Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:52 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Pas ke hulu ke hilir mengendung amanat PM Najib bahawa RUU itu bukan hudud...

Posted: 27 Jun 2016 03:00 AM PDT

  Pada peringkat awal semua orang menyangka private bill yg akan dibawa ini ialah satu akta yg berkaitan dgn undang-undang hudud, namun akhirnya baru didedahkan rupa2nya private bill yg sudah lebih setahun dibincangkan hanyalah untuk meminda beberapa patah perkataan dlm Akta mahkamah syariah ( bidangkuasa jenayah ) 1965 dgn menukar perkataan2 " .....hukuman denda rm5000, penjara 3 tahun, sebat 6 kali...." kepada perkataan2 " mengikut hukum syarak "....

  Apabila Hj Hadi membacakan RUU di Dewan Rakyat, suasana jadi kecoh dan haru-biru dengan beberapa Presiden dan pemimpin parti komponen BN menyatakan hasrat mereka meletak jawatan jika ia diluluskan.

  Ini yang menyebabkan PM Najib pun jadi menggelabah lalu menjelaskan undang-undang persendirian yang dibawa Abdul Hadi pada 27 Mei lalu itu bukan undang-undang hudud tetapi pindaan yang menjurus ke arah pemerkasaan sistem hukuman yang tertakluk di bawah Mahkamah Syariah.


 Maka Pas pula terpaksalah terhegeh-hegeh ke hulu ke hilir mengendung amanat PM Najib bahawa RUU itu bukan hudud...(yang sebelum ini Pas katakan RUU Hj Hadi itu adalah hudud!)

 Dulu sewaktu Pakatan Rakyat berantakan sampai jadi berpecah kerana isu ini, tidak pernah pula Pas cuba menafikan bahawa RUU Hj hadi itu bukan hudud!

    Tetapi bila isu yang sama dilihat mengancam kedudukan BN, maka sibuklah pula Pas menafikan bahawa RUU Hj Hadi itu BUKAN HUDUD!

    Itulah kerja Pas yang kini terpaksa dipikulnya untuk membantu PM Najib menyelamatkan BN. Pas berkhidmat penuh setia semata-mata sebagai khadam Umno....

  Sebagaimana maklumat paparan di banner di atas ini, esok akan diadakan wacana RUU 355 dengan menjurus kepada pertanyaan "Kenapa Menentang." - Tetapi kenapa wacana ini tidak menjemput mereka yang dituduh menentang RUU tersebut?

   Bukankah dengan menyertakan mereka ke dalam wacana tersebut ianya akan menjadi lebih telus dan terbuka? Setidak-tidaknya kita semua dapat memahami apa alasan mereka yang menentang RUU ini dan penjelasan dapat di huraikan.

Dulu-dulu dikatanya RUU itu hudud, sampai pecah PR. Sekarang bila 
isu ini mengancam kedudukan BN kerana bantahan komponen BN, 
barulah terhegeh -hegeh menafikan RUU itu bukan hudud. 
Siapa yang mengelirukan RUU ini?
   Akan tetapi, janganlah pula dihalakan isu penentangan RUU 355 itu kepada DAP sahaja.... itu hanyalah perancangan PM Najib.

 PM Najib tahu bahawa hanya dengan memberi laluan kepada Hj Hadi untuk membacakan usul RUU‎ 355  ianya akan menimbulkan kekalutan. Sebab itu Hj hadi hanya diarahkan hanya membacakan usul tanpa menghuraikannya dengan lebih lanjut.

  Hj Hadi sendiri yang usul, dia sendiri yang minta tangguh! Kemudian Hj Hadi tuduh DAP biadap kerana menentang, tetapi memuji-muji MCA, GERAKAN dan MIC sebagai beradab .... walaupun mereka turut menentang! Pelik kan?

 PM Najib pula, bila rakan komponennya sendiri dalam BN mengamuk sakan, itulah yg menyebabkan dia sendiri menggelabah ....

  Bahawa penentangan terhadap RUU 355 ini bukan sahaja oleh kalangan bukan-Islam sahaja, malah oleh kalangan orang Islam sendiri. Apa yang ditentang adalah cara bagaimana mahu melaksanakannya dan halangan-halangan yang berkaitan.

  Bukan ditahap menyokong atau menolak RUU 355 atau membincang kelebihan dan kebaikannya kerana ianya masih belum dibentangkan untuk dibahaskan.

