Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:23 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Deklarasi Rakyat: Ratu Naga Terdesak Kata CheguBard

Posted: 10 Jun 2016 02:08 AM PDT


Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyelar Ratu Naga (Syarul Ema Rena Abu Samah) kerana menyerbu sidang akhbarnya hari ini, melabelkannya sebagai tindakan terdesak.

"Kemunculan perempuan yang suka dikenali sebagai Ratu Naga mengganggu secara emosi sidang media tadi jelas memperlihatkan sikap terdesak," katanya.

Lebih dikenali sebagai Chegubard, aktivis yang lantang bersuara itu mencabar Syarul Ema menyaman atau membuat laporan polis terhadap pengatur cara bebas Azharuddin Othman untuk membuktikan dia tidak bersalah...

Baca nih!

Kenyataan Media 10 Jun 2016

TINDAKAN MEMALSUKAN KENYATAAN BERSUMPAH DAN KEMUNCULAN EMOSI RATU NAGA TINDAKAN TERDESAK.



1. 11.00 pagi tadi, saya dan Azhar bersama beberapa teman penyelaras SAMM telah mengadakan sidang media bagi menafikan satu kenyataan bersumpah (SD) palsu yang disebarkan dikalangan kumpulan (pro) Mahathir sejak dua hari lalu. Penafian sudah dibuat beberapa jam sejak kewujudan SD palsu itu dikesan. Azhar telah membuat penafian melalui laman fBnya dan saya telah membuat penafian melalui fB dan pesanan whats app kepada teman – teman media.

2. Namun sidang media pagi ini dipanggil kerana ternyata walaupun selepas dinafikan pasukan (pro) Mahathir ini tidak berhenti terus menyebarkan malah amat menyedihkan beberapa teman pimpinan pembangkang dan media yang mesra pembangkang selama ini turut menyiar sebarkan SD tersebut tanpa mempedulikan penafian yang dibuatSangat kesal dengan tindakan Malaysiakini.com contohnya yang menyiarkan berita dengan tajuk "saya diupah untuk baca tesk oleh chegubard". Tajuk itu sendiri berniat jahat dan penulisan berita seolah Malaysiakini mendapat sumber kenyataan dari Azhar sendiri. Tajuk berita itu dikongsi ramai pihak menyerang saya, azhar, SAMM malah malah ada komen sehingga melibatkan ibu bapa kami. Mungkin kemudian sedari dan hasil tekanan Malaysiakini kelihatan telah mengubah suai berrita yang sama beberapa kali. Pihak SAMM menghubungi Malaysiakini dan mendesak penjelasan, setelah itu hanya tajuk ditukar dan berita yang sama masih kekal. Ini sangat memalukan.

3. Azharuddin sendiri hari ini depan media menyatakan kenyataan bersumpah yang disebar dikalangan pasukan (pro) Mahathir itu palsu dan dia mempertahankan akuan bersumpahnya yang dia pernah bacakan depan wartawan sebelum ini.

4. Kemunculan perempuan yang suka dikenali sebagai Ratu Naga mengganggu secara emosi sidang media tadi jelas memperlihatkan sikap terdesak. Dia muncul mengasak Azharuddin bersumpah laknat. Untuk rekod sebelum ini dia muncul di kedai mamak dalam keadaan tidak menutup aurat menjungjung quran bersumpah. (klik sini http://chegubard.blogspot.my/2016/05/letak-al-quran-di-tepi-kepala-di-kedai.html) Namun dia sangat emosi apabila saya dengan senyum menjawab ini semua gerak kerja Umno Bn, terdesak salah guna agama dan jangan buat benda yang tidak ada dalam Quran. Azhar sudah membuat kenyataan bersumpah berdasarkan undang – undang kalau kamu betul buat laporan polis atau dakwa Azhar di mahkamah. Sebelum ini ketika bersumpah dikedai mamak dia cakap akan lapor polis namun dia tak laporkan pun sehingga kini. Kecewa tidak termakan provokasinya maka dia terus emosi dan marah – marah dari kes cincin Rosmah ke 1MDB. Kami boleh halang dia dari masuk ke bilik sidang media namun sengaja kami biarkan untuk mempertontonkan sikap terdesak orang yang sedang ditekan kerana memalukan pasukan sendiri.

5. Rumusan sidang media tadi ialah Kenyataan Bersumpah yang keliaran dikalangan pasukan (pro) Mahathir termasuk disiar oleh fB yang guna nama Mukhriz Mahathir itu adalah palsu. Media dan individu yang menyiarkan akuan bersumpah palsu termasuk Malaysiakini dituntut menarik balik pemberitaan berniat jahat itu dan meminta maaf secara terbuka.

6. Esok laporan polis akan dibuat oleh Azhar dan saya berkaitan kewujudan SD palsu tersebut termasuk media yang menyebar siarkan sebagai betul. Kemudian laporan SKMM juga akan dibuat dan sedang mempertimbangkan tindakan undang – undang selepas perbincangan dengan beberapa peguam.

7. Kepada semua khususnya pembangkang yang teruja terpesona dengan Mahathir agar kembali ke landasan asal. Telah saya pesan jangan bawa Mahathir mengotori rumah perjuangan ini. Mana mungkin dengan penipuan dan kerja jahat Negara boleh diselamatkan. SD palsu ini strategi cukup rapat dengan Mahathir iaitu mencipta satu penipuan demi menutup penipuan yang lain dan cubaan mengalihkan isu.

