Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:37 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Dulu UMNO, Kini Penyokong PAS Pula Serang Rafizi, Kenapa?

Posted: 11 Jun 2016 11:30 PM PDT


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini mendakwa beliau tidak lagi diserang penyokong Umno sebaliknya 'tugas' itu kini sudah beralih kepada penyokong Pas.

Melalui kemas kini status di Facebooknya, Rafizi yang juga Naib Presiden PKR itu mendedahkan ada pemimpin parti Islam itu yang mempersendakan kerja-kerja pendedahan dalam usaha melawan rasuah yang dilakukannya.

"Kebelakangan ini yang paling kuat serang saya di Facebook ini bukan lagi penyokong Umno tetapi penyokong Pas. Seolah-olah kerja menyerang itu telah di 'sub-contract' kepada Pas.

"Malah bila saya dedahkan pembaziran nyata melibatkan penggunaan jet peribadi yang menggunakan wang rakyat oleh Datin Seri Rosmah Mansor (isteri Perdana Menteri), saya tetap diserang oleh penyokong Pas," katanya.

Menegaskan tidak terkesan dengan serangan sedemikian, Rafizi berkata lebih ramai pengikutnya di Facebook yang menolak politik label melabel ala Pas dan menyokong usaha pihaknya meletakkan keutamaan kepada isu rakyat.

"Malangnya sikap dan pendekatan begini membawa nama buruk kepada 'tarbiah Pas' yang selalu disebut-sebut. Saya sertakan satu contoh di bawah.

"Saya juga telah semak profil beliau dan saya percaya ia bukan dibuat-buat oleh musuh Pas untuk merosakkan nama baik Pas," katanya.

Rafizi sempat menyertakan paparan skrin komen yang diterimanya dari salah seorang pemilik akaun Facebook.

"Saya sepatutnya gembira kerana dengan cara begini, penyokong Pas sendiri yang menyebabkan rakyat atas pagar makin jauh dari Pas.

"Tetapi saya sedih kerana Pas ini membawa nama Islam dan jika akhlaknya itu tidak melambangkan akhlak Islam, ia tidak berlaku adil kepada label 'Islam' yang cuba dipamerkan," katanya ~ Sinar



Kalau Niat Nak Ubah Kerajaan, Jangan Balik Mengundi – Ahmad Maslan

Posted: 11 Jun 2016 09:30 PM PDT


"Payah saya nak rumuskan sokongan pengundi Cina untuk pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar ini.

"Saya dapati calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bersama parti komponen sentiasa bekerja keras untuk tarik mereka menyokong BN dan difahamkan ada perubahan."

Itu kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan idustri, Datuk Ahmad Maslan ketika melawat pusat media PRK Sungai Besar bersama enam doktor muda daripada Alumni Kelab UMNO Luar Negara.

"Dulu pengundi Cina menyokong pembangkang kerana kononnya hendakkan perubahan kerajaan hasil hasutan pembangkang.

"Sekarang saya tak tahu apa pendirian mereka tetapi jika mereka masih fikir mahukan perubahan kerajaan, saya nasihatkan supata tak payahlah balik mengundi.

"Sebab menang atau kalah, kerajaan BN tetap tidak akan berubah malah tida memberi apa-apa kesan pun," katanya.

Bagaimanapun harap Ahmad, pengundi Cina akan mengubah pendirian lama dan kembali menyokong calon BN pada PRK ini.

Bercakap tentang Alumni Kelab UMNO Luar Negara, Ahmad memberitahu keenam-enam doktor terbabit akan dibawa menziarah orang-orang tua dan orang sakit di beberapa PDM di Sungai Besar.

"Ini merupakan sumbangan kecil mereka kepada kerajaan dan sebagi bukti mereka juga adalah penyokong setia kerajaan dari mula belajar hinggalah ke hari ini," ujarnya ~ MalaysiaGazette



Mahathir Dakwa PAS Tidak Akan Kritik Najib Kerana...

Posted: 11 Jun 2016 05:30 PM PDT


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa PAS cuba melamar Umno kerana ia memerlukan sokongan selepas ditinggalkan keseorangan.

Itulah sebabnya, tambah beliau, mereka mahukan sokongan khususnya dari (Presiden Umno) Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mendakwa PAS tidak akan mengkritik Najib kerana sebagai sebuah parti yang keseorangan tanpa ada sokongan, ia perlu mendapatkan bantuan Najib.

"Bantuan dalam bentuk apa, saya tak tahu," kata Dr Mahathir dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di forum anjuran DAP di Sekinchan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan menyokong calon PAS di PRK Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman jika ADUN Meru itu menyokong Deklarasi Rakyat bagi menggesa pengunduran Najib.

Mahathir sebelum ini menyatakan sokongan beliau untuk calon AMANAH, Azhar Abdul Shukur yang menandatangani Deklarasi Rakyat itu hari ini.

Menurut Mahathir lagi pilihan raya kecil itu adalah satu referendum.

Menurutnya, ia adalah satu langkah untuk menunjukkan kepada Najib bahawa rakyat telah menolaknya.

Mahathir mendakwa, mereka yang menyokong Najib sama ada tidak tahu apa yang berlaku, atau mereka ada ;dedak' dalam mulut mereka.





Dedak adalah satu metafora mengenai obligasi kepada orang yang memberi mereka makan.

Kempen PAS di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah dibayangi oleh dakwaan kerjasama pada masa depan dengan Umno, walaupun ia berulangkali dinafikan oleh pemimpin tertinggi parti itu ~ Malaysiakini



Comments (0)