Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:18 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Ucapan YDP Pas yang penuh dengan pembohongan (2)

Posted: 23 Jun 2016 09:00 AM PDT


  Yang Dipertua PAS Padang Serai Shaharuddin Ibrahim telah memohon maaf kepada DAP dan kerajaan Pulau Pinang berhubung kenyataannya yang mendakwa akan berlaku larangan azan di masjid-masjid sekiranya DAP memerintah.

  Walaupun begitu beliau masih perlu memberi penjelasan kepada beberapa fakta atau maklumat palsu ketika menyampaikan tazkirah Ramadan di Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, Kedah pada 11 Jun 2016.

Berikut adalah rumusan secara apa yang YDP Pas Bagan Serai ini telah nyatakan :

 1) Biarlah kita kekal yg ada nih… walaupun mereka zalim … kenakan tol .. kenakan GST… tapi mereka orang Islam lagi!

i) Beliau menyatakan rela bersekongkol dengan kerajaan yang zalim semata-mata kerana yang melakukannya adalah orang Islam!

ii) Waima Allah telah memberi amaran kepada kita semua : Wala tarkanu ilal-ladzina dzalamu, fatamatsa kumunnar… - jangan kamu condong atau cenderung kepada mereka yg zalim, kelak kamu disambar api neraka…(al-Hud:113)

2) Kalau lah DAP yg menguasai Negara? Nuh Pulau Pinang nak bang dah tak boleh dah! Bang dah tak boleh tuan-tuan…

 - OK lah perkara ini dia dah minta maaf sebab takut kena saman ..huh! huh!

3) 80 orang MP daripada Sabah kompom nak lompat tak sunnat belaka!

 i)  Dari mana dia dapat angka 80 itu? MP Sabah cuma berjumlah 25 orang sahaja. Sila rujuk di sini.

ii) 11 daripada mereka adalah Muslim. Antaranya ialah Shafie Hj Apdal, Ghafur Salleh, Bung Mokhtar Raden, Yusof Hj Yacob, Hanifah Hj Aman dan lain-lain. Adakah mereka ini tidak bersunnat? Suruh YDP Pas ini pi jenguk 'angry bird' Bung Mokhtar dan lain-lain tu!

 4) Tanah reserve Melayu Pulau Pinang dari 28% .. hari ni tinggai 20% sahaja.

 i) YDP Pas ini sangat naif mengenai Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914.

 ii) Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan dinegeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

 iii) Negeri-negeri lain kemudiannya turut mengwujudkan ERM mereka masing-masing iaitu :-

 a) ERM Kelantan 1930 
 b) ERM Kedah 1931 
 c) ERM Perlis 1935 
 d) ERM Johor 1936 
 e) ERM Terengganu 1941 

iv) British tidak mengadakan apa-apa ERM di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Rujukan:  di sini

5) DAP termasuk Geng G18 serang Tok Guru Hj Hadi habis-habisan dan mahu singkirkan Tok Guru kerana Tok Guru penghalang 16 September!

 Ini adalah satu tuduhan yang melulu tanpa ada sebarang bukti mengenainya.

6) "Keluarlah mereka daripada perjuangan Islam… tubuhlah parti kuali PAN. Depa panggil Pan, kita panggin Pen… Pen tu kuali tuan-tuan, warna oren!"

 i) Menuduh mereka yang keluar Pas lalu menubuhkan parti sendiri, Amanah adalah sebagai keluar dari perjuangan Islam.

 ii) Mengejek dan menghina nama parti Amanah sebagai 'kuali'

 iii) Mengejek dan menghina warna oren yang Amanah gunakan.

