Followers

Nuffnang

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:11 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Sumbang tanah mahal tanda penghormatan kepada Mahkamah Syariah, tetapi projek lewat 21 bulan

Posted: 31 May 2016 07:07 PM PDT

guan eng

GEORGE TOWN, 1 JUN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang menzahirkan rasa kecewa dengan kelewatan 21 bulan projek Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Negeri, meski telah diberi tempoh lanjut sebanyak dua kali.
Kompleks tersebut yang sepatutnya siap pada 1 Oktober 2014, hanya siap setakat 87 peratus pada penghujung April, ekoran masalah kewangan dan pengurusan syarikat kontraktor IHS Utara Malaysia Sdn Bhd.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam lawatan kerjanya ke tapak projek yang belum siap itu, mempersoalkan kelewatan projek terbabit yang dikerjakan secara usaha sama antara Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang dan juga agensi Kerajaan Pusat.
Bercakap kepada pemberita, Guan Eng memberitahu bahawa Yang Di Pertua Negeri Tun Dato' Seri Utama Abdul Rahman Abbas juga turut menyuarakan kebimbangan terhadap kelewatan projek tersebut, selain orang ramai yang menyangka ia salah Kerajaan Negeri.
Kes istimewa, penghormatan buat Mahkamah Syariah
'Kita sumbangkan tanah kerajaan negeri yang begitu mahal nilainya sebagai pengiktirafan dan tanda kita menghormati institusi mahkamah syariah,' ujar beliau kepada Roketkini selepas sessi taklimat oleh Jabatan Kerja Raya yang mengelola projek terbabit.
Menurutnya, bukanlah menjadi amalan untuk sesebuah kerajaan negeri untuk memperuntukkan tanah yang mempunyai nilai tinggi untuk tujuan membangunkan mahkamah.
'Ini kes istimewa. Kita buat pengecualian kerana ini mahkamah syariah,' jelas beliau sambil menambah bahawa tanah seluas 2.93 ekar di simpang Jalan Scotland dan Jalan Batu Gantung itu dianggar bernilai RM81 juta.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP membuat lawatan kerja hari ini bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Abd Rashid Hasnon, Exco Datuk Abdul Malik Kassim, ditemani wakil-wakil Ahli Majlis DAP dari Selangor dan Pulau Pinang.
Projek yang menelan kos hampir RM30 juta ini telah diberikan Perakuan Kelambatan dan Kelanjutan Masa sebanyak dua kali pada 1 Januari 2015 dan 28 April tahun yang sama. Namun setakat kelewatan sehingga 29 April 2016, pihak kontraktor telah dikenakan Denda Ganti Rugi Ditetapkan sebanyak RM2,163,603.
"Sememangnya kita bersimpati dengan badan kehakiman syariah di sini, tapi Kerajaan Negeri yang terpaksa berdepan dengan rakyat dan menjelaskannya.
"Saya harap, tiada lagi penangguhan selepas ini memandangkan sebelum ini sudah dua kali mengalami kelewatan, ini adalah muktahir, projek ini akan siap menjelang 30 Jun 2016 nanti seperti yang dijanjikan.
"Saya sudah tidak mahu lagi janji demi janji diberikan tetapi tidak ditunaikan," tegasnya.- Roketkini.com

Kerajaan Pulau Pinang teruskan sumbangan berkala RM600 seorang untuk 2,396 pemandu teksi

Posted: 31 May 2016 07:04 PM PDT


Guan Eng-Teksi
BUTTERWORTH, 1  Jun 2016 : Seramai 2,396 pemandu teksi menerima insentif RM600 seorang daripada Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini sebagai menghargai khidmat mereka kepada rakyat.
Insentif yang disampaikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini merupakan pemberian kedua untuk tahun ini, serta yang kelapan sejak diperkenalkan pada 2013.
Menurut Guan Eng, sejak 2013, RM4.663 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk semua pemandu teksi yang sah berdaftar di Pulau Pinang.
"Semua pembayaran ini berjaya diteruskan kerana kerajaan negeri menjalankan pentadbiran bersih yang tidak makan wang untuk memastikan rakyat boleh mendapat wang.
"Tiada negeri lain di Malaysia selain Pulau Pinang yang menyediakan bayaran insentif kepada semua pemandu teksi yang berdaftar," ujarnya dalam majlis penyampaian insentif itu di Seberang Perai Arena dekat sini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih berkata, kerajaan negeri sedia mendengar setiap keluhan pemandu-pemandu teksi negeri itu kerana telah berperanan sebagai duta kecil negeri Pulau Pinang.
"Sebagai contoh, kerajaan negeri faham dengan kesesakan lalu lintas yang dihadapi oleh rakyat negeri ini.
"Atas sebab itu, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif memulakan kajian menyeluruh berkenaan keadaan semasa sistem pengangkutan dan lalu lintas di Pulau Pinang," jelasnya.
Ia antara lain terkandung di dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang merangkumi bas, teksi, kereta kabel, LRT/monorel dan feri atau teksi air yang menelan belanja RM27 bilion. – Roketkini.com

