Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:06 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


PAS TAWAN PULAU PINANG PRU 14

Posted: 01 Jun 2016 10:26 PM PDT

   Walau pun hanya dengan satu kerusi,  Ketua Pemuda PAS negeri Pulau Pinang, Mohd Hafiz Alias begitu angkuh dan sombong berkata bahawa parti itu mampu merampas Pulau Pinang demi mengembalikan kepentingan Melayu.

 Jika PAS dapat memerintah negeri tersebut, kini dikuasai DAP bersama PKR, isu pemilikan tanah Melayu dapat diselesaikan.

  Lantaran itu, seorang fesbuker Rosly Yusof, telah membelasah Mohd Hafis dengan komen-komen berikut:

 1) Cakap pakai kepala lutut... Orang Kedah dan Perak paling ramai mencari rezeki dan tinggal di Pulau Pinang..... Ketua pemuda Pas Pulau Pinang pun mai dari Kedah menumpang hidup mewah di Pulau Pinang lagi mau sembang... Yang miskin tu pengikut pas macam dia ni saja.

2) Pak Lawak sembang kencang nak tawan Pulau Pinang... Esok aku tunjuk kat hangpa fakta sejarah depa hilang deposit semua kerusi yang berlawan 3 penjuru dengan BN dan DAP.9 Bukan kata dengan BN dan DAP depa hilang deposit malah dengan calon bebas pun depa hilang deposit.. Tunggu naa esok aku tunjuk....

3)  Ini adalah fakta sejarah keputusan pilihanraya yang Pas masuk bertanding 3 penjuru dengan BN dan DAP di Pulau Pinang sejak tahun 1986 hingga tahun 1995 di mana Pas bukan saja kalah dengan BN malah Pas juga tidak mampu mengatasi DAP dan lebih memalukan lagi PAS sentiasa hilang wang pertaruhan pada setiap kali pilihanraya di Pulau Pinang.

 Di parlimen Permatang Pauh iaitu parlimen yang pernah Pas menang bukan saja Pas kalah dengan hilang deposit malah di kawasan yang mejoroti melayunya lebih 70% ini pun Pas gagal untuk menyaingi undi yang di perolehi oleh DAP.

Tapi yang lebih menarik sekali dalam fakta sejarah ini ialah di Dun Sungai Acheh yang pada PRU lalu Pas bertegas mahu bertanding 3 penjuru dengan PKR atas alasan Sugai Acheh adalah Dun tradisi mereka sejak dulu juga hilang deposit dengan hanya mendapat undi sebanyak 860 undi saja dari lebih 10ribu yang keluar menggundi.

 Selepas PRU 1995 Pas bukan saja tidak berani lagi menentang DAP malah Pas juga tidak lagi berani untuk bertanding di kawasan bandar termasuk di Seberang Jaya walaupun di dun bandar ini mempunyai majoriti pengundi melayu.

 Lalu semasa PRU 1999 barulah Pas mendapat satu kerusi di Permatang Pasir dalam parlimen Permatang Pauh itu pun kerana Anwar Ibrahim.

 Rupanya kawasan tradisi yang Pas maksudkan itu ialah kawasan tradisi Pas kalah hilang deposit.

Comments (0)