  Harap-harap para peserta wacana yang terlibat akan dapat merungkai dan menjawap beberapa perkara yang dikemukakan oleh bekas Setia Usaha Jkuasa Pindaan Enakmen Mahkamah Syariah Kelantan merangkap bekas Hakim Mahkamah Syariah Jajahan Kota Bharu, Che Ibrahim Mohamad sebagaimana berikut :

KENAPA AMBO MENENTANG RUU 355 - SIRI II
 
  Merujuk kpd notis usul persendirian YB TGHH untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (pindaan 1984) atau lebih popular dgn RUU 355 yg telah berjaya mengambil tempat hudud dlm carta isu isu politik semasa, di mana pindaan itu mencadangkan hukuman yg sedia ada di mahkamah syariah iaitu denda rm5000, penjara 3 thn dan sebat 6 kali dipinda kpd " hukuman2 mengikut undang undang Islam kecuali hukuman mati".

 Jika kita merujuk kpd hukuman dlm undang undang Islam, kita akan dapati bentuk hukuman dlm Islam adalah luas dan tidak terhad kpd hukuman sebat dan penjara shj sptmana yg diamalkan dlm undang undang sivil. Secara umumnya hukuman hukuman dlm undang undang Islam adalah spt berikut:

 1. Hukuman2 Bagi Kesalahan Hudud. 
 a) Rejam sampai mati 
 b) Sebat antara 40 - 100 rotan 
 c) Potong dipergelangan tangan/kaki d) Bunuh dan salib. 

2. Hukuman2 Bagi Kesalahan Qisas dan Diyat. 

a) Qisas bagi kesalahan yg dilakukan secara sengaja. 
b) Diyat bagi kesalahan yg tidak sengaja.
c) Kafarat 
d) Sekatan drp mendapat pusaka/wasiat. 

3. Hukuman2 Bagi Kesalahan Takzir. 
a) Bunuh 
b) Sebat 
c) Penjara 
d) Buang Negeri 
e) Salib(bukan salib spt agama kristian) 
f)Amaran/peringatan/celaan 
g) Tyashir (iklan kesalahan tempat awam) 
h) Gantirugi 
i) lucut jawatan/turun pangkat/etc 
j) Kafarat.

 Jika Parlimen meluluskan apa yg dicadangkan oleh MP Marang melalui Usul Persendirian tersebut iaitu memberi kuasa kpd mahkamah syariah menjatuhkan hukuman mengikut kehendak undang undang Islam, kecuali hukuman mati;

 i) Adakah Mahkamah Syariah ada kuasa untuk membicarakan kesalahan2 yg boleh dikenakan dgn hukuman2 tersebut? 

ii) Adakah mahkamah syariah ada kuasa menjatuhkan hukuman2 spt yg disenaraikan dlm kontek perundangan negara skrg ini walaupun selepas RUU 355 diluluskan?

 Adalah sesuatu yg pelik dan aneh bila parti pembangkang cuba utk melaksanakan cita cita pemerintahannya sblm ianya mendapat kuasa memerintah,dan pelik juga bila cita2 tersebut bergantung harap kpd pemerintah yg ianya sendiri enggan melakukannya.

 Bertambah pelik lagi bila mahkamah tersebut dicadangkan diberi kuasa menjatuhkan hukuman mengikut undang undang Islam, sedangkan mahkamah itu sendiri tidak ada bidangkuasa utk membicarakan kesalahan2 tersebut kecuali beberapa kesalahan tertentu shj.

 Kembalikanlah status mahkamah syariah mengikut undang undang Islam sblm kita memberi kuasa kpdnya menjatuhkan hukuman mengikut undang undang Islam.

 Selamat berpuasa dan selamat hari raya, maaf ambo pinta zahir dan batin.

Komen tambahan Che Ibrahim Mohamad :

Dah tahu kita hanya ada 14 mp, tetapi Hj Hadi ngada-ngada nak bentangkan RUU 355.

 Dah tu, bila orang tak sokong cadangan kita, jgn la pula mudah menjatuh hukum konon dah tolak islam, memusuhi islam, kafir harbi bagai…

 Hudud sendiri menjadi perbahasan ulama di segi keutamaan pelaksanaannya berbanding usaha2 yg lain, inikan pula RUU 355, bukan syariat Islam pun.

 Kita bukan menolak hudud, tetapi kita masih dlm senarai keutamaan mana yg perlu didahulukan jika takdirnya kita ada kuasa memerintah.

 Ulama tidak pernah sepakat mengatakan jika Islam memerintah, hudud mesti didahulukan,Hj hadi sendiri pernah menyatakan, kita kena selesai perkara2 lain dulu.

 ......Inikan pula kita masih diperintah secara tidak Islam, tiba-tiba Pas sbg pembangkang nak minta persetujuan umno utk laksana islam, umno sendiri pun pun tak mahu melaksanakannya. 

Mukhriz syak Umno serah Kedah, T'ganu, Kelantan kepada PAS

Posted: 26 Jun 2016 09:09 PM PDT

Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesyaki perjanjian Umno -PAS membabitkan 'pertukaran' yang melibatkan Kedah , Terengganu dan Kelantan.

