Followers

Nuffnang

Ajijoi

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:17 PTG | Posted in

sumber :-

Ajijoi


Surat Terbuka kepada pengundi Sg Besar dan Kuala Kangsar

Posted: 17 Jun 2016 07:22 AM PDT

Allah swt telah berfirman:

"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Qur-an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang batil)…" [al-Baqarah/2: 185]

Allah swt mentakdirkan berlaku kedua-dua pilihanraya kecil ini pada bulan Ramadhan. Bulan yang besar yang penuh barakah dan kemuliaan.

Bulan ini adalah satu kem latihan dimana umat Islam berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadah untuk mendekatkan diri pada Allah swt.

Selain berlapar dan berdahaga disiang hari dan mempertingkatkan amal ibadah di malam hari umat Islam di Sg Besar dan K.Kangsar turut diberikan tugas memilih pemimpin di bulan Ramadhan ini.

Janganlah dipersia-siakan tanggungjawab itu.

Sewajarnyalah sempena bulan mulia yang Allah perturunkan al Quran ini maka al Quran itu jugalah sewajibnya menjadi panduan kita dalam membuat pilihan.

Al Quran itu kata Allah adalah petunjuk dan ia lah yang membezakan buat kita antara yang hak dan batil.

Jika semasa solat berjemaah pun kita mahukan biar imamnya jauh lebih baik dari kita dari segi aklak, ilmu dan bacaannya inikan pula dalam memilih pemimpin.

Pilihlah yang mulia akhlaknya dan duduk bersama orang yang baik-baik, yang tinggi ilmunya serta duduk bersama-sama mereka yang berilmu, ringkasnya pilihlah yang mampu membela dan memperjuangkan agama kerana hanya yang demikian sahaja yang cinta dan tunduk pada al Quran yang diturunkan Allah swt.

Sebagaimana kita memelihara makan minum kita disiang bulan Ramadhan maka 18hb nanti peliharalah juga tangan kita jangan sampai memangkah mereka yang mungkar, yang pincang dan menyusahkan rakyat. Mereka yang telah memungkiri amanah yang diberikan rakyat selama ini. Mereka yang mengakibatkan rakyat terhimpit angkara pengurusan negara yang bercelaru.

Jangan juga terdorong mengundi mereka yang bersekongkol dengan golongan yang anti Islam. Golongan yang telah mengkhianati perjuangan Islam dan menghina serta memperlekehkan para ulamak.

Biarlah Ramadhan yang di dalamya diturunkan Al Quran menjadi obor menyinari hati kita 18hb nanti.

Pilihlah dengan yakin, tenang dan rela hati parti yang memperjuangkan Islam. Parti yang ahli-ahli dan pimpinannya istiqamah lebih 60 tahun berjuang penuh ikhlas mendaulatkan agama Allah swt.

Mereka tidak pernah mengalah tidak pernah menggadaikan prinsip dan dasar perjuangan untuk habuan dan kedudukan.

PAS lah pilihan terbaik di Sg Besar mahupun K.Kangsar.

Ayuh di bulan umat Islam meraikan kemenangan Badar ini, golongan kecil mengalahkan yang gergasi, kita tunjukkan pada semua bahawa agama kita mulia dan tinggi dan kita semua penganutnya bermaruah dan punya harga diri.

Biar kita nanti bangga memberitahu anak cucu kita apabila ada panggilan jihad untuk memenangkan Islam di bulan Ramadhan tahun 2016, abah dan emak, datuk dan nenek telah bangkit memberi undi pada parti yang memperjuangkan Islam tanpa ragu-ragu.

Selamat mengundi .......Allahu Akbar!

ROSLAN SMS 
17 Jun 2016

*PAS ADA PELUANG MENANG DI KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR

Posted: 17 Jun 2016 05:58 AM PDT


Pusat Penyelidikan PAS (PPP) meletakkan harapan untuk PAS menang dalam Pilihanraya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Peluang untuk PAS menang adalah berdasarkan kepada rasa ketidakpuasanhati yang tinggi di kalangan pengundi terutama pengundi-pengundi Melayu. Cabaran yang ada kepada jentera pilihanraya PAS dalam dua hari terakhir ini adalah mendorong pengundi untuk menterjemahkan rasa ketidakpuasanhati mereka dalam bentuk *undi protes* di atas kertas undi.

Di Kuala Kangsar, pasukan penyelidikan PAS Perak telah menjalankan satu kajian persepsi politik sebelum hari penamaan calon, termasuk tentang tahap kepuasanhati pengundi kepada kerajaan. Dapatan kajian tersebut menunjukkan tahap ketidakpuasanhati terhadap perlaksanaan GST adalah tinggi, iaitu 59 % dan hanya 22.3% bersetuju. Demikian juga 83.5 % responden di Kuala Kangsar tidak berpuas hati dengan langkah-langkah kerajaan mengatasi masalah kenaikan harga barang dan kos hidup.

Selain daripada dapatan itu, sesuatu yang agak menarik dalam kajian ini, mendapati populariti Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak, berada di bawah paras 50% iaitu 44.2 %. Lebih menarik lagi, peratusan responden Melayu di Kuala Kangsar yang berpuashati dengan Perdana Menteri adalah lebih rendah iaitu hanya 38.7 %. Dapatan di Kuala Kangsar ini menunjukkan sudah ada faktor menolak yang tinggi terhadap Barisan Nasional (BN) dalam PRK kali ini.

