Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:29 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


RM12 Juta Bukan Bayar Tebusan Tapi Salur Kepada Kebajikan Zahid Kata?

Posted: 16 Jun 2016 08:28 AM PDT


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan wang RM12 juta yang dibayar bagi pembebasan empat rakyat Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina bukan wang tebusan.

Sebaliknya, beliau berkata, wang itu disalurkan kepada badan tertentu di Filipina yang melakukan aktiviti sah dan kebajikan di negara itu..

Persoalannya disini ialah kenapa perlu RM12Juta itu disalur kepada badan tertentu di Filipina yang kononnya dikatakan badan Kebajikan?

Adakah di negara kita ini sudah tidak ada rakyat yang memerlukan bantuan?

Jika tidak digunakan untuk membayar tebusan kenapa wang RM12Juta yang dikumpulkan oleh waris-waris mangsa culik itu melalui derma dan juga menggadai rumah mereka tidak dikembalikan semula kepada mereka?

Susah payah kaum keluarga mangsa culik tu cari dan kumpul duit nak bayar tebusan tu.. senang-senang pulak depa pi derma kat orang lain..

Susah nak percaya ni..

Laporan berkaitan..

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan wang RM12 juta yang dibayar bagi pembebasan empat rakyat Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina bukan wang tebusan.

Sebaliknya, beliau berkata, wang itu disalurkan kepada badan tertentu di Filipina yang melakukan aktiviti sah dan kebajikan di negara itu.

"Memang kita tidak bayar sebarang wang tebusan kepada kumpulan penculik, wang RM12 juta hasil kutipan orang ramai dan jualan hartanah serta aset oleh keluarga itu diberikan kepada pihak polis bukan sebagai wang tebusan.

"Ini kerana kerajaan memutuskan tidak ada sebarang wang tebusan yang dibayar dan pihak polis mematuhi arahan itu, kita tidak mengiktiraf kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Majlis Pelancaran Wakaf al-Quran Peringkat Kebangsaan 1437/2016 di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun, enggan menamakan badan berkenaan dan mengesahkan badan itu juga tiada kaitan dengan kegiatan jenayah dan keganasan ~ myMetro

Menariknya seperti pada awal kisah derma RM2.6Billion yang masuk kedalam akaun Najib itu.. Dimana nama penderma cuba dirahsiakan.. Zahid juga enggan menamakan badan berkenaan..

Kenapa agaknya???



Bukan RM12 Juta Tapi RM18 Juta Untuk Bebas 4 Mangsa Culik.. Tapi Zahid Kata Tiada Bayaran Dibuat?

Posted: 15 Jun 2016 11:53 PM PDT


Laporan penafian oleh Zahid mengenai dakwaan bahawa pihak berkuasa Malaysia membayar wang tebusan bagi pembebasan empat rakyat Malaysia ni semalam disiar oleh Utusan.. tapi hari ni dah tak ada dah..

Berikut adalah laporan tersebut yang aku jumpa di SuaraTV.. bacalah!!

KUALA KANGSAR – Timbalan Perdana Menteri menafikan dakwaan bahawa pihak berkuasa Malaysia membayar wang tebusan bagi pembebasan empat rakyatnya oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina. 
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada rundingan berkaitan pembayaran dipersetujui di antara pihak polis kedua-dua negara dengan penculik. 
"Jika ada tuduhan bayaran tertentu telah dibuat untuk membebaskan kesemua tebusan, ia bukan dalam bidang pihak berwajib seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mewakili kerajaan Malaysia," katanya. 
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Himpunan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Parlimen Kuala Kangsar di Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia (USAS) di sini hari ini ~ SuaraTV

Sebenarnya.. bukan bebas macam tu saja.. kena bayar RM18Juta wang tebusanlaaa..

