Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Unknown | Posted on 9:55 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Bendera Amanah Mengelirukan, PAS Buat Aduan Rasmi SPR

Posted: 13 Jun 2016 02:59 AM PDT


PAS akan membuat aduan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang ini berhubung penggunaan bendera Parti Amanah Negara yang disifatkan mengelirukan.

Peguam PAS, Mohd Zamri Ibrahim, berkata berdasarkan logo dikeluarkan SPR, parti serpihan PAS itu sepatutnya menggunakan logo berwarna oren, namun bendera dipasang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini memaparkan logo berwarna putih.

Walaupun peraturan berkenaan penggunaan bendera tidak diperjelas secara terperinci di dalam buku Tataetika Pilihan Raya, namun beliau khuatir penggunaan logo secara sesuka hati ini boleh memberikan implikasi kepada perjalanan kempen.

"Kami hanya mahu dapatkan kepastian sama ada ia dibenarkan atau tidak oleh SPR. Berdasarkan semakan kita dengan SPR, memang wujud perbezaan warna digunakan di bendera dan logo rasmi disenarai SPR.

"Jika penggunaan seumpama ini dibenarkan, kita khuatir pada masa depan, akan berlaku pengubahan pada logo secara sesuka hati. Contohnya calon Bebas menggunakan simbol pokok, dia boleh corakkan gambar pokok itu mengikut cita rasa dia," katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau dan wakil calon PAS, Ali Juhari Ahmad mengadakan pertemuan dengan wakil SPR bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu penggunaan warna itu di Pejabat Daerah Kuala Kangsar, di sini.



Berdasarkan maklum balas SPR dalam pertemuan itu, Zamri berkata, rungutan dibawa pihaknya dilihat mempunyai asas tertentu untuk dipertimbang dan memerlukan satu tindakan oleh SPR. 

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/163826

Kadar Tol Di Lapan Lebuhraya Naik Tidak Lama Lagi?

Posted: 13 Jun 2016 01:36 AM PDT


Tahun lalu sebanyak 18 buah plaza tol telah terlibat dengan kenaikan kadar dan kebanyakannya adalah secara drastik.

Bagi tahun ini pula, kerajaan dikatakan bakal membuat keputusan untuk menaikkan kadar tol bagi lapan lagi syarikat konsesi, menurut The Sun.

Akhbar berbahasa Inggeris itu turut memetik dari Sin Chew Daily, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jika ingin mengekalkan kadar tol yang sama pada harga kini, kerajaan perlu membayar pampasan kepada pihak konsesi dalam jumlah yang sangat besar dan ini membebankan kerajaan dalam hutang jangka masa panjang.

Beliau turut menambah, kerajaan telah berhadapan dengan kesukaran untuk membuat keputusan berhubung perkara ini.

Namun hanya ada dua pilihan di bawah rancangan penstrukturan semula tol iaitu membenarkan kenaikan kadar tol dan pengguna perlu membayar lebih untuk menggunakan lebuh raya, atau menanggung beban kos pampasan tersebut.

Fadillah berkata syarikat konsesi yang dibenarkan untuk menaikkan kadar tol di lapan buah lebuhraya iaitu Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Hubungan Kedua (Linkedua), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) pada 1 Januari tahun ini, menurut persetujuan yang telah ditandatangani sebelum ini. LDP juga telah pun menaikkan kadar tol pada tahun lalu.

Jika kerajaan tidak meluluskan kenaikan kadar tol ini, jumlah pampasan yang perlu dipayar adalah sebanyak RM539 juta.

"Jika kerajaan menangguhkan kelulusan kenaikan kadar tol, jumlah tersebut (pampasan), akan meningkat setiap tahun. Dalam erti kata lain, ia boleh menyebabkan hutang dalam jangka masa panjang untuk kerajaan," ujar Fadillah.

Menteri tersebut turut menambah, antara tahun 2008 dan 2014, kerajaan telah menolak permohonan untuk menaikkan kadar tol oleh syarikat konsesi lebuhraya, dan ia menyebabkan lebih dari RM2.2 bilion pampasan terpaksa dibayar.

