Followers

Nuffnang

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:16 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


DEKLARASI RAKYAT SAHKAN TANDATANGAN TULIN, TOLAK DAKWAAN PEMALSUAN

Posted: 30 May 2016 09:11 PM PDT

TUMPOR YEOP, AHLI UMNO NEGERI SEMBILAN TANDING DI KUALE KANGSOR....

Posted: 30 May 2016 06:28 PM PDT

PRK K. Kangsar: Anak jati minta tukar calon



Maklumat yang diterima lewat malam tadi mengatakan calon BN pada pilihanraya kecil Kuala Kangsar iaitu Mastura Yazid, balu Wan Khairil Wan Ahmad, adalah ahli dan AJK UMNO cawangan Chembong dalam bahagian Rembau, Negeri Sembilan.

Ini bermakna, buat pertama kalinya, bukan saja ahli UMNO di luar Kuala Kangsar, bahkan daripada luar negeri Perak dipilih sebagai calon untuk bertanding di kawasan tersebut.

Tiadakah seorang pun daripada ribuan ahli UMNO Kuala Kangsar yang  sesuai untuk dijadikan calon?

Tiadakah juga seorang daripada ratusan ribu ahli UMNO daripada 24 Bahagian di seluruh Perak yang layak untuk dipertimbangkan menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar?

Kalau pun pemilihan Mastura kerana beliau seorang profesional, apakah di Kuala Kangsar dan Perak tiada seorang pun yang berkelulusan tinggi begitu?

Berbeza dengan parti-parti lain, UMNO adalah parti yang bersifat tempatan dan menguasai kerajaan dan oleh yang demikian, ia mempunyai struktur yang lengkap di setiap bahagian bagi mengisi pelbagai ruang dan peluang yang sudah tersedia sebagai sebuah kerajaan.

Parti-parti lain, disebabkan mereka tidak bermula sebagai sebuah kerajaan, maka soal calon tempatan atau calon luar tidak pernah berbangkit sama sekali.

Mereka yang berjuang atau bersengkang mata dalam UMNO, selain untuk mengekalkan kuasa, matlamat lain juga ialah untuk mengejar kedudukan sebagai wakil rakyat, exco kerajaan negeri, timbalan menteri, menteri serta pelbagai nikmat lain yang ada dalam pentadbiran kerajaan negeri mahu pun pusat.

Lantaran itu, dalam soal pemilihan calon wakil rakyat, adalah kelaziman ahli daripada bahagian itu sendiri yang akan dipilih. Kalau pun calon tersebut daripada luar, ia biasanya masih daripada negeri yang sama.

Hanya dalam kes-kes terpilih seperti Syed Hamid Albar dan Aziz Shamsuddin misalnya, pernah berlaku orang negeri lain bertanding di negeri lain. Syed Hamid ketika mula bertanding di Kota Tinggi adalah pemimpin UMNO di Bukit Bintang, tetapi kemudian terus berpindah keahlian ke Kota Tinggi. Aziz Shamsuddin pula dari Gopeng bertanding di Shah Alam.

UMNO memang merasakan hak untuk bertanding di sebuah DUN atau Parlimen atau hak ahli bahagian tersebut. Kecuali dalam kes-kes tertentu dan jarang-jarang berlaku, calon daripada luar yang dipilih sebagai calon.

Sebab itu, boleh dikatakan 99 peratus calon-calon UMNO dalam pilihanraya adalah orang tempatan, baik yang berjawatan dalam parti mahupun daripada kalangan yang agak dikenali oleh masyarakat setempat.

Lebih-lebih lagi dalam pilihanraya kecil, anak tempatan lazimnya lebih diutamakan kerana merekalah yang lebih tahu dan faham segala-galanya tentang kawasan yang mereka bertanding itu.

Sekiranya benar Mastura masih ahli UMNO dalam bahagian Rembau, ini adalah anjakan paradigma yang mengkagumkan sekali, bukan saja buat UMNO Kuala Kangsar tetapi juga buat UMNO Perak secara keseluruhannya.

Untuk masa-masa akan datang, oleh kerana UMNO Perak mempunyai 24 bahagian dan lebih besar daripada Negeri Sembilan yang ada 8 bahagian, mereka bukan saja boleh terus menerima kehadiran calon-calon luar, bahkan juga mesti mampu mengekspot anak jatinya sendiri bertanding di negeri-negeri lain.

Kalau tidak, naya orang Perak dan Kuale Kangsor yeop..tumpor le kite...

Atau mungkinkah Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO akan segera melakukan "silap mata" mengenai keahlian UMNO Mastura? (SH 29/05/2016).


Takkan menteri BN tidak dimaklumkan tentang usul hudud di Parlimen?

