Followers

Nuffnang

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:11 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


2 PERISTIWA HADI VS HUSAM DI KELANTAN HARI INI

Posted: 06 May 2016 07:47 PM PDT

Hari ini, Sabtu 7 Mei 2016....... di bumi Kelantan, tanah rendah sekebun bunga, akan berlaku suatu peristiwa politik yang akan tercatat dalam sejarah...... Husam vs Hadi.
.
JADUAL HADI AWANG
9.00pagi : Haji Hadi akan merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Jeli.
10.00pagi: Presiden dijangka akan bertolak ke Pasir Tumboh bagi menghadirkan diri sebagai tanda sokongan kepada PAS Kubang Kerian. Hadi dijangka akan mengumumkan beliau sebagai YDP Sementara bagi PAS Kubang Kerian.
10.45. : Majlis sambutan Presiden akan dibuat di hadapan Sekolah Padang Enggang dan seterusnya konvoi bermotor ke Taqaddum Al Maarif.
11.30. : Hadi Awang dijangka sampai dan akan menyampaikan ucapan.
**Satu laporan polis telah dibuat bagi menghalang Husam Musa daripada berucap. Unit Amal dikehendaki bertindak berdasarkan arahan semasa.
Arahan 1
- Kerahan unit amal seramai mungkin.
Arahan 2
- Semua penyokong Presiden dikehendaki memakai baju fastaqim.
Tujuan kehadiran adalah untuk menyatakan sokongan kepada Haji Hadi Awang dan menyokong pemecatan Husam daripada ahli PAS.
.
-----------------------------------------------------------------------------
.
SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.
AYUH NYATAKAN SOKONGAN ANDA.
SOLIDARITI BERSAMA HUSAM MUSA.
Tarikh : 07 Mei 2016
Waktu : Jam 9.00 pagi - 1.00 ptg
Lokasi : SMUA Taqaddum Maarif Pasir Tumbuh
Kehadiran:
YB Demit
YB Pasir Tumbuh
YB Kelaboran
YB Tendong
YB Kijang
YB Pasir Puteh
YB Kubang Kerian
dan banyak lagi.
Satu kenyataan media akan dibuat selepas itu bersama dengan rakan media. Husam akan menyatakan pendiriannya bersempena pada tarikh yang sama Hadi Awang akan berada di Jeli bagi merasmikan Mesyuarat PAS Kawasan Jeli.

SEBELUM DI PECAT HUSAM TEGUR PENGURUSAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Posted: 06 May 2016 07:35 PM PDT






Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kubang Kerian.





Husam Persoal Kelantan Gagal Tangani Pembalakan Haram
KOTA BAHARU, 2 Mei (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa hari ini mempersoal kegagalan kerajaan Kelantan pimpinan PAS dalam menangani isu pembalakan haram di negeri ini.
Husam yang juga bekas pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri berkata Jabatan Perhutanan Kelantan sepatutnya bertindak segera kerana mempunyai anggota dan pegawai yang ditugaskan mengawal selia hutan daripada dicerobohi.
"Ada anggota dan pegawai hutan duduk dalam kawasan hutan, takkanlah orang dah curi sampai 20,000 ekar (8,093 hektar), baru tahu ada kecurian,"katanya sambil mempertikai alasan 'laluan sulit' sebagai penyebab kejadian itu.
"...kalau dibersihkan seluas 20,000 ekar atau 5,000 ekar (2,023 hektar) pun orang boleh tahu," katanya pada sidang berita di sini, hari ini.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Zahari Ibrahim dilaporkan berkata lebih 400 hektar Hutan Simpan Kekal Ulu Galas dan Batu Papan, Gua Musang diterokai oleh sindiket yang menggunakan nama Sultan Kelantan dan kerabat baginda.
Mereka dipercayai memperdaya penduduk supaya membeli lot-lot tanah yang diteroka dan menyertai penerokaan tanah bagi tujuan penanaman getah, kelapa sawit dan pisang.
Husam yang juga bekas Naib Presiden PAS mendakwa aktiviti pembalakan yang berlaku di Kelantan bukanlah aktiviti biasa kerana pokok yang belum matang dan tidak mencapai ukuran tertentu turut ditebang.
"Yang berlaku di Kelantan sekarang bukan pembalakan biasa. Pembalakan biasa ialah pokok yang ada ukuran tertentu (sahaja yang) ditebang, (dan) hutan tidak dimusnahkan.
"Tapi yang berlaku di Kelantan adalah tebang habis untuk tujuan komersil, dan tebang habis di Kelantan adalah antara yang terbesar di Semenanjung Malaysia pada masa ini," dakwanya.
-- BERNAMA

