Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:06 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Amaran Khalid Samad kepada Media dan Fesbuker yang memfitnahnya

Posted: 02 Jun 2016 09:38 PM PDT

 YB Khalid Samad akan mengambil tindakan undang-undah ke atas Berita Harian (BH) berkaitan laporan muka hadapan BH pada 27 Mei 2016 yang lepas. 

 Laporan itu menyatakan bahawa Khalid Samad telah membantah pembentangan Usul Persendirian YB Marang berhubung RUU Mahkamah Syariah.

 Khalid menjelaskan bahawa beliau tidak membantahnya dan pendiriannya berbeza sama sekali dengan DAP tentang perkara tersebut.

 Khalid mendakwa bahawa laporan tersebut berniat jahat untuk menggambarkan dirinya sebagai 'khadam' pada DAP yang sekadar mengikut sahaja kehendak DAP.

 Beliau menjelaskan, "Saya bertanya kerana ingin memberi peluang kepada kerajaan untuk meyakinkan kami sebagai ahli Parlimen dan rakyat jelata bahawa usul persendirian tersebut telah diutamakan untuk dibahas bukan atas sebab perkiraan politik, tiada udang disebalik batu atau agenda tersembunyi. 

"Sebaliknya kerajaan memberinya keutamaan kerana ianya penting dan segala urusan untuk merealisasikan apa yang terkandung di dalam usul berkenaan perlu dimulakan esok! Barulah logik bahawa ianya didahulukan dari segala hal.

"Sekiranya ianya penting, yang amat wajib sehingga ianya perlu didahulukan, maka mengapa perbahasannya telah ditangguhkan? Sekiranya ianya boleh ditangguhkan, maka mengapa ianya didahulukan! 

"Tidak hairan, atas sebab ini, ianya dilihat sebagai hanya mainan politik atas sebab pilihan raya kecil SB dan KK. Atau mungkinkah bagi mereka ini urusan Parlimen bukanlah sesuatu yang penting dan boleh ditukar sesuka hati?"

 Melalui posting di blognya , Khalid turut memberi notis akan menyaman semua yang menuduh dia membantah pembentangan usul persendirian YB Marang. Samada melalui facebook atau kenyataan media mereka, semuanya akan diambil kira. Kecuali mereka yang pernah dianggap sebagai gurunya dan telah menyumbang terhadap kefahamanya mengenai Islam, mereka ini diepaskan buat kali ini sahaja.

 Oleh itu beliau menasihatkan mereka yang terlibat, sila padamkan posting mereka di facebook dan tarik balik kenyataan yang mereka berikan kepada pihak media sebelum operasi ini dimulakan.

Jom Kenali Umno Celup ....

Posted: 02 Jun 2016 04:50 PM PDT

Pas semakin tidak karuan dan menjadi bahan lelocon di media elektronik
  Siapa sangka Pas semakin berubah begitu drastik sekali? Dulu Pas mencemuh tengok orang Umno berpakaian pendekar Melayu lama, bertongkolok dan mencium keris ...

  Sekarang Pas menjadi senda gurauan bila pemimpin-pemimpin Pas turut berpakaian begitu...Parti Pas semakin menjadi bahan lelocon bila dilihat semakin tidak karuan.

   Penulis Shahbudin, seorang pendokong Umno sendiri yang kata - Pas dah macam Umno.

 Memang benarlah ... Sejak lama dulu Hj Hadi kata Pas nak Ganti Umno....Rupa-rupanya sekarang ni dah jadi sungguh! 

 Ingatkan nak ganti Umno untuk perintah negara, rupa-rupanya nak ganti kelaku Umno.

  Sekarang ni Pas tidak ubah sebagi Umno jadi-jadian atau Umno celup! 

  Berikut beberapa gambar beserta kapsyen yang diambil dari blog Shahbuddin dotcom.

PAS DAH MACAM UMNO
Dulu hanya pemimpin UMNO yang berpakaian macam ini.

Sekarang pemimpin Pas pun nak jadi pahlawan Melayu juga.
(Ada yang kata TITM iras Panglima Mustar...)


Dulu hanya Pemuda UMNO yang cium dan julang keris.

Sekarang Hadi Awang sendiri julang keris gergasi.
Dulu menjadi tradisi pemimpin UMNO potong pulut kuning.

Sekarang Pas pula potong pulut hijau.
( Ada yang kata Hj Hadi sedang menikam Pas untuk membunuhnya)
 Dulu, slogannya "Pas ganti UMNO", rupa-rupanya sudah bertukar kepada "Pas mirip UMNO". Dulu, didendangkan juga motto "Pas For All", tetapi nampaknya sekarang sudah berubah menjadi "Pas For U, Najib". (SH 03/06/2016).

Comments (0)