Manakala di Sungai Besar, seperti yang didedahkan dalam kajian yang dilakukan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) semalam, rasa ketidakpuasanhati juga adalah tinggi terutama di kalangan golongan muda antara 21 hingga 40 tahun. IDE melaporkan semalam, 47.4% responden di Sungai Besar tidak berpuashati dengan Perdana Menteri yang mendorong mereka tidak mengundi BN. Dilaporkan juga 44.7% tidak bersetuju dengan pendekatan BR1M dalam mengatasi kenaikan kos hidup, justeru mereka menolak BN.

Pasukan penyelidikan PAS Selangor juga telah menjalankan kajian persepsi pengundi sebaik sahaja selepas penamaan calon lalu. Kajian yang dilakukan itu, secara langsung untuk menentukan parti mana yang akan diundi oleh pengundi dalam PRK kelak. Bagaimanapun, dapatan kajian tersebut menunjukkan, ketidakpuasanhati rakyat di Sungai Besar masih belum mendorong pengundi melakukan protes di atas kertas undi. Kajian itu mendapati BN masih memperolehi majoriti tipis di Sungai Besar disebabkan ayunan ( _swing_ ) pengundi Cina kembali kepada BN.

Berdasarkan kepada dapatan-dapatan kajian di atas, PPP berkeyakinan PAS mempunyai harapan untuk menang di Kuala Kangsar dan Sungai Besar disebabkan rasa ketidakpuasanhati kepada kerajaan dan Perdana Menteri adalah tinggi terutama di kalangan kaum Melayu. Sekiranya, rasa tidak berpuashati ini dapat dikekalkan seterusnya diterjemahkan sebagai *undi protes* di atas kertas undi, PAS ada harapan memenangi kedua-dua kerusi. Jentera PAS dalam tempoh dua hari terakhir ini perlu berusaha mewujudkan gelombang protes itu.


Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah
Pusat Penyelidikan PAS

16 Jun 2016
11 Ramadan 1437

Warkah Buat Petugas PAS di PRK P067 Kuala Kangsar

Posted: 17 Jun 2016 05:58 AM PDT



Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi diatas rahmat dan kasih sayangNya masih memberi nikmat hidup dalam keimanan kepadaNya dibulan Ramadhan yang mulia. Ramadhan membentuk ketaqwaan,menyubur keimanan dan menghidupkan rasa kasih sesama insan bagi yang melaksanakan dengan penuh penghayatan.

Wahai petugas pilihanraya, 
Adalah kita masih ingat sirah Rasulullah SAW yang melakarkan banyak peperangan pernah terjadi dibulan Ramadhan. Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah telah memberikan satu pengajaran besar kepada kita bahawa musuh yang ramai dan senjata yang hebat tidak dapat mengatasi kuasa Allah. Bantuan Allah bersama dengan hambaNya yang meletakkan keyakinan dan pengharapan kepadaNya disamping semangat juang yang tinggi, strategi perang yang baik serta zikrullah yang berterusan. Inilah yang harus subur didalam diri kita. Seringkali kita berselawat Badriyyah. Seharusnya semangat juang kita terus meningkat dibulan Ramadhan ini dengan semangat juang Ahli Badar.

Saudaraku...
Ingatlah Perang Ahzab yang melihatkan bagaimana musuh bergabung mewujudkan satu Pakatan bagi menentang Islam, dengan segala kelengkapan perang dan ribuan tentera bersatu. Kekuatan musuh meresahkan penduduk Madinah. Rasulullah SAW menerima pandangan Salman Al Farisi untuk membuat parit sekitar Madinah. Seluruh muslimin berpadu tenaga menggali parit mengikat perut di bulan Ramadhan. Akhirnya Allah memberi kemenangan kepada kaum muslimin dan sehingga kini kita menyebutnya dalam takbir raya. Tidakkah ianya membangunkan rasa izzah bersama perjuangan Islam?

Banyak lagi perang dan kemenangan dicapai oleh umat Islam didalam bulan Ramadhan. Dengan setiap perang itu, Allah tunjukkan berapa banyak golongan yang ramai dengan kelengkapan perang dan wang yang banyak dapat dikalahkan dengan golongan yang sedikit tetapi mempunyai keimanan juga pengharapan kepada Allah dan keazaman yang tinggi serta perancangan strategi.

Maka, bangunlah wahai petugas pilihanraya. Kita berbaki lagi beberapa hari sebelum pembuangan undi. Rancanglah aktiviti, tariklah seramai mungkin pengundi bersama dengan kita dan yang paling penting, jagalah Allah. Dengan menjaga Allah, Allah akan menjaga kita dan memberikan kemenangan kepada kita.

Matlamat kita hanya redha Allah. Kemenangan dalam PRK P067 ini memberi satu suara Islam diparlimen dalam usaha kini pindaan RUU 355 dan usaha menegakkan syariat kelak serta memberi keadilan kepada semua masyarakat tanpa mengira jantina,kaum dan agama. Semoga segala kerja buat yang ikhlas kita menjadi saksi bertemu Allah di masyar kelak.

_Saudaramu Dalam Islam_
*Mohd Akmal Bin Hj Kamaruddin*
*Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak*

Comments (0)