Husam disambut ratusan penyokong, masih harap pemecatan dikaji semula

Posted: 06 May 2016 03:18 PM PDT

Husam tidak perlu merayu kerana beliau harus menjadi anak jantan dan melawan dari luar.Umno dan Pas hanya tinggal penyokong yang sokong membuta tuli.

Husam masih berharap jawatankuasa disiplin kaji semula pemecatannya dari PasHusam masih berharap jawatankuasa disiplin kaji semula pemecatannya dari Pas
Dato' Husam Musa yang disambut ratusan penyokong di balai ketibaan lapangan terbang Sultan Ismai Petra masih berharap agar jawatankuasa disiplin parti mengkaji semula hukuman memecat beliau dari Pas.

"Saya masih belum menerima makluman daripada parti dalam sebarang bentuk, bertulis atau melalui telefon, whatsapp atau media lain," kata beliau kepada pemberita sebaik memasuki balai ketibaan jam 11.00 malam.
Menurutnya beliau masih berbincang dengan peguam tentang apa tindakan berikutnya kerana bagi beliau apa yang terjadi ialah penghakiman melalui media tanpa sebarang prosedur biasa dari segi pelaksanaan keadilan.
"Saya tidak pernah dipanggil  diri malah sampai sekarang tidak dianyatakan apa sebenarnya kesalahan yang saya lakukan.
Dalam pengumuman pemecatan saya pun tidak dinyatakan apa sebenarnya kesalahan saya," katanya.



Beliau seterusnya mengagak jawatankuasa disiplin sebenarnya tidak menemui apa-pa kesalahan yang dilakukannya.
"Mungkin juga saya tidak buat apa-apa kesalahan, tapi bagi sebuah parti politik tindakan boleh diambil bagi tujuan politik.
"Boleh jadi tindakan ke atas saya ini hanya sebab politik," katanya.
Penyokong beliau sebelum itu mengadakan solat hajat di masjid bersebelahan rumah beliau di Salor kemudian beramai-ramai ke lapangan terbang untuk menunjukkan solidariti bersama Husam.
Dalam ucapan ringkas kepada penyokong yang mengiringi beliau sampai ke rumah, beliau meminta semua pihak bertenang dan jangan terburu-buru.
"Ingat pesan Nabi SAW bahawa terburu-buru amalan syaitan.
"Jadi jangan cepat melatah dengan membuat spekulasi liar saya akan masuk mana-mana parti atau akan memanggil orang ramai mahu menunjuk-nunjuk saya ramai penyokong.
Beliau berkata seperti dijadualkan, akan menghadiri muktamar Pas kawasan Kubang Kerian esok walaupun bukan lagi Yang Dipertua Kawasan.
"Saya berharap dapat dibenarkan berucap di muktamar esok sebagaimana telah dijadualkan," katanya.

#derma itu ikhlas, tidak perlu balasan!

Posted: 06 May 2016 08:33 AM PDT



Pesanan saya kepada semua sahabat-sahabat yang akan mengundi esok: belajarlah dari Najib Razak bahawa #derma itu tidak perlu dibalas. Bila ada calon dari BN atau mana-mana parti yang memberi wang pada malam ini, itu #derma dari beliau. Saudara tidak berhutang apa-apa, ambil #derma itu dan malam ini makan besar. Jasa DS Najib yang paling besar ialah memperkenalkan konsep #derma ini. Selamat mengundi! Dan sebarkan nasihat berguna ini, share seberapa banyak!