 "Mesti ada perjanjian. Mereka cuba untuk membawa PAS dan Umno bersama-sama. Perlu ada tukaran untuk PAS. Saya melihat Kelantan , Terengganu dan Kedah (akan) kembali kepada PAS...," katanya kepada pemberita hari ini.

 Beliau berkata demikian semasa membuat kemunculan pertama selepas pemecatannya daripada Umno pada Jumaat lepas.

 "Jadi, dalam fikiran saya, ini amaran untuk Umno Kedah. Bersiap sedialah untuk serahkan Kedah kepada PAS kerana tanda-tanda sudah ada," katanya pada sidang media di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya.

 Ditanya sama ada kerjasama itu akan berbentuk kerajaan perpaduan, Mukhriz berkata: "Bukan kerajaan perpaduan. Mereka akan serahkan kepada PAS. Itu pandangan saya. . ."

 Turut berada pada sidang akhbar itu ialah bekas pemimpin nombor dua negara dan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga dipecat pada Jumaat lepas.

 Sambil menafikan dakwaan beliau bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan BN , Mukhriz berkata, walaupun memecatnya, kerajaan negeri Kedah kekal stabil dengan BN mengekalkan majoriti lima kerusi di Dewan Undangan Negeri.

 Ini, katanya , tidak seperti di Terengganu dengan BN hanya mempunyai majoriti dua kerusi berbanding PAS. ~ sumber

Kenapa Polis dan Jabatan Agama tidak berrtindak kepada extremis agama?

Posted: 26 Jun 2016 06:00 PM PDT

Telah dilaporkan, ugutan keganasan melalui video dari seberang laut oleh seorang pengganas IS anak tempatan kepada Polis Bukit Aman, dengan mengeluarkan arahan kepada penyokong-penyokongnya supaya menggunakan apa cara sekalipun untuk membunuh orang-orang kafir.

 "Bunuhlah mereka di mana sahaja kalian ketemu mereka... Kalian punyai kenderaan langgarlah mereka...

 "Kalian punyai senjata atau pisau kecil, tikamlah dada-dada mereka," katanya, sambil menambah bahawa dia dan rakan-rakannya di Syria akan memberi mereka sokongan dari jauh.

  Sekoyong itu pula, Mufti Pahang mengisytiharkan bahawa DAP Kafir Harbi , yang perlu ditentang!

   Tidakkah tindakan sang Mufti itu memberikan persepsi seolah-olah dia mahu memberitahu IS dan orang lain, kalau kamu nak bunuh orang kafir, bunuhlah orang-orang DAP kerana mereka adalah Kafir Harbi, yakni mereka halal dibunuh!

  Tetapi polis dilihat memandang sepi dengan persepsi sebegini. Adakah polis mahu tunggu sehingga berlakunya insiden pembunuhan baru mahu bertindak?

  Sebelum ini juga , pihak berkuasa polis dan Jabatan Agama tidak bertindak apa-apa bila ada seorang 'ulama' dari sebuah negeri di utara tanahair yang "menghalalkan darah "orang yang keluar dari partinya dan menubuhkan parti Islam lain.

  Beliau yang hampir 30 tahun pernah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Baling telah dilaporkan menggesa pimpinan agar segera bertindak terhadap semua anasir di dalam jamaah dan akuinya pernah menyampaikan perkara tersebut kepada pimpinan.

 "Jangan bela, jangan beri layanan langsung kepada puak-puak baru timbul ini sama ada PasMa, G18, kena pisah hapus jangan bagi sempat tumbuh.

 "Dalam hadis riwayat Muslim ada kata, "Barangsiapa yang datang kepada kalian sedang urusan kalian berada di tangan seorang lelaki (pemimpin), lalu dia hendak memecah belah ikatan kesatuan dan mencerai beraikan jamaah kalian, maka bunuhlah dia".

 "Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh.

"Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak. Ini hadis sahih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu. Tapi orang tak percaya hadis dan Quran payah kira. Orang ni tak sah untuk lantik pimpinan," tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an-Nisa'.Sila rujuk di sini.

  Nampaknya ahli PAS yang menjadi penasihat kepada Umno juga kebal dari tindakan  apabila membuat kenyataan bahawa halal darah terhadap lawan mereka dengan ungkapan "Mereka perlu bertaubat atau dihapuskan". Klik vdonya di sini

  Kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh kalangan mereka yang mengaku sebagai ulama telah membuat ugutan dan menghasut keselamatan namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa polis.

 Kerajaan perlu serius menangani isu extremis agama yang berada didepan mata.

 Jangan tunggu insiden yang tidak diingini berlaku baru kelam kabut mahu bertindak. 

Comments (0)