 7) "Maka hari ini tuan-tuan bila kita masuk di Kuala Kangsar, mereka masuk juga. Kita istilahkan mereka ini sebagai pengkhianat."

 i) Tidak menghormati amalan demokrasi yang membolehkan mana-mana parti saperti parti Amanah Negara yang berdaftar untuk menyertai pilihanraya di Malaysia bilamana dia menghina dan melabel AMANAH yang bertanding dalam PRK sebagai pengkhianat.

 ii) AMANAH mewakili Pakatan Harapan untuk menyertai PRK Kuala Kangsar untuk berdepan dengan Umno/BN. 

 iii) Pakatan Harapan telah membuka pintu untuk berunding supaya dapat mengelakan pertandingan tiga penjuru, tetapi Pas telah menolak dengan sombongnya.

 iv) Kita dapat saksikan sepanjangm kempen PRK tersebut, Pas yang mesra Umno telah diberi peluang oleh Umno/BN menggunakan media perdana untuk menyerang Amanah. 

 8)  Ahli Parlimen Marang, membacakan usul RUU 355 .. subhanallah tuan-tuan… ini kerja Allah… tu orang sujud tuan-tuan… 20 juta rakyat Malaysia Islam sujud… bersyukur Alhamdulillah … 

i) Mana dia mendapat sumber yang menyatakan 20 juta rakyat Malaysia Islam sujud syukur kerana Hj Hadi diberi laluan sekadar untuk membacakan usul RUU 355? Ternyata dia hanya berbohong.

 9)  "… bangun geng pen tuan-tuan.. namanya Khalid al-Samadu… Ooo nama sedap tuan-tuan as-Samadu… Apa nih? Apa tiba-tiba … mengapa tidak dibincang dahulu…"

 i) Dia menuduh Khalid Samad telah cuba menghalang RUU yang mahu dibacakan oleh Hj Hadi dan memuji Pandikar Amin kerana telah menjayakannya.

 ii) Daripada urutan yang ke 15, RUU Hj Hadi menjadi bacaan pertama. Lazimnya usul kerajaan mesti dihabiskan dahulu! Keadaan inilah yang menyebabkan Khalid Samad bangun mahukan penjelasan kerana mengesaki terdapat unsur pakatan yg memungkin adanya the games of politics disitu sementalah pula dekat dengan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. 

 iii) Rasa curiga Khalid Samad bahawa ianya hanya mainan politik atas sebab pilihan raya kecil SB dan KK jelas terbukti benar kerana sekiranya ianya penting, yang amat wajib sehingga ianya perlu didahulukan, maka mengapa perbahasannya telah ditangguhkan? Sekiranya ianya boleh ditangguhkan, maka mengapa ianya didahulukan! Baca penjelasan lanjut Khalid Samad di sini

10) Akta yang cuba kita bawa tuan-tuan, berpuluh-puluh kali gagal….

 i) Berpuluh-puluh kali gagal dibawa? Nampak bengong sangat kalau ada yang percaya dakwaan 'telah berpuluh-puluh kali gagal' ini!

Ucapan YDP Pas yang penuh dengan pembohongan (1)

Posted: 23 Jun 2016 06:52 AM PDT


  Tuan-tuan ingat lagi 16 September… 16 September ni perancangan yang cukup stratejik … betul tuan-tuan. Perancangan yg dicadangkan Anwar Ibrahim utk nak tawan Putera Jaya 16 September memang betul! 

 Dan memang akan berjaya! Sebab 80 orang MP daripada Sabah kompom nak lompat! Kompom lompat!

 Tapi ditentang Tuan Guru presiden dalam mesyuarat depa nih… DAP, Anwar Ibrahim termasuklah Tok Guru bincang.

 Ooo kena sain nih! 80 orang lompat, kita boleh masuk Putra Jaya. Hang Perdana Menteri, hang menteri kesihatan, hang menteri woow aduh…berangan… tuan-tuan nak jadi apa?

 Tiba-tiba Tok Guru tanya , Saya nak tanya, bila kita tawan Putra Jaya ni, berapa orang Ahli Parlimen Islam? Ahli parlimen Islam masa itu tuan-tuan, kita 22, PKR 8, 30 orang (jumlah). Baki PKR, kafir belaka, tak sunnat belaka ..DAP geng tak sunnat belaka … hak 80 orang yang nak lompat tak sunnat belaka!

