Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:09 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


PAS terdesak. Edar surat palsu.

Posted: 15 Jun 2016 11:00 PM PDT


  Kelmarin, kawan saya blogger dan fesbuker Chor D'Sniper melalui fesbuknya telah bertanya, "Bilik Gerakan PKR udoh tutup ker...Dengor kabo biro politik PKR suruh tarik balik jentera PkR kat PRK SB ?"

 Beliau musykil samada surat yang tertera ini sahih atau palsu?

 Hari ini kemusykilan Chor D'Sniper dan kita semua itu sudah terjawab. Bahawa surat yang di atas itu adalah surat palsu!

  Kemunculan gambar presiden PKR, Dr Wan Azizah  sedang berkempen membantu Amanah di Sg Besar hari ini telah tersebar telah menjawab kemusykilan tersebut.



  Kalau surat yang mengarahkan supaya ahli PKR jangan tolong Amanah itu sahih, mana mungkin Wan Azizah sendiri pula yang mengingkarinya?  

  Ternyata bahawa surat tersebut adalah palsu.

   Ini adalah kerja khianat yang memfitnah Dr W#an Azizah! Siapa punya angkara khianat ini?

  Tidak mungkin kerja khianat ini dilakukan oleh MCA atau MIC sebab depa bukan terlibat secara langsung dalam PRK Sungai Besar ini!

  Tapi takkanlah pula sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan didukung oleh alim ulama sanggup main kocah taik macam ini? 

   Chor kata, Pas terdesak... itu pasalnya sanggup edar surat palsu! Ker guana Chor? 

    Kalau yang diatas pun boleh nipu bersiri-siri.... ini yang diperingkat macai apa nak dihairankan.  

Beranikah Rosmah saman Rafizi?

Posted: 15 Jun 2016 06:00 PM PDT

  Mengapa pula ada seorang menteri yang tahap bengong melebihi Ahmad Maslan gi menuduh Rafizi sebagai penakut? 

   Sedangkan Rafizi telah menunjukan sikap keberaniannya dengan mengadakan sidang akhbar untuk mendedahkan penyelewengan Rosmah berhubung penggunaan pesawat peribadi kerajaan ke Istanbul, Turki baru-baru ini. 

   Rafizi berani  berhadapan dengan risiko disaman kalau dia memfitnah melalui pendedahannya itu.


   Hanya kerana Rafizi Ramli tidak membenarkan pegawai khas Rosmah, Rizal Mansor menghadiri sidang medianya di Kuala Kangsar, menteri bengong ni boleh kata Rafizi seorang yang penakut!

 Hoi menteri, ini bukan persoalan berani atau takut. Ini soal adab datang ke majlis orang! 

   Mangkuk tu bukan dijemput untuk datang ke sidang media Rafizi, tau tak? Mana boleh main terjah macam samseng begitu!


  Tujuan sidang media diadakan adalah untuk menyampaikan berita kepada media dimana untuk tujuan tersebut, hanya pihak media sahaja yang dijemput dan dibenarkan berada dalam bilik sidang media itu manakala orang luar yang tiada kaitan dengan bidang itu diarah keluar.

  Pihak media pula akan melaporkannya untuk orang ramai.

   Ertinya, khadam Rosmah, si Rizal tu boleh mengakses segala apa ucapan Rafizi melalui laporan media atau rakaman vdo.  Rizal tidak perlu datang jika hanya untuk mengambil nota ..... Kenapa nak tunjuk tahap kebodohan yang macam tu sekali? Alahai mangkuk!

    Sekarang, inilah masanya untuk kita lihat samada Rosmah ini seorang yang berani atau tidak. 

   Rosmah perlu pamerkan keberaniannya sebagaimana menteri bangang ni kata, berani kerana benar....

    Kalau Rosmah tetap menganggap dirinya berada dipihak yang benar, tunggu apa pagi? Suruhlah khadam-khadamnya saman Rafizi! Berani kerana benar! 

Comments (0)