BN HADAPI LALUAN SUKAR TARIK PENGUNDI DI KUALA KANGSAR

Posted: 31 May 2016 07:02 PM PDT

HIDUP MELAYU PAS UMNO

Posted: 31 May 2016 04:16 AM PDT



Selama ini, Pas selalu berbangga dengan perjuangan Islam yang dibawanya dan menolak sama sekali sebarang bentuk pengagungan terhadap bangsa.

Bagi Pas, perjuangan mengenai bangsa adalah assabiyah dan tidak termasuk dalam senarai yang dibenarkan oleh Islam.

Malah, kerap juga kita mendengar, di akhirat nanti yang ditanya malaikat ialah keIslaman seseorang dan bukan sama ada seseorang itu Melayu, Cina, India atau  sebagainya.
Sebab itu, jubah dan kopiah putih adalah tradisi pakaian yang amat dibanggakan dalam Pas kerana ia dilihat lebih melambangkan keIslaman yang tiada tolok bandingnya berbanding berbaju Melayu dan bersampin.

Tetapi sejak berbaik-baik dengan UMNO, Pas nampaknya sudah mula berbeza.

Buat pertama kali di Muktamar Pemuda Pas yang berlangsung di Kelantan, ciri-ciri pakaian Melayu telah ditampilkan. 
Pimpinan Pemuda Pas, Nik Abduh Nil Aziz dan lain-lain barisan kepimpinannya tampil segak dengan pakaian seperti pahlawan Melayu, siap dengan tanjak dan keris terselit di pinggang.

Mujur tidak ada adegan cium keris, kalau tidak, sebiji macam Pemuda UMNO.

Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas yang menjadi perasmi muktamar juga hadir lengkap sepersalinan bak Pahlawan Melayu zaman dulu-dulu.
Sebelum ini, jika kita masih ingat,  Hadi Awang juga rela berpakaian Melayu merah jambu sedondon dengan Najib Razak di sebuah majlis multaqa ulama sedangkan selama ini pakaian yang menjadi kebiasaan Presiden Pas ialah jubah yang kerapkali  dipakai bersama kot berwarna gelap.

Apa sudah jadi kepada Pas sebenarnya? Kenapa baru sekarang mahu menunjuk ciri-ciri keMelayuan sedangkan berpuluh-puluh tahun lamanya hanya ciri Islam yang ditekankan?

Apa tujuan perubahan ke arah Melayu ini dilaksanakan? 

Tidak memadaikan dengan Islam saja dijadikan modal dendangan dalam perjuangan, lalu soal bangsa juga mahu diheret sama?

Apakah Pas akan mula menyeimbangkan resepi  agama dan assabiyah dalam hidangan perjuangannya selepas ini atau sewalnya bermula di Sungai Besar dan Kuala Kangsar?
Mungkinkah selain Allahu Akbar, kita juga bakal mendengar laungan Hidup Melayu di mana-mana program Pas tidak lama lagi?

Akhirnya, mana satu slogan yang betul - "Pas ganti UMNO" atau "Pas bersama UMNO?" (SH 31/05/2016).

PILIHAN PALING SESUAI - PKR DI SUNGAI BESAR, AMANAH DI KUALA KANGSAR

Posted: 30 May 2016 09:26 PM PDT


Di Sungai Besar, UMNO terlebih dahulu mengumumkan nama calonnya dengan menamakan Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zuhdi untuk bertanding dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 18 Jun depan.

Kemudian Pas mengumumkan  Adun Meru, Dr Rani Osman sebagai ayam tambatannya untuk bertanding di kerusi Parlimen tersebut.

UMNO letak Adun, Pas pun ikut letak Adun.

Di Kuala Kangsar pula, Pas yang lebih dahulu mengumumkan seorang wanita iaitu Dr Najihatussalehah Ahmad sebagai calonnya.

Apabila UMNO mengumumkan calonnya, mereka juga memilih seorang wanita iaitu Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khairil Wan Ahmad untuk dipertaruhkan bertanding di kerusi yang pernah diisi oleh suaminya sejak 2013 yang lalu.

Pas letak wanita, UMNO juga ikut letak wanita.

Mula-mula Pas tiru UMNO, kemudian UMNO pula tiru Pas.