 Campoq-campoq tuan-tuan, hak puak dia dok ada 130 orang, kita 30 orang. Memerintah Putra Jaya , orang Islam, menteri , ahli parlimen Islam 30 orang, hak kafiq 130 orang…. tu kata, saya tak setuju….

 Biarlah kita kekal yg ada nih… walaupun mereka zalim … kenakan tol .. kenakan GST… tapi mereka orang Islam lagi!Kuasa orang Islam lagi! 

Politik ni kena cerdik. Jangan kita ni macam diaorang… kita mesti lawan puak-puak ni sehabih-habih sampai hancoq! Kita jujoq sampai mampuih!

 Tu dia… salah tu… salah tu tuan-tuan… Itu politik yang salah .. Kita berpolitik, biar yang menguntungkan kita, tuan-tuan.

 Kalau menawan Putra Jaya, sedangkan DAP yang menguasai Negara, apa guna? Lebih baik hari ini tuan-tuan… lebih baik hari ni lagi! Lebih baik hari ni nih walaupun mereka zalim, tapi masjid mereka buat… kita boleh ceramah lagi tuan-tuan…

 Kalau lah DAP yg menguasai Negara? Nuh Pulau Pinang nak bang dah tak boleh dah! Bang dah tak boleh tuan-tuan…

Hari ini di Pulau Pinang, ketika mereka mula ambik aleh Pulau Pinang tuan, tanah orang Melayu Pulau Pinang 28% .. hari ni tinggai 20% sahaja.Huh tu! 

Sebab tu puak-puak dia tu tuan-tuan, DAP termasuk Geng G18, serang Tok Guru Hj Hadi habis-habisan. Kerana apa? Inilaj Hj Badut yang halang 16 September! Sepatutnya kita sudah melangkah kaki ke Putra Jaya.

 Haji Hadi lah penghalangnya! Maka Hj Hadi mesti disingkirkan… itu puak-puak diaorang tuan-tuan…

 Tapi Alhamdulillah… Allah jaga Jemaah Islam Malaysia tuan-tuan… akhirnya orang yang nak singkirkan Tok Guru, mereka yg tersingkir dalam perjuangan… Keluarlah mereka daripada perjuangan Islam… tubuhlah parti kuali PAN. Depa panggil Pan, kita panggin Pen… Pen tu kuali tuan-tuan, warna oren! Maka hari ini tuan-tuan bila kita masuk di Kuala Kangsar, mereka masuk juga. Kita istilahkan mereka ini sebagai pengkhianat. 

 Tuan-tuan mereka duk tanya adakah kita boleh menang di Kuala Kangsar? Saya kata insya'Allah kita boleh menang sebab perancangan kita di Kuala Kangsar tuan-tuan,tu kita ni kena kita masuk Kuala Kangsar kita kena doa… Akta RUU ni…RUU ni tuan-tuan, akhirnya kita jumpa Datok Seri Najib bincang… bolehkah?

 Ayat qur'an - wata-'awanu 'alalbirri wattaqwa…. Hendaklah kamu tolong menolong dalam perkara baik dan taqwa… 

 Nak buat undang-undang Islam pi bincang dengan musuh kita, boleh! Tak ada masalah… tu gi bincang… akhirnya tuan-tuan bila berbincang nilah, tiba-tiba pada 26 haribulan tuan-tuan, sebelum bulan lima tuan-tuan, usul kita nombor 20, tunggu-tunggu.. akhirnya… habis. Pergi bulan enam, tunggu pula, tak sampai-sampai … sebab dia mesti habis usul Negara dulu.Usul kerajaan mesti dihabiskan dahulu!

 Tiba-tiba hasil dari rundingan… rundingan.. Kalau kamu DAP pergi runding dengan perdana Menteri, untuk buat jambatan… boleh, berunding untuk buat terowong boleh… Takkan kami jumpa Perdana Menteri kami nak buat Islam tak boleh?? …….(tak jelas..)