Posted: 30 May 2016 06:17 PM PDT




http://wrlr.blogspot.my/2016/05/semua-ini-hanya-wayang.html

m_kulasegaran-e1459240763289



KUALA LUMPUR, 31  MEI: Ugutan beberapa pemimpin BN untuk meletakkan jawatan mereka dalam kabinet jika undang-undang hudud berjaya dilaksanakan di negara ini menimbulkan persoalan sama ada mereka tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum usul dibentang.
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M. Kula Segaran menyatakan rasa hairan sama ada menteri-menteri BN dimaklumkan terlebih dahulu mengenai tindakan dua menteri UMNO yang bersetuju agar usul Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung Akta 365 dipercepatkan dalam Dewan Rakyat pada hari Khamis lalu.
Jelas Ahli Parlimen Ipoh Barat itu, beliau yakin bahawa rang undang-undang persendirian oleh Hadi itu tidak akan berjaya dimajukan sekiranya pemimpin-pemimpin BN tersebut berani mempertikaikan langkah unilateral UMNO memberi ruang kepada usul Hadi Awang.
"Sukar untuk dipercayai bahawa keputusan mengenai perkara sepenting itu tidak dibincangkan terlebih dahulu dalam Kabinet oleh UMNO dengan pemimpin-pemimpin MIC, MCA dan Gerakan.
"Tidak kira sama ada keputusan Kabinet telah dilanggar atau langkah memberi keutamaan kepada usul Hadi itu tidak dibincangkan dengan menteri-menteri berkenaan, ia menunjukkan bahawa UMNO tidak menghormati komponen parti BN yang lain," jelas beliau.
Pada 26 Mei lalu Abdul Hadi Awang diberi ruang untuk membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Dewan Rakyat.
Aturan mesyuarat diubah bagi membolehkan usul itu mendahului urusan kerajaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman dan disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Walau bagaimanapun, Hadi kemudiannya meminta agar perbahasan usul itu ditangguhkan ke sessi Parlimen seterusnya pada Oktober akan datang.
Disebabkan perkara itu, Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam semalam menyertai pemimpin MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Wee Ka Siong serta Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong yang membuat keputusan untuk meletak jawatan dalam kabinet jika undang-undang hudud dilaksanakan.
Terlebih dahulu, Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong telah pun meletakkan jawatan dan keluar parti sebagai tanda bantahan terhadap pembentangan usul persendirian tersebut.
"Sekiranya hudud dilaksanakan, tidak cukup sekadar menteri dan timbalan menteri MIC, MCA dan Gerakan meletakkan jawatan kerajaan. Parti-parti ini mesti berani untuk keluar daripada Barisan Nasional," tegasnya. – Roketkini.com

Rupa-rupanya Ridhuan Tee ahli seumur hidup MCA

Posted: 30 May 2016 06:17 PM PDT



PATUT KUAT MELALAK , RUPANYA PEMAKAN DEDAK NO WAHID...

Ridhuan Tee


KUALA LUMPUR, 31 MEI: Ridhuan Tee Abdullah penceramah bebas yang dikenali ramai hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan keluar MCA sebagai tanda protes ekoran penentangan berterusan parti berkenaan terhadap hudud.
"Sementara kita tidak terkejut beliau meninggalkan parti yang bagai kapal karam itu, pengakuan bahawa beliau merupakan ahli parti (MCA) seumur hidup amatlah mengejutkan ramai orang," demikian kata Ahli Jawatankuasa Sosialis Muda DAP (Dapsy) Kebangsaan, Muhammad Shakir Ameer.
Shakir justeru menuntut supaya MCA memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kaum Cina, kerana membenarkan individu yang bersikap 'ekstremis' menjadi anggota dalam parti itu.
Beliau turut melahirkan rasa hairan berikutan tiada tindakan yang diambil parti kaum cina terbesar itu terhadap Ridhuan sehingga kini.

Ridhuan, menurut Shakir, mengeluarkan banyak kenyataan berbaur perkauman, termasuk meminta supaya sistem sekolah vernakular dihapuskan kononnya bertujuan untuk memperkuatkan keharmonian antara kaum di negara ini.
"Satu lagi serangan Ridhuan terhadap MCA adalah berkaitan saranannya supaya MCA berterima kasih kepada kaum Melayu atas jawatan kabinet yang diterima.
"Kami tertanya-tanya mengapa MCA tidak pernah mengenakan tindakan terhadapnya ekoran kenyataan rasis, bersifat perpecahan dan anti-nasional itu," katanya.
Shakir yang juga Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam turut menyifatkan tindakan MCA yang sering menyerang kerjasama DAP dan PAS sebelum ini sebagai bermuka-muka berikutan pengakuan keahlian seumur hidup MCA Ridhuan Tee.

"Mungkin MCA lebih patut jaga tepi kain sendiri sebelum sibuk jaga tepi kain orang lain," ujarnya. 

PRK K. KANGSAR: ANAK JATI MINTA TUKAR CALON

Posted: 30 May 2016 06:03 PM PDT

BN BUAT LAWAK LETAK BALU BEKAS MP SEBAGAI CALON – HAMIDAH

Posted: 30 May 2016 05:57 PM PDT

Comments (0)