Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:57 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Azmin Sokong Amanah, Doakan Calon PAS Berjaya...

Posted: 14 Jun 2016 09:10 AM PDT


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali turun ke Sungai Besar hari ini bagi memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan dari Amanah, Azhar Abd Shukur.

Beliau menyertai majlis berbuka puasa (Iftar Perdana) yang dianjurkan Pakatan Harapan untuk memberikan sokongan moral kepada calon Amanah.

Azmin selaku Timbalan Presiden PKR mengisytiharkan sokongan beliau kepada Azhar di majlis berbuka puasa ini.

Turut hadir di majlis ini ialah calon Pas, Dr Abdul Rani Osman.

Dalam ucapannya beliau mengakui memerlukan pertimbangan yang sukar dalam mengambil pendirian dalam PRK Sungai Besar.

"Sebagai timbalan presiden PKR, selepas perbincangan dengan pelbagai pihak, saya memilih untuk memberi sokongan kepada calon dari Pakatan Harapan.

"Saya percaya dengan latar belakang agama, kredibiliti dan latar belakang keluarga, Ustaz Azhar akan dapat menjadi suara kita di Parlimen Sungai Besar," katanya

Kepada calon Pas beliau turut berharap dapat terus menyembung persahabatan.

"Dr Rani, jangan sedih, kita masih rakan di Dewan Undangan Negeri, anda telah menyumbang banyak saya berdoa agar anda akan terus berjaya dan menyumbang," katanya.

Pada ketika ini, beberapa orang-orang di khalayak menjerit menggesa Dr Rani untuk menyertai Azmin dan Azhar di atas pentas tetapi dia tinggal di tempat duduknya.

Azmin dalam ucapannya memohon maaf kerana tidak dapat kerap melawat tempat itu semasa kempen PRK Sungai Besar kerana jadual ketat bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk majlis berbuka puasa di masjid-masjid di negeri ini hampir setiap petang.

"Saya bertanya kepada Tuanku untuk memberikan saya kebenaran untuk berada di sini petang ini dan Tuanku membolehkan saya untuk berbuat demikian," kata Azmin sambil menambah bahawa dia akan datang lagi pada hari Jumaat ~ MalaysiaDateline



Mufti Perak Bidas Presiden PAS

Posted: 14 Jun 2016 03:00 AM PDT


Sesiapa yang mengundi calon Barisan Nasional atau pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak akan mendapat kemurkaan Allah, tegas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

"Keadaan sekarang dalam waktu berkempen kita tidak payahlah kita nak menghukum orang berdosa atau celaka atau haram jika tidak sokong calon Pas.

"Dalam berkempen tak usah letak dosa ke tidak berdosa, eloklah jika kita nak memerintah, kita tunjukkan apa yang akan kita lakukan jika kita disokong pengundi dan kita menang.

"Tak payahlah... sudah-sudahlah nak kira dosa atau pahala tiap kali ceramah politik," kata Harussani kepada Malaysia Dateline.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam ketika berucap di Sungai Besar bahawa memilih wakil rakyat adalah satu tanggung jawab, dan kalau apa yang diucapkan oleh ahli parlimen adalah salah, maka berdosa dan celakalah pengundi.

Pas sebelum ini mendakwa mereka yang mengundi calon parti itu akan mendapat ganjaran Allah.

Ini kerana ahli parlimen yang dipilih mewakili kerusi Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar berpeluang membahas dan mengundi berhubung usul rang undang-undang persendirian Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah pada sesi Parlimen akan datang.

Bagi Harussani, semua pihak perlu mempertahankan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama negara.

"Dalam perlembagaan sudah menyatakan Islam adalah agama negara.

"Maknanya sesiapapun calon parti dan pengundi dalam pilihan raya, mereka terikat dengan perlembagaan itu dan tidak boleh mengabaikannya.

"Melainkan jika calon itu tidak mahu terikat dengan perlembagaan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara, calon ini wajib kita tolak kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan dan agama Islam itu sendiri.

"Itu cerita lain. Sama ada dia (Hadi) dan partinya nak perjuangkan hudud di Parlimen atau tidak," katanya.

PRK Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pas Dr Rani Osman, calon BN Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah Azhar Ab Shukur.

Manakala di Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pas Dr Najihatussalehah Ahmad, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid, calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary ~ Malaysia Dateline



Calon PAS Yakin Menang Di Kuala Kangsar

Posted: 14 Jun 2016 01:44 AM PDT


"Saya yakin menang dengan kemenangan yang sangat-sangat tipis," kata calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad berhubung peluangnya dalam PRK kali ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan di pusat pengundian awal di Kuaters IPD Kuala Kangsar hari ini.

Katanya, PAS berjaya memberikan saingan sengit kepada BN sepanjang tempoh kempen yang hanya berbaki empat hari lagi.