 Hak kau nak buat jambatan boleh… runding dengan Perdana Menteri nak buat Islam tak boleh?... 

 Hasil rundingan inilah tuan-tuan, tiba-tiba 26 haribulan, bangun Dato Azalina Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri … walaupun kepala dogol … Saya mencadangakan Ahli Parlimen Marang, membacakan usul RUU 355 .. 

Subhanallah tuan-tuan… ini kerja Allah… tu orang sujud tuan-tuan… 20 juta rakyat Malaysia Islam sujud… bersyukur Alhamdulillah … Akta yang cuba kita bawa tuan-tuan, berpuluh-puluh kali gagal, tiba-tiba pada 26 haribulan, Datuk Azalina bangun… bila dia bangun mencadangkan, Tok Guru pun bangun … 

  Bangun geng pen tuan-tuan.. namanya Khalid al-Samadu… Ooo nama sedap tuan-tuan as-Samadu… Apa nih? Apa tiba-tiba … mengapa tidak dibincang dahulu… Sepatutnya kita kena bawa usul dulu… undi dulu .. pada hal nak baca usul mana perlu undi… setelah dibahas baru undi… 

 Oh saya nak bangun.. ini bercanggah dengan peraturan mesyuarat. Tuan-tuan tahu siapa kah antara orang yang menjayakan Tok Guru baca usul ialah .. Tan Seri Pandikar… pandikar tuan-tuan.. memang pandikar sungguh .

Nota : Sila ikuti entri seterusnya yang mengulas tentang ucapan YDP Pas ini.

Maafkanlah Imam Muda Ammar ...

Posted: 23 Jun 2016 01:18 AM PDT

Status Imam Muda Ammar (gambar) yang mempersenda-sendakan terhadap usaha pihak kesihatan untuk mengawal penyakit berjangkit yg serius melalui suntikan vaksin telah mendapat reaksi ramai yang mengkritiknya

  Lantaran itu beliau baru saja 'deactive' fbnya dan memohon maaf kepada semua pembacanya diatas perilaku beliau mempersenda mereka mengenai isu vaksin.

    Ammar juga mengumumkan meletakan jawatan sebagai Imam Muda.

   Kita berharap dapat berlapang dada dan memaafkan Ammar. Beliau telah menyedari kesilapannya dan memohon maaf diatas ketelanjurannya tersebut.

    Ammar tidak perlulah sampai nak meletak jawatan Imam Muda tu, ko dah sedar dan meminta maaf. Itu adalah sifat yang mulia.

    Ada Tok 'Alim tuduh orang jual pil Kuda, kominis bagai pun sampai sekarang tak mahu minta maaf....

    Tapi ko mudah mengaku kesilapan ko itu dan telah pun minta maaf secara terbuka. Nak cari orang macam ko ni memang susah ....

   Saya sempat printscreen status terakhir Ammar tersebut :


   Berikut adalah reaksi Medical Mythbusters Malaysia ekoran dari kenyataan Imam Muda Ammar mengenai vaksin.

  Saya menyiarkannya kerana maklumat yang dinyatakan ini elok dikongsikan bersama untuk kesedaran kita mengenai vaksin yang selama ini ramai yang tidak mahu anak mereka diberikan suntikan vaksin selepas kelahiran kerana percaya bahawa ianya adalah agenda puak Yahudi, musuh Islam!

 1. Setiap status yang dimuat naik oleh tuan adalah tanggung-jawab tuan. Tuan bertanggungjawab di atas pengaruh status itu ke atas lebih 3000 pengikut tuan Di ruangan Facebook ini dan atas sebaran awam. 

 2. Status tuan yg telah dipadamkan (lihat lampiran foto) telah tersebar dgn meluas. Kami tafsirkan status berikut sebagai "mempersendakan satu kehilangan nyawa" serta "serangan momokan terhadap usaha tegar pihak kesihatan untuk memelihara negara kita dari penyakit berjangkit yg serius". 