Kamu mahu pemimpin Islam, tetapi kemuka calon Kristian – Abang Jo

Posted: 06 May 2016 05:56 AM PDT

 201 0 0 203

Kamu mahu pemimpin Islam, tetapi kemuka calon Kristian – Abang Jo

 | May 6, 2016
Timbalan Presiden PBB selar kenyataan Hadi Awang berhubung kenyataan Sarawak hanya boleh diperintah oleh orang Islam.
Abdul Hadi Awang
KUCHING: Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Johari Abang Openg menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata Sarawak hanya boleh diperintah oleh Bumiputera yang beragama Islam.
Bingung dengan sikap Hadi, Abang Johari berkata parti Islam itu mengetengahkan seorang calon Christian, Clement Bayang, sebagai calon kerusi Kakus.
"Mana satu yang betul? Mereka (PAS) kemuka calon bukan Islam tetapi mereka kata Sarawak hanya boleh diperintah oleh orang Islam? Apa yang sedang berlaku?" katanya kepada pemberita selepas menyerahkan hak milik tanah kepada warga Kampung Senari hari ini.
Malam semalam, Abdul Hadi berkata PAS tidak akan membenarkan orang bukan Islam perintah Sarawak, termasuk daripada DAP.
Ahli Parlimen Marang menambah walaupun PAS mengiktiraf orang Cina dan orang India sebagai warganegara, beliau menegaskan pemimpin haruslah beragama Islam.
Sementara itu, ketika dihubungi, Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili menjelaskan Bayang terpilih sebagai calon bagi membuktikan kepada pengkritik bahawa parti Islam itu menerima semua orang tanpa mengira anutan agama.
"Pihak tertentu cuba menggambarkan kami sebagai pelampau tetapi kami sebenarnya tidak ekstrem," katanya, dan menambah sokongan kepada Bayang setakat ini "menggalakkan".

Zunar terima anugerah "2016 International Editorial Cartoons Prize"

Posted: 06 May 2016 05:53 AM PDT

******************************

Saya berasa bartuah dipilih sebagai salah seorang pemenang "International Editorial Cartoons Prize" bagi tahun 2016. Majlis penyampaian diadakan di Palais Eynard di Geneva dengan kehadiran Presiden Terhormat Swiss Foundation Cartooning for Peace yang juga bekas Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu Kofi Annan dan juga Datuk Bandar Geneva, Guillaume Barazzone.

Kartunis dari Kenya, Gado juga memenangi anugerah yang sama untuk tahun ini. Disamping itu, kedua-dua kartunis juga diberi peluang untuk mempamerkan karya kartun mereka di tepi tasik Lac Leman in Geneva.


ZUNAR's STATEMENT

"2016 International Editorial Cartoons Prize" memberi kekuatan baru kepada saya untuk terus menggugah kerajaan zalim Malaysia yang telah berusia 60 tahun. Hak asasi manusia dan kebebasan bersuara di Malaysia kini berada dalam keadaan yang sangat parah. Akta Hasutan dan akta-akta lapuk lainnya diguna oleh pemerintah untuk melenyapkan suara pengiritik. Semua institusi kerajaan diguna sebagai perkakas oleh pemerintah untuk terus berkuasa.

Bakat bukanlah keistimewaan, tetapi adalah tanggung jawab. Menjadi tanggungjawab saya sebagai kartunis untuk menggunakan seni sebagai senjata bagi menentang pemerintah zalim. Senjata ampuh bagi mana-mana rejim di dunia ialah dengan menanamkan ketakutan dan intimidasi untuk menakutkan rakyat. Lakaran seni dapat memimpin rakyat untuk merentasi garisan ketakutan.

Apabila kita berhadapan dengan krisis moral, tiada ruang untuk merungut dalam diam. Kita mesti bangun dan melaungkan suara dengan kuat dan jelas. Bersikap neutral adalah adalah satu bentuk pelarian dari kenyataan bagi mereka yang hidup dalam zon yang selesa. Bagaimana saya boleh bersikap neutral, sedangkan pen saya juga punya stand. Akhirnya, saya ingin mengingatkan kepada kerajaan Malaysia bahawa semakin kuat tekanan, semkain kuat pula penentangan: Anda boleh mengharamkan kartun saya, anda boleh mengharamkan buku saya, tetapi anda tidak boleh mengharamkan fikiran saya. Saya akan terus berjuang melali kartun. Saya akan terus berlawan sehingga ke titisan dakwat terakhir.