Sekian.
che'GuBard, SAMM



Jika Rosmah Sibuk, Kenapa Anak Najib Turut Menyibuk Tumpang Jet Disewa Kerajaan Soal Rafizi

Posted: 09 Jun 2016 11:00 PM PDT


Anak perempuan Perdana Menteri turut menumpang jet peribadi yang disewa khas kerajaan sehingga menimbulkan tanda tanya siapa yang selayaknya menggunakan kemudahan mewah itu.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan media berkata, jika kesibukan tugas dan jadual ketat dijadikan alasan kenapa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi ACJ319 A6-CJE, mengapa anak beliau, Nooryana Najwa Najib turut sama di dalam penerbangan itu?

"Adakah anak kepada menteri-menteri juga dikira sebagai VVIP? Saya boleh sahkan bahawa anak Datin Seri Rosmah Mansor turut sama menaiki pesawat tersebut dan saya sertakan gambar-gambar sebagai bukti," katanya.



Rafizi turut mempersoalkan alasan yang diberikan Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor bahawa menyewa jet peribadi bukanlah 'perkara baru' bagi kerajaan Malaysia.

Malah Rizal menjelaskan bahawa jet itu disewa Kerajaan Malaysia bagi tempoh dua bulan untuk kegunaan pembesar negara (VVIP).

"Setiap kali saya mendedahkan pembaziran akibat dari kos menggunakan jet peribadi, alasan-alasan inilah yang akan digunakan dengan mengheret nama DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

"Kalau pun jet-jet peribadi ini adalah satu keperluan kepada pembesar-pembesar, siapa yang secara rasminya diiktiraf sebagai pembesar VVIP yang boleh menggunakan jet peribadi ini?

"Urusan bagaimana yang membolehkan mereka menggunakan jet peribadi ini? Tidakkah ada panduan dan had penggunaan supaya wang rakyat tidak dibazirkan?" soal beliau.

Rafizi turut menyifatkan alasan Rizal bahawa jadual Rosmah yang ketat dan tidak sesuai untuk menggunakan penerbangan komersil sebagai dangkal dan menghina rakyat.

Menurutnya, semasa Kelantan dilanda banjir teruk di akhir 2014, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak lewat pulang dan menggunakan penerbangan lain untuk pulang ke Malaysia dari Hawaii sedangkan jet peribadi rasmi kerajaan yang digunakan beliau melencong ke arah yang bertentangan dengan singgah di Los Angeles dan kemudiannya di Indianapolis.

"Sehingga sekarang Datin Seri Rosmah Mansor tidak menjawab soalan saya sama ada jet itu singgah untuk memantau kerja-kerja naik taraf jet peribadi yang baru dibeli ketika itu," kesal Rafizi.

Beliau turut mencabar calon-calon BN dan Pas supaya mendesak Perdana Menteri menyiarkan secara terbuka senarai penuh perjalanan dan kos terlibat bagi semua jet-jet peribadi yang ditanggung oleh rakyat bagi tahun 2015 dan 2016.

"Kegagalan mereka berbuat demikian memberi makna mereka juga bakal gagal menegur pembaziran kerajaan jika dipilih ke Parlimen kelak," ujarnya lapor MalaysiaDateline



PAS Bengang Poster Hadi Di 'Badut' Kan..

Posted: 09 Jun 2016 07:35 PM PDT


Ketika kempen pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar semakin panas, muncul pula poster Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diconteng menjadikannya kelihatan seperti badut.

Ini menimbulkan kemarahan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, yang membidas mereka yang bertanggungjawab.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai satu provokasi, katanya, ia juga adalah percubaan terdesak untuk memburukkan PAS menjelang pilihan raya kecil 18 Jun ini.

Razman berkata, tidak ada sebab untuk menjadikan presiden PAS itu sebagai sasaran memandangkan Hadi bukannya bertanding.

"Provokasi ini semuanya bermula daripada pemasangan 'billboard' semalam. Macam-macam mereka kata, cakap kita bersama Umno.

"Kalau kita mahu bersama Umno, kita tidak akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Macam mana boleh kata kita sokong Umno?

"Sekarang zaman politik matang. Kerja-kerja burukkan individu itu cerita lama," katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.

Razman bagaimanapun enggan menuding jari ketika ditanya sama ada beliau mengetahui dalang di sebalik kejadian ini.

Katanya, seharusnya mengelak melakukan provokasi seperti itu kerana ia akan menimbulkan suasana tidak harmoni.

"Kita menyelar tindakan pihak melakukan provokasi seperti ini. Nampak mereka ini terdesak untuk meraih sokongan.

"Mereka bimbang dengan sokongan diterima PAS jadi mereka cuba lakukan pelbagai cara untuk cetus provokasi seperti ini, " katanya.

Terdahulu, PAS mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menaikkan papan iklan menuduh mereka bersekongkol dengan Umno dalam isu 1MDB.

Naib Presiden PAS Idris Ahmad mencabar mereka yang bertanggungjawab supaya mengulangi tuduhan liar mereka secara terbuka.

Calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad akan menghadapi pertandingan empat penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Beliau akan berdepan dengan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid, calon Parti Amanah Negara, Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary pada 18 jun ini.

Kerusi itu kosong berikutan kematian bekas penyandang dan suami Mastura, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter semasa pilihan raya negeri Sarawak, bulan lalu lapor Malaysiakini



Comments (0)