 3. Tahukah tuan apa itu penyakit Difteria? Difteria ialah penyakit berjangkit yg serius - hasil dari jangkitan bakteria Corynebacterium Diphteriae. Kesan jangkitan ialah gangguan pernafasan hingga membawa maut dan ia lebih berpotensi untuk menjangkiti kanak-kanak dan golongan lemah seperti pesakit kanser dan Warga emas. 

 4. Untuk pengetahuan tuan, pada 1921 seramai 15,520 orang mati di Amerika Syarikat- asbabnya ialah penyakit Difteria. Pernyataan ini bukanlah pertikaian mengenai tugas Malaikat Maut. Ia adalah untuk membuktikan bahawa Difteria adalah asbab Pembunuh yg nyata! 

 5. 1993: Russia mencatat sejarah apabila merebaknya penyakit Difteria menjangkiti 12,865 orang. Ini menepati ciri wabak penyakit. Wabak harus dicegahi dan vaksin adalah satu metodologi pencegahan penyakit yg diiktiraf oleh Pakar-Pakar Perubatan. Pencegahan wabak adalah selaras dengan seruan Allah dalam surah Al- Baqarah sebahagian ayat 195 yang bermaksud "Jangan kamu campakkan diri kamu dalam kebinasaan" yang membawa erti kata lain bahawa Islam menyeru kita untuk menyelamatkan diri dari sebarang benda yang mengakibatkan bahaya atau kemusnahan. 

 6. Status tuan yg seterusnya (sila rujuk kepada lampiran foto) telah menyatakan bahawa tuan hanya bergurau dan juga ingin supaya kami hormat terhadap pilihan golongan anti-vaksin. 

 7. Ingin kami memberi peringatan kepada pihak tuan bahawa Nyawa yg diberikan oleh Allah adalah sesuatu yg berharga dan perlu dipelihara. Nyawa bukanlah satu bahan yg boleh dibuat bahan gurauan.  

8. Pilihan golongan anti-vaksin untuk tidak memvaksinasikan anak-anak mereka bukan sahaja memberi impak kepada keluarga mereka Tetapi juga membawa kesan yg serius terhadap orang ramai dengan tersebarnya penyakit berjangkit. Justeru itu, pilihan yg membahayakan komuniti harus ditentang dengan keras dan serius. Kami mohon pihak tuan membuat bacaan lanjut mengenai konsep " herd immunity" untuk lebih memahami konsep vaksinasi. 

 9. Status ini dimuat naik secara Umum memandangkan status tuan juga dibuat secara Umum. 

 10. Kami memohon semua pihak bertanyalah kepada pihak yg arif mengenai sesuatu perkara. Jangan buat andaian dan jenaka tidak bertempat. - Medical Mythbusters Malaysia -

Ajaran Islam mana yang suruh menghina orang lain ?

Posted: 22 Jun 2016 07:15 PM PDT

  Saya terjumpa poster ini yang memaparkan kenyataan anak Hj Hadi, Ust Khalil, Timbalan Ketua DPPM.

  Menurutnya, Pas bukan ugama tetapi parti yang membawa agama seperti mana masjid bukan agama, tetapi bangunan yang didirikan syiar agama didalamnya.

  Kalau benar 'Pas parti yang membawa agama' sudah tentulah dia membawa rahmat bersamanya kerana Islam adalah rahmatalil-'alamin.

  Tetapi Pas adalah parti yang sinonim dengan sumpah seranah, gelar menggelar dengan panggilan hodoh. Ajaran Islam mana yang suruh, korang tanyalah sendiri kepada Hj Hadi!

  Ternyata bahawa parti politik seperti Pas ini hanyalah merupakan satu wadah perjuangan dalam berusaha untuk mencapai matlamat perlaksanaan Islam.

 Tetapi apabila ada sebahagian ahlinya sudah hilang keyakinan dengan cara perjuangan parti untuk mencapai matlamatnya lalu keluar daripadanya dan menubuhkan parti lain untuk meneruskan perjuangan dengan matlamat yang sama tetapi dengan cara yang mereka sangat yakini, adakah tindakan mereka ini satu pengkhianatan kepada perjuangan Islam?