Zunar
Political cartoonist
3 May 2016, Geneva


  • LATAR BELAKANG

  • Zunar, nama sebenar Zulkiflee Anwar Ulhaque adalah kartunis politik di Malaysia. Karya-karya beliau memfokus kepada membongkar korupsi, salah laku dan kezaliman kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

  • Pada 10 Februari lepas, beliau ditangkap di dimasukkan ke lokap selama tiga hari di bawah Akta Hasutan.

  • Sebelum itu, pada September 2010, beliau juga pernah ditangkap di bawah undang-undang yang sama.

  • Pada 3 April 2015, Zunar di dakwa ke mahkamah atas sembilan tuduhan di bawah Akta Hasutan. Hukuman maksima untuk semua kesalahan ini adalah 43 tahun penjara.
    Sebelum itu, pemerintah mengharamkan tujuh buku kartun beliau. Pengilang dan pekedai di seluruh Malaysia diugut supaya tidak mencetak dan menjual buku-buku kartun Zunar.
    Pejabatnya di Kuala Lumpur sudah tiga kali diserbu penguasa dan ribuan buku dirampas.
    Zunar adalah satu-satunya rakyat Malaysia dan termasuk dalam 10 inidividu dari seluruh dunia yang dipilih dalam kempen 'Write for Rights (‪#‎W4R‬) 2015' oleh Amnesty International.




HUSAM TETAP AKAN HADIR MESYUARAT AGONG KAWASAN ESOK KERANA MASIH BELUM TERIMA SURAT PEMECATAN

Posted: 06 May 2016 05:42 AM PDT


Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa ternyata tidak dapat menahan rasa pilu dan sebak selepas dipecat sebagai ahli parti Islam itu.
Husam yang juga ADUN Salor berkata, ketika hatinya sedang pilu dengan peristiwa kehilangan helikopter di Sarawak, beliau tiba-tiba tidak putus menerima panggilan telefon.
"Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini.
"Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu," katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.
Pengumuman pemecatan Husam dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok, hari ini.
Menurut Sanusi, jawatankuasa tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April lalu mendapati Husam melakukan tindakan bersalahan dengan perlembagaan parti.
Husam berkata, sejak menyertai PAS pada 1982 beliau seperti kebanyakan anak muda, dulu dan kini menyerahkan sepenuhnya jiwa raga.
"Pada apa yang mereka fikirkan sebuah perjuangan suci, membawa obor Islam menerangi kehidupan termasuk bernegara.
"Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran.
"Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun," jelasnya.
Kata Husam, beliau hanya insan kerdil.
Mengungkap sirah Nabi Muhammad, Husam berkata, jika Nabi agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itulah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha.
"Usahlah engkau terlalu bergundah hati. Mungkin ada hikmah yg sedang menanti.
"Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi.
"Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain," katanya.
Sementara itu, Husam menjelaskan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas menerima makluman rasmi berhubung tindakan yang diambil ke atas saya.
Susulan itu, beliau yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kubang Kerian tetap akan hadir pada mesyuarat agung PAS kawasan tersebut esok.
Wfauzdin Ns's photo.

PECAT HUSAM, TIDAK BAIK KEPADA IMEJ PAS – MAHFUZ

Posted: 06 May 2016 05:31 AM PDT

AKHIRNYA PAS PECAT HUSAM, LEMBARAN POLITIK BAHARU BERMULA

Posted: 06 May 2016 05:01 AM PDT

6 KALI JANJI BINA KLINIK DI TASIK BIRU, PENGUNDI TIDAK PERCAYA – DAP

Posted: 06 May 2016 04:59 AM PDT

ADENAN DEMAM, HELIKOPTER HILANG ‘ALAMAT BURUK’ BUAT BN?

Posted: 06 May 2016 04:57 AM PDT

PRN SARAWAK: ‘ADA GELOMBANG PERUBAHAN, TIDAK PASTI PERTAMBAHAN KERUSI PH’

Posted: 06 May 2016 04:55 AM PDT

Comments (0)