Kira-kira RM18 juta digunakan untuk membebaskan empat pemuda Sarawak yang diculik Abu Sayyaf, menurut sumber yang dipetik China Press. 
Ahli keluarga mangsa culik semalam memaklumkan RM12 juta diserahkan kepada polis, namun kumpulan penculik itu dipercayai tidak berpuas hati dengan jumlah itu. 
Difahamkan RM18 juta dibelanjakan secara keseluruhan termasuk kos rundingan dengan penculik yang dibiayai ahli korporat. 
Semalam, Datuk Lau Cheng Kiong, bapa saudara mangsa culik termuda, Johnny Lau Jung Hien dan wakil keluarga empat tebusan itu mendedahkan, wang derma sebanyak RM12 juta dimasukkan ke dalam 12 peti besi untuk dihantar ke Bank Hong Leong di Sandakan mulai jam 4 petang, 24 Mei lalu. 
Jelasnya, wang itu kemudiannya dimasukkan ke dalam beg plastik sampah oleh dua anggota polis Cawangan Khas (SB) dari Sandakan sebelum diangkut ke Balai Polis Sandakan pada jam 6 petang hari sama. 
Difahamkan, wang tebusan RM12 juta itu terdiri daripada pajakan dua rumah keluarga mangsa yang berjumlah RM1 juta, sumbangan orang ramai sebanyak RM9 juta dan RM2 juta lagi daripada syarikat perkapalan empat tebusan itu. 
Polis Sabah dan Bank Hong Leong di Sandakan yang dihubungi China Press enggan mengulas berhubung pengeluaran dan penghantaran wang tebusan itu. 
Sementara itu, perunding yang dipetik akhbar berbahasa Cina itu menegaskan, Abu Sayyaf tidak mungkin melepaskan tebusan tanpa sebarang bayaran. 
Jelasnya, penculik hanya menerima wang tunai yang ditukarkan kepada mata wang peso dan dihantar menggunakan bot ke kubu Abu Sayyaf di Pulau Jolo. 
Sumber dari Filipina pula memberitahu, wang tebusan yang dibayar untuk membebaskan empat rakyat Malaysia itu sekurang-kurangnya berjumlah RM18 juta termasuk kos perjalanan, makanan, penginapan, gambar, panggilan telefon dan orang tengah. 
Jika mangsa culik jatuh sakit, penculik akan meminta kos perubatan daripada keluarga mangsa dan mereka tidak menerima ubat-ubatan yang dikirim keluarga sebaliknya akan membeli ubat berdasarkan senarai yang diberikan keluarga mangsa. 
Tambahnya, rundingan dengan kumpulan militan Abu Sayyaf amat rumit dan mungkin berdepan penipu, justeru proses mengenal pasti orang tengah memerlukan masa dan wang. 
Media sebelum ini melaporkan wang tebusan yang diminta penculik adalah 300 juta peso (RM30 juta), sebelum dikurangkan kepada 180 juta peso (RM18 juta). 
Adik-beradik, Wong Teck Kang, 31, dan Teck Chii, 29, bersama sepupu mereka, Johnny yang berusia 21 tahun dan rakan sekerja, Wong Hung Sing, 34, diculik dari sebuah kapal tunda di perairan Pulau Ligitan, berhampiran Semporna pada 1 April lalu sebelum dibebaskan pada 8 Jun lalu ~ FMT

Tengok video ni.. kering saja dia kencing kita..

 

Apa yang dia nak cover ni??



Biaq Betoi.. Takkan Banyak Ni Saja Yang Hadir Ceramah PAS?

Posted: 15 Jun 2016 07:26 PM PDT


Lazimnya sebut sahaja ceramah PAS, mesti terbayang dalam fikiran jumlah kehadiran cukup hebat atau paling tidak pun agak menggalakkan apatah lagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Dibandingkan sambutan ceramah anjuran serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN) memang ibarat langit dengan bumi apabila sering kali jumlah petugas media dan pekerja parti itu sendiri jauh lebih ramai daripada penonton.

Contoh terbaik ceramah di Kampung Ketior dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Isnin apabila lebih 500 orang hadir; iaitu selepas 'ditolak' pelanggan kedai makan, wartawan, pekerja parti itu dan anggota polis.



Ini menyebabkan kesesakan di jalan utama apabila puluhan kereta diletakkan di bahu jalan waima berakhir lewat tengah malam berbanding ceramah PAN tidak jauh dari situ di Pekan Manong yang terpaksa 'tutup' awal 11 malam.

Tinjauan Mynewshub ke program anjuran PAN itu mendapati hanya 50 orang hadir termasuk pejalan kaki, petugas media, aktivis parti dan anggota polis meskipun yang berucap ialah Timbalan Presidennya sendiri, Salahuddin Ayub.

Malangnya momentum aura Abdul Hadi itu gagal diteruskan 24 jam kemudian apabila ceramah PAS di Dataran Manong pada Selasa mencatat sejarah terpaksa dibatalkan penganjur susulan sambutan dianggap amat luar biasa.

Berita itu menjadi perbualan hangat penduduk Kuala Kangsar terutama penyokong parti lawan selain meluahkan rasa 'simpati' dengan nasib PAS apabila ceramah perdananya di kawasan cukup luas hanya dihadiri 32 orang.


Pada kebiasaan, jumlah kecil tersebut sebenarnya sudah cukup memadai jika ceramah melibatkan parti lain seperti PAN yang baharu berusia belum setahun jagung tetapi tidak bagi PAS yang menetapkan 'tanda aras KPI' lebih tinggi.

Keadaan ini mengingatkan kembali Mynewshub ketika pernah membuat liputan Pilihan Raya Sarawak awal Mei lalu apabila ceramah DAP gagal dapat sambutan waima penceramahnya ialah Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen.

Suasana hening serta sunyi sepi dalam kegelapan malam di tempat ceramah tersebut jauh saujana mata memandang menimbulkan tanda tanya lucu di manakah silap perancangan PAS dan di manakah 'hilang' penyokong totoknya?



Lagipun ceramah tersebut bermula 'waktu standard' bulan Ramadan, iaitu jam 10 malam yang juga masa terbaik selepas umat Islam selesai menunaikan ibadat solat sunat tarawih dan penceramahnya pula bukan calang-calang.

Seterusnya silalah sambung bacaan anda di ( SINI )

Comments (0)