  Dengan adanya lebih satu parti memperjuangkan Islam, maka itu adalah lebih baik. Tetapi yang peliknya, kenapa pula Pas marah dan memusuhinya bila ada orang lain menubuhkan parti yang juga mahu perjuangkan Islam?

  Penubuhan lebih satu parti untuk memperjuangkan Islam berlaku di Indonesia, Pakistan dan juga di Turki.

 Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, Yusuff Al Qaradhawi turut menegaskan bahawa Islam menerima kepelbagaian parti.

  Tetapi amat malang sekali, kerana pendapat Yusuff Al Qaradhawi ini telah ditentang oleh naibnya sendiri, Hj Hadi, presiden Pas.

 Hj Hadi telah mengeluarkan kenyataan mendakwa kononnya tidak taat pada Pas seperti hilang akidah pada ucapan penggulungan di muktamar parti itu baru-baru ini.

Kenyataan itu jelas melampau dan membahayakan pemikiran umat.

 Sebelum itu, Hj Hadi telah sewenang-wenangnya menuduh mereka yang keluar Pas sebagai 'pengkhianat yang perlu dihapuskan'. Sila ikuti rakaman VDO ucapannya di sini

 Menganggap parti seumpama akidah tidak harus berlaku. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih popular dengan panggilan Dr MAZA, hari ini menasihatkan rakyat negara ini agar tidak menjadikan parti politik sebagai sebuah agama baru. Sila baca lagi di sini 

  Akibat kenyataan-kenyataan Hj Hadi tersebut maka telah memberikan kesan yang buruk kepada para pengikutnya hinggakan mereka sanggup menghukum kafir murtad kepada yang lain.

   Berikut dipaparkan antara contoh-contoh pemikiran yang sangat kacau dan pemimpin-pemimpin Pas, terutamanya Hj Hadi perlu bertanggung jawab mengenainya.



  Walaupun ada yang mengatakan tiga status FB diatas itu adalah dari akaun palsu, namun adanya pemikiran seumpama itu jangan begitu mudah untuk disangkal. Peristiwa di mana Ketua Ulama' Pas Perak yang tidak mahu menjawab salam hingga tiga kali oleh Ust. Ahmad Awang sudah cukup untuk menggambarkan adanya pemikiran yang kacau macam begitu.

  Tindakan golongan pentaksub ini, amat dikhuatiri menyamai seperti apa yang telah dilakukan oleh golongan yahudi dan nasrani. Keadaan ini sangat jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

 اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ
Maksudnya; "mereka (ahli Kitab) menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah" (surah At-Taubah : 31)

  Menurut Imam Al-Qurtubi, ahli ilmu Ma'ani menyatakan, maksud golongan ahli kitab menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka sebagai "arbab" atau pendidik-pendidik dalam firman Allah ini adalah, mereka mentaati segala perkara yang dinyatakan oleh pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka.

Maksud ahli ilmu ma'ani dikuatkan lagi dengan hadis daripada Abi Al-Bakhtari; 
سئل حذيفة عن قول الله عز وجل اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون الله هل عبدوهم فقال لا ولكن أحلوا لهم الحرام فاستحلوه وحرموا عليهم الحلال فحرموه 

  Maksudnya; "Khuzaifah di tanya berkenaan firman Allah "mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka pendidik selain dari Allah". Adakah mereka menyembah mereka? Lalu berkata, tidak, tetapi mereka menghalalkan kepada mereka perkara yang haram, lalu mereka menghalalkannya, dan mengharamkan atas mereka perkara yang halal, lalu mereka mengharamkannya"

   Tindakan golongan ini melabel dan menggelar orang lain dengan panggilan yang buruk adalah antara contoh bahawa mereka telah menghalalkan perkara yang Allah haramkan sebagaimana yang Allah nyatakan dalam surah al-Hujerat ayat 11. Sila baca  penjelasan lanjut di sini

Comments (0)