"Saya rasa persaingan sengit maknanya (menang) tipis. Mungkin BN pun rasa begitu. (Ini berdasarkan) unjuran terhadap undi yang kita akan dapat.

"Memandangkan ini PRK, mungkin peratus keluar mengundi tidak akan melebihi 75%," katanya.

Ketua Dewan Muslimat PAS itu bagaimanapun tidak menyentuh berhubung peluang AMANAH, parti yang dilihat menjadi seteru utamanya dalam PRK ini.

Katanya, kedatangan Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi membantu kempen AMANAH tidak akan memberikan kesan yang besar.

"Pengaruh Azmin hanya di Selangor, Sungai Besar berbanding di Kuala Kangsar," katanya.

Azmin yang dilihat kurang memainkan peranan dalam kempen dua PRK ini dijadualkan berkempen di Sungai Besar pada hari ini dan Jumaat, manakala di sini pada Khamis lapor FMT



Gara-gara Sebut Nak Baling 'Bom Atom' Ke Atas Najib, Rafizi Akan Disiasat Polis

Posted: 13 Jun 2016 10:14 PM PDT


Rafizi dalam satu ceramah di Kuala Kangsar pada 9 Jun lalu memberitahu hadirin supaya menyokong calon AMANAH Dr Ahmad Termizi Ramli keran beliau seorang ahli fizik nuklear yang berkelayakan.

"... kita mahu hantar dia masuk parliamen, kita mahu dia baling 'atom bom' ke atas Najib sebelah sana, mesti meletup," katanya.

Rafizi dalam responsnya semalam berharap polis tidak memandang serius kenyataannya yang dibuat secara perumpamaan itu... tapi Polis tetap akan siasat..

Hmmm.. entahlah..

Ni sejarah tentang letupan bom atom yang kita perlu tahu..

Kemusnahan akibat letupan bom atom di dua bandar di Jepun Hiroshima dan Nagasaki masih terpahat di ingatan meskipun sudah 70 tahun berlalu. 
Ia sejarah yang pastinya dikenang seumur hidup oleh saudara-mara dan ahli keluarga mangsa sewaktu Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S Truman membenarkan bom atom digunakan bagi melumpuhkan Empayar Jepun pada Perang Dunia Kedua. 
Pada 6 Ogos 1945, pesawat pengebom Amerika Syarikat B-29 menggugurkan sebutir bom nuklear digelar 'Little Boy' di tengah bandar raya Hiroshima. 
Letupan bom setinggi kira-kira 600 meter itu bersamaan dengan 15 kilogram tan bahan letupan tinggi TNT. Kekuatan itu sudah cukup untuk membunuh kira-kira 70,000 orang dengan serta-merta. 
Pada akhir tahun sama, ribuan lagi terkorban akibat cedera dan keracunan radiasi menjadikan jumlah keseluruhan yang terbunuh di Hiroshima mencecah 140,000 orang. 
Tiga hari kemudian, pesawat sama menggugurkan bom atom kedua digelar 'Fat Man' di kawasan perindustrian bandar Nagasaki. 
Ledakan letupan yang bersamaan 21 kilogram tan TNT itu menyebabkan kematian hampir 75,000 daripada 240,000 penduduk Nagasaki dan jumlah kematian meningkat menjelang akhir 1945 apabila mencapai 80,000 orang. 
Dan radius letupan adalah lebih dari satu batu..

Tentu tak masuk akal kalau kenyataan Rafizi itu dianggap sebagai sesuatu yang serius.. Bom Atom.. bukannya Bom Tangan.. bukannya sekilo atau dua kilo beratnya tapi berpuluh-puluh tan..

Laporan berkaitan..

Polis membuka kertas siasatan berhubung kes membabitkan ceramah Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, yang didakwa mengandungi unsur ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan selepas menerima laporan polis berhubung dakwaan itu.

"Siasatan masih diteruskan namun polis akan memanggil beberapa individu termasuk Rafizi untuk memberi keterangan," katanya di Kuala Kangsar, hari ini. 
Rafizi dalam satu ceramah di Kuala Kangsar pada 9 Jun lalu memberitahu hadirin supaya menyokong calon AMANAH Dr Ahmad Termizi Ramli keran beliau seorang ahli fizik nuklear yang berkelayakan. 
"... kita mahu hantar dia masuk parliamen, kita mahu dia baling 'atom bom' ke atas Najib sebelah sana, mesti meletup," katanya. 
Rahim juga memberi amaran kepada ahli-ahli politik dan calon-calon supaya tidak mengeluarkan perkataan 'bom' walaupun secara bergurau. 
"Ya, walaupun ia gurau, namun ia adalah ugutan, kita akan siasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya..

Laporan penuh sila baca di ( SINI )



Comments (0)