Followers

Nuffnang

Ajijoi

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:51 PTG | Posted in

sumber :-

Ajijoi


Juara MotoGP Dunia sertai anak muda PAS

Posted: 11 Jun 2016 07:11 PM PDT

KUALA KANGSAR: Juara MotoGP Dunia, Khairul Idham Pawi atau dikenali juga dengan panggilan "Keon" hadir memenuhi program Santai Anak Muda sempena kempen PRK P.067 Kuala Kangsar di Dataran Menora, di sini semalam.

Pelbagai acara diadakan pada program yang turut disertai calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad itu khususnya untuk penduduk tempatan antaranya penyelenggaraan enjin dan tukar minyak hitam enjin motosikal.

Program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Perak itu turut berkonvoi dan menerapkan tata hemat penunggangan beriman serta klinik motosikal, sebelum berakhir dengan iftar jamaie di Kampung Bendang Panjang.

Pada program tersebut juga Khairul Idham menerima plak Ikon Anak Muda (Sukan) yang dianugerahkan kepada beliau pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-57 di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Plak anugerah itu telah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria setelah Keon tidak dapat hadir kerana mengikuti sesi latihan di luar negara.

Remaja berusia 17 tahun itu pulang seketika ke kampung halamannya di Kampung Gajah, sebelum berangkat semula Isnin ini bagi menyambung latihannya di Sepanyol.

Mewakili Honda Asia Team, Khairul Idham melakar sejarah mendominasi saingan perlumbaan kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina awal April lalu.

Sementara itu, Dr Najiha dalam ucapannya pada majlis itu menyeru anak muda agar memikirkan masa depan mereka yang tidak menentu kerana dasar kerajaan dalam menawarkan peluang pekerjaan.

Katanya, anak muda kini termasuk para graduan universiti ramai yang menganggur selain terbeban oleh hutang pinjaman pendidikan PTPTN.

Jelasnya, kegagalan Kerajaan BN mengurus ekonomi dan polisi telah meminggirkan kemahiran dan bakat anak muda untuk diketengahkan serta dilibatkan dalam sektor pekerjaan sebaliknya boleh mengutamakan warga asing.

Beliau menyeru anak muda khususnya para pengundi PRK P.067 Kuala Kangsar melakukan perubahan dan memberi undi kepada PAS.


Comments (0)