Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:29 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Jangan Politikkan Isu Melibatkan Agama - Rafidah Aziz

Posted: 11 Jun 2016 08:29 AM PDT


Veteran UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berharap semua pihak agar tidak mempolitikkan sebarang isu yang melibatkan agama.

Tegasnya, ia termasuk isu hukum hudud yang cuba dimanupulasi sesetengah pihak yang dilihat hanya akan mewujudkan ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat.

"Saya rasa jika kita kita tahu pegangan agama kita yang mana bukannya (fikir) potong tangan, kepala, dan sebagainya, saya rasa kita akan memahaminya.

"Saya baca banyak perkara mengenai hudud, orang bercakap mengenai hudud dalam cara yang positif, ada yang kata: "Ia (hudud) bukan semata-mata potong tangan, ia berkaitan dengan banyak perkara yang perlu dilihat," katanya semasa menjadi tetamu undangan rancangan bual bicara santai, Obviously Harith Iskander (OHI) di Astro Bukit Jalil di sini hari ini.

Menurut Rafidah, beliau kecewa dengan sesetengah pihak yang cuba menakut-nakutkan orang ramai dengan memberi gambaran yang tidak baik mengenai hudud.

"Kenapa mesti perlu terlalu ekstrim dan menakut-nakutkan semua orang? Sebagai orang Islam, jika iman kita kuat, saya rasa kita tidak perlukan undang-undang yang sudah lapuk," tegas beliau.

Pada masa sama, katanya, setiap orang perlu bertanya kepada diri masing-masing adakah setiap kelakuan dan tindak tanduk dilakukan adalah selari dengan identiti mereka sebagai umat Islam.

Justeru katanya, bukan sahaja agama, banyak perkara lain tidak seharusnya dipolitikkan termasuk isu pendidikan dan kaum ~ AstroAwani



Comments (0)