Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:12 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Tanya Arul Mana Pergi AS$7 Bilion - Tony Pua

Posted: 01 Jun 2016 05:41 AM PDT


Lembaga pengarah 1MDB yang baru harus mengarahkan Deloitte untuk menjalankan audit kewangan dengan segera bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kedudukan kewangan syarikat tersebut, kata Tony Pua.

Audit itu adalah untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015 dan 31 Mac 2016.

"Tanpa gambaran lebih jelas dan tepat mengenai kedudukan kewangan 1MDB, lembaga pengarah pastinya mengendalikan perniagaan seperti dalam vakuum, membuat keputusan tanpa mengetahui status dasaran syarikat," kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu.

Secara lebih terperinci, juruaudit itu harus merungkai apa yang terjadi kepada urusniaga dan aset bernilai AS$7 bilion yang mana gagal untuk disahkan oleh jabatan audit negara, kata Tony yang juga anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Jika Presiden 1MDB, Arul Kanda tidak mampu menjelaskan hal dana itu, beliau sepatutnya dipecat dari jawatannya itu.

Ini mampu dilakukan, selepas kementerian kewangan mengeluarkan Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel (M&A) yang memberikan kuasa kepada perdana menteri untuk campur tangan dalam firma itu.

Dana AS$7 bilion itu termasuklah AS$700 juta dan AS$330 juta yang dipindahkan kepada Good Star Limited, sebuah firma yang didakwa dimiliki oleh Jho Low dan tiada kaitan dengan usaha sama antara 1MDB-Petrosaudi venture pada 2009 dan 2011.

Selain itu, ia juga adalah AS$3.51 bilion yang di bayar kepada Aabar Investment PJS Limited, sebuah syarikat yang tidak dimiliki oleh International Petroleum Investment Corportation, AS$940 juta "unit" dalam Bank BSI di Singapura dan AS$1.56 bilion pelaburan oleh 1MDB Global Investments Limited.

Baru-baru ini, kementerian kewangan mengumumkan barisan lembaga pengarah baru 1MDB selepas lembaga sebelumnya dibubarkan berikutan siasatan parlimen ke atas syarikat dana negara itu.

Lembaga tiga anggota itu dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Norazman Ayob dan Ketua Pegawai Operasi Prokhas Sdn Bhd, Datuk Kamal Mohd Ali.

Bagaimanapun, Arul Kanda Kandasamy akan terus memegang jawatan presiden 1MDB, kata kementerian itu lapor Malaysiakini



PRK Sungai Besar: Azmin Bukan Merajuk.. Tapi...

Posted: 01 Jun 2016 01:05 AM PDT


PKR Selangor masih belum menerima arahan rasmi untuk menggerakkan jenteranya untuk pilihan raya kecil Sungai Besar, kata timbalan ketuanya Zuraida Kamaruddin.

"Setakat ini tak ada arahan rasmi untuk mobilisasi jentera. Lepas penamaan calon nanti kita tengok macam mana," kata anggota parlimen Ampang kepada Malaysiakini.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali, yang juga ketua PKR negeri, pada 12 Mei lalu memberitahu kira-kira 1,000 hadirin dalam bahawa beliau akan tinggal di kawasan itu sehingga tamat pilihan raya kecil.

Ditanya hasrat Azmin hendak berkampung di situ, Zuraida berkata ia bertujuan untuk "persiapan awal" dengan anggapan perbincangan dengan PAS akan dibuat.

"Kita (PKR) turun buat persiapan awal dengan anggapan baik nak bincang dengan PAS, Atas dasar PKR parti terbaik (untuk lawan BN).

"Kalau sekarang PAS dah umum calon, peranan PKR kita belum putuskan secara rasmi," katanya.

Beliau juga berkata PKR sekarang bersikap tunggu dan lihat bagi mengetahui pembangkang mana yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

"Sekarang masih banyak spekulasi," katanya.

PAS sejak awal-awal lagi mengumumkan akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Serpihan PAS Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR juga dilapor menunjukkan minat sama.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun sebelum ini berkata tiada rundingan dengan PKR dibuat untuk kerusi parlimen itu.

Parti Islam itu mengumumkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru Dr Abdul Rani Osman bagi mentang BN Budiman Mohd Zohdi.

Ditanya sama ada Azmin "merajuk" atas sikap tutup pintu PAS itu, Zuraida menafikannya.

"Tak adalah. Takkan MB merajuk. Dia pergi London anak dia graduate. Hari Ahad pagi dia balik," katanya lagi lapor Malaysiakini



GST Adalah Haram Tegas Dewan Ulama PAS

Posted: 31 May 2016 09:07 PM PDT


Dewan Ulama PAS sekali lagi menegaskan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah haram kerana gagal memenuhi syarat-syarat keharusan cukai.

Menurut Ketuanya, Datuk Mahfodz Mohamed, cukai tersebut haram kerana tidak memenuhi syarat keharusan cukai oleh ulama iaitu kerajaan perlu berada dalam situasi kewangan yang terdesak bagi menguruskan negara.

Malah, antara syarat lain pula, Mahfodz berkata ialah keperluan kewangan itu berlaku bukan kerana ketirisan dan pembaziran pengurusan kewangan serta cukai tersebut hanya dikenakan pada mereka yang mempunyai lebihan pendapatan.

"Dewan Ulama PAS tetap mempertegaskan bahawa GST haram kerana gagal memenuhi syarat-syarat keharusan cukai yang digariskan ulama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-55 Tok Bali, Kelantan.

Cukai GST dilaksanakan pada 1 April tahun lalu.

Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa kesan buruk GST menyebabkan kenaikan harga barang yang melampau.

"Dengan GST, harta rakyat termasuk golongan miskin dirompak secara berlesen sehingga menjangkau RM42 juta sehari sebagaimana yang diumumkan kerajaan," katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai usul Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 di Parlimen, Mahfodz meminta semua anggota parlimen beragama Islam agar membuka fikiran untuk menyokong perkara itu.

Dengan memetik surah al-Maidah ayat 49, Mahfodz turut merayu supaya tiada pihak yang cuba menghalang 'perjuangan' tersebut dengan pelbagai hujah serta niat yang buruk.

"Dewan Ulama menyeru seluruh anggota parlimen beragama Islam khususnya membuka hati dan fikiran dalam membahaskan usul ini.

"Dewan Ulama juga menyeru mana-mana parti dan kumpulan janganlah mengendurkan perjuangan ini dengan pelbagai hujah dan alasan dengan niat buruk dan salah demi untuk mengelabukan maqasid syariah dan sebagainya.

"Jangan tabur racun-racun halus sedemikian," ujarnya..

Laporan ini datangnya dari Malaysiakini dan disiarkan di SINI



Isteri PM Israel Akan Didakwa Seleweng Duit Rakyat

Posted: 31 May 2016 07:10 PM PDT


Polis Israel dilaporkan mempunyai bukti salah laku jenayah dilakukan isteri Perdana Menteri Israel, Sara Netanyahu berhubung penyalahgunaan dana awam di kediaman peribadi Benjamin Netanyahu di Caesarea.





Comments (0)