Secara formal tidak ternampak wujud kerjasama antara kedua-dua parti itu, tetapi dalam soal calon seperti tersirat elemen senada, seirama dan saling bahu membahu antara Pas dan UMNO.

Meletakkan Dr Rani dan Dr Najihatussalehah, kedua-duanya orang luar Sungai Besar dan Kuala Kangsar sedangkan ada calon tempatan yang lebih sesuai, memperlihatkan Pas hanya ingin memecahkan undi dan bukan untuk menang kerusi.

Di Sungai Besar, jika pun Pas ingin meletakkan Adun juga sebagai calonnya, memilih Salehan Mukhyi, wakil rakyat Sabak yang berjiran sebelah dengan Sungai Besar adalah lebih tepat berbanding Dr Rani yang didatangkan lebih jauh iaitu dari Meru.

Begitu juga di Kuala Kangsar, memilih Raja Ahmad Iskandar Raja Yakob, Yang Dipertua Pas kawasan tersebut sebagai calon akan memberi banyak kelebihan kepada Pas jika dibandingkan dengan Dr Najihatussalehah yang berasal dari Pasir Salak.

Tetapi Pas seperti menolak untuk meletakkan calon yang boleh menang di kedua-dua kawasan itu.

Bermakna sekarang pertandingan tiga penjuru tidak lagi dapat dielakkan. Hanya menunggu Pakatan Harapan saja yang belum mengumumkan siapa calonnya.

Adakah Amanah akan bertanding di kedua-dua kerusi itu atau salah satunya akan ditandingi oleh PKR?

Melihat kepada calon UMNO dan Pas yang diketengahkan, peluang Pakatan Harapan untuk menang adalah terbuka di kedua-dua kawasan itu dengan syarat dapat meletakkan calon yang betul dan memastikan undi bukan Melayu benar-benar berpihak kepada mereka.

Berdasarkan UMNO meletakkan Budiman dan Pas meletakkan Dr Rani di Sungai Besar, seiring dengan Pas pula menjadi sebahagian daripada komponen dalam kerajaan negeri, maka lebih sesuai jika PKR bertanding di situ.

Walaupun berlaga sesama sendiri, ia akan memberi kelebihan kepada PKR kerana kerajaan negeri Selangor sedang diketuai Azmin daripada parti tersebut. Meletakkan calon PKR juga seolah-olah untuk menambah seorang lagi wakil kerajaan negeri untuk  bersuara di dalam Parlimen.

Ditambah dengan salah satu DUN dalam Sungai Besar sudah pun dikuasai oleh DAP melalui Adunnya, Ng Suee Lim, kelebihan mendapatkan undi bukan Melayu yang berjumlah 33 peratus nyata berpihak calon PKR yang mewakili Pakatan Harapan.

Namun demikian, sekiranya Amanah mahu diberi peluang bertanding di Sungai Besar, maka parti itu mesti meletakkan kalangan pemimpin utamanya sebagai calon. Lebih baik dan ternampak keberanian jika Mohamad Sabu sendiri yang bertanding.

Di Kuala Kangsar, sebagaimana yang sudah dimaklumi bahawa calon BN, Mastura Mohd Yazid sudah mula dilihat sebagai beban dan mendatangkan banyak masalah, manakala calon Pas pula bukan dipilih untuk menang, ia memberi umpama tuah terbuka buat Pakatan Harapan.

Calon yang paling sesuai mewakili Pakatan Harapan di kawasan itu ialah Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak sebelum ini. Beliau dikenali ramai di seluruh Perak dan ada rekod kerja sebagai pemimpin yang cukup membanggakan.

Dengan Mastura berasal dari Negeri Sembilan, malah masih ahli UMNO Chembong dalam bahagian Rembau,  Dr Najihatussalehah dari Pasir Salak dan Nizar sebagai Adun Changkat Jering, bekas Menteri Besar Perak itu ternyata lebih hampir dengan Kuala Kangsar berbanding pesaing-pesaingnya.

Calon yang betul, kelemahan calon lawan, kedudukan Pas yang bukan lagi pembangkang berwibawa, banyaknya isu berkaitan Najib Razak yang boleh dimanfaatkan sebagai bahan kempen serta bantuan kempen oleh Tun Mahathir dan grup Selamatkan Malaysia, kecuali memang sudah ditakdirkan Tuhan,  di atas kertas semua kelebihan adalah berpihak kepada Pakatan Harapan sama di Sungai Besar mahu pun di Kuala Kangsar. (SH 31/05/2016).

PEMIMPIN MCA, MIC, GERAKAN HANYA BERETORIK TENTANG HUDUD – TINJAUAN

Posted: 30 May 2016 09:22 PM PDT

Comments (0)