Fadillah juga enggan mendedahkan sebarang butiran mengenai kadar tol tersebut, sambil menambah jawatankuasa kerja telah berunding untuk mengemukakan laporannya kepada kabinet bagi menentukan keputusan hasil perbincangan bersama pemegang konsesi lebuh raya tersebut berakhir kelak.

Tahun lalu, sejumlah 18 buah lebuhraya di seluruh Malaysia terlibat dengan kenaikan tol, dalam tarikh yang sama iaitu 15 Oktober. Ini termasuklah AKLEH, Besraya, DUKE, Grand Saga, Lebuhraya Guthrie, Kajang SILK, Karak, LATAR, LEKAS, LKSA, MEX, NPE, terowong SMART, Lebuhraya Senai-Desaru, SKVE, Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Sprint dan LDP ~ PaulTan



Berdosa Dan Celaka Jika Pilih Wakil Rakyat Salah, Kata Hadi

Posted: 12 Jun 2016 10:23 PM PDT


"Kalau apa yang diucap (oleh ahli parlimen) adalah salah, (maka) berdosa dan celakalah kita," kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu ceramah di Sungai Besar malam semalam. 

Meskipun dinyatakan secara umum, kita sudah boleh menduga arah manakah pandangan itu dimaksudkan oleh Haji Hadi.

Maksud yang tersirat membawa makna 'celaka dan berdosa sesiapa mengundi selain calon parti PAS' atau enggan memilih calon PAS.

Dulu pada tahun 1981 dengan amanatnya UMNO dikafirkan manakala sesiapa yang menyokong PAS akan masuk Syurga.

Sekarang siapa yang sokong PH berdosa pulak... UMNO dah tak di kutuk nya lagi, yang jadi sasaran nya ada lah DAP.

Atau mungkin juga boleh ucapan Haji Hadi ini boleh diterjemahkan sebagai undi PAS sama dengan undi UMNO/BN..

Sebab katanya lagi.. "ahli parlimen yang dipilih mewakili kerusi Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar berpeluang membahas dan mengundi berhubung usul rang undang-undang persendirian bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah pada sesi Parlimen akan datang."

UMNO/BN pun kan dah sokong RUU yang Haji Hadi bentangkan kemudian tangguhkan itu.. siap bagi laluan lagi untuk dipercepatkan lagi..

Laporan berkaitan..



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada pengundi di Sungai Besar bahawa mereka akan berdepan dengan kemurkaan Ilahi jika memilih ahli parlimen salah pada 18 Jun ini. 

Katanya, memilih wakil rakyat adalah satu tanggungjawab. 

"Kalau apa yang diucap (oleh ahli parlimen) adalah salah, (maka) berdosa dan celakalah kita," katanya pada satu ceramah di Sungai Besar malam semalam. 

PAS sebelum ini mendakwa mereka yang mengundi calon parti itu akan mendapat ganjaran Allah pada akhirat termasuk memasuki syurga. 

Ini kerana ahli parlimen yang dipilih mewakili kerusi Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar berpeluang membahas dan mengundi berhubung usul rang undang-undang persendirian Hadi bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah pada sesi Parlimen akan datang. 

Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) akan membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan. 

Pilihan raya kecil Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PAS Dr Rani Osman, calon BN Budiman Mohd Zohdi, dan calon AMANAH Azhar Shukur. 

Hadi berkata calon-calon PAS, termasuk Dr Rani adalah jujur serta bertanggungjawab kerana telah melafazkan sumpah bai'ah bagi memastikan mereka tidak menyimpang dari prinsip-prinsip parti Islam itu. 

"Kalau khianat akan dilaknat oleh Allah "Sebab itu wakil PAS tak makan dedak walaupun orang tabur dedak," katanya, merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Bekas perdana menteri itu sebelum ini berkata bahawa beliau telah menemui Hadi bagi menerangkan dakwaan salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tetapi "apa yang dia nampak ialah dedak." 

Menurut Hadi, sumpah bai'ah itu adalah mengapa wakil PAS tidak pernah terbabit dalam mana-mana skandal rasuah, termasuk yang melibatkan banglo.



Laporan penuh sila baca di ( SINI )

Comments (0)