungkin akan beralih kepada Amanah dan PKR selepas ini.

"Saya yakin bahawa Pas tidak akan meninggalkan PKR walaupun parti itu membantu Amanah dalam PRK kali ini.

"Saya melihat Pas sebenarnya tidak berani mengambil langkah meninggalkan PKR kerana Pas tahu bahawa jika mereka mengambil tindakan sebegitu maka Pas akan hilang status sebagai anggota kerajaan negeri di Selangor," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan bahawa Pas mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada PKR akan memilih parti itu mahupun Amanah untuk membantu gerak kerja PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Dalam pada itu, Md Shukri berkata, Pas perlu menerima hakikat bahawa kemenangan mereka di kerusi Dun Selangor adalah bukan kerana sokongan penuh pengundi Melayu dan Islam tetapi lebih kepada gelombang pengundi Cina yang memilih parti itu kerana persahabatan bersama DAP dan PKR.

"Kebanyakan pengundi yang memilih Pas sebelum ini adalah disebabkan oleh hubungan baik parti itu bersama DAP dan PKR dan mereka harus menerima hakikat mengenai perkara ini,"katanya lapor Sinar Harian



‘Dosa Besar’ Guna Nama Nik Aziz Tapi Tidak Berasama PAS Kata Nik Abduh?

Posted: 01 Jun 2016 10:15 PM PDT


Nik Abduh mengisytiharkan "dosa besar" bagi mereka yang tidak bersama PAS menyebut nama bapanya, allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mesej yang kelihatan ditujukan kepada Parti Amanah Negara (Amanah), ketua Pemuda PAS juga berkata tidak guna mendakwa pengikut Nik Aziz tetapi tidak bersama parti itu.

"Dosa besar untuk menyebut nama dia tetapi berada di parti lain, dia [dari] muda sampai mati mempertahankan PAS," katanya ketika menggulung ucapan di muktamar Pemuda PAS di sini.

"Jangan sebut nama tok guru dengan parti. [Boleh] puja perjuangan dia, [tetapi] bukan tubuh dia. Apabila jasad meninggal, jangan kamu tinggalkan perjuangan dia."



Nik Aziz sering menjadi rujukan pemimpin dan penyokong Amanah, selain sikap warak dan rendah dirinya, kerana dianggap tegas menolak Umno dan ingin kekal dalam gabungan pembangkang.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

Azhar Abdul Shukur Calon Pakatan Harapan PRK Sungai Besar..

Posted: 01 Jun 2016 07:44 PM PDT


Parti Amanah Negara (Amanah) menamakan seorang guru agama dan usahawan, Azhar Abdul Shukur sebagai calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar. 

Nama calon Pakatan Harapan berusia 51 tahun yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar itu diumumkan Presiden Amanah Mohamad Sabu di Dewan Sri Sekinchan pada Rabu malam. 

Azhar merupakan anak kepada ahli politik Barisan Nasional, Datuk Abdul Shukur Siraj.

Turut hadir dalam acara pengumuman calon itu ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ditemani Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, dan Bendahari Agung parti itu, Datin Tan Yee Kew, serta Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Naib Pengerusi Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa turut memaklumkan pengumuman itu di akaun Twitternya:

PRK Sungai Besar akan dilangsungkan pada 18 Jun lapor AstroAwani



Comments (0)