Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:25 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


[Gambar] Himpunan Infiru PAS peringkat Negeri Pahang

Posted: 08 May 2016 06:20 AM PDT

Himpunan Infiru (Jentera Pilihanraya) PAS Pahang pada hari ini di Kompleks Al Makmur Kerdau. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Himpunan Infiru PAS Pahang bagi mengumpul 4K tenaga Jentera Pilihan Raya PAS Pahang dalam menyatakan kesediaan PAS untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 14 akan datang.

Pengarah program, Hasenan Harun berkata, melalui himpunan ini Jabatan pilihan raya (JPrN) PAS Pahang ingin menyatakan komitmen PAS untuk mempertahankan kerusi N.15 Dun Tanjung Lumpur, N.12 Beserah di samping akan mengembalikan kerusi N.32 Kuala Semantan yang telah dilarikan parti serpihan (PAN).

Tambahnya, jentera yang hadir mewakili semua daerah mengundi yang PAS bertanding dan dengan itu pihaknya telah mengenal pasti beberapa lagi kerusi yang berpotensi untuk dimenangi.

Berikut adalah gambar-gambar ketika berkenaan sedang berlangsung.






PAN 'perosak' kesatuan dalam pembangkang

Posted: 08 May 2016 03:22 AM PDT

Sikap 'batu api' puak2 Amanah yg 'mencurah minyak' kepada pertelingkahan DAP dan PAS selepas muktamar PAS dahulu sebenar-benarnya telah membunuh kesatuan pembangkang dan melahirkan rasa curiga mencurigai sesama sendiri...

Golongan yang kononnya dianggap sebagai professional tetapi pada hakikatnya telah bertindak paling tidak matang apabila mengapi-apikan pertelingkahan DAP dan PAS.

Sepatutnya golongan professional ini berusaha sedaya upaya untuk menyatukan semula parti-parti dalam gabungan pembangkang masa itu di meja-meja rundingan demi menyelamatkan Pakatan Rakyat yang boleh dianggap sebagai gabungan kerjasama pembangkang yg terbaik pernah diwujudkan di dalam sejarah Malaysia. Tobat lepas ni tak akan wujud lagi pakatan pembangkang yg sebaik PAKATAN RAKYAT...!!

Apapun masalah boleh dibawak berunding dan berbincang masa tu ....apatah lagi kalau pembangkang benar2 mengambilkira kepentingan rakyat malah telah terlalu hampir untuk melangkah ke Putrajaya masa tu..! Ini rakyat jelas melihat dengan mata kepala sendiri....langsung takde usaha untuk mengamankan dan mendamaikan pertelingkahan dalam PR masatu... Negara2 yg berperang pun boleh berbincang di meja rundingan tapi pembangkang takde usaha ke meja rundingan..

Nak harapkan golongan professional geng2 Mat Sabu...?? hampeh...!! Makin jadi 'batu api' kat DAP suruh PR berpecah..!!

Tapi apa nak buat.... dah karana dek kerana perasaan kecewa dan dendamnya yg meluap-luap puak2 Amanah ini terhadap PAS maka usaha memisahkan DAP dan PAS lebih diutamakan oleh mereka daripada berusaha untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat ketika itu.

Sokongan puak2 Amanah terhadap DAP membuatkan DAP makin naik syok untuk mengenepikan PAS daripada gabungan pembangkang (PR) dan membuatkan DAP tidak sabar2 untuk sendiri-sendiri mengistiharkan Pakatan Rakyat bubar sekalipun tanpa persetujuan Anwar Ibrahim terlebih dahulu selaku Ketua Umum PR ketika itu...!! Sepatut Ketua Umum yang istihar bukannya DAP... Di situpun dah tahu DAP tak betul..!!!

Punya berlagak DAP dan Amanah seolah-olah semudah-mudahnya macam petik jari je untuk mengwujudkan semula gabungan pembangkang yang sebaik Pakatan Rakyat..

Buktinya Pakatan Harapan GAGAL menobatkan mereka lebih baik atau setanding dengan Pakatan Rakyat yg pernah diwujudkan... Pilihanraya Sarawak adalah buktinya...!! Haru biru..!!

Sebabtu golongan Professional jangan berlagak konon mereka lebih cerdik sangat sampai tergamak menghina golongan ulamak2 yg mereka ingat tidak secerdik mereka... Walhal para ulamak2 mendahului keputusan2 yg mereka buat dengan sholat Istiqorah dan sholat2 sunat bagi mendapatkan petunjuk Allah....Sedang golongan professioanal buat keputusan pakai akal semata-mata...!!

Buat masa ni seburuk-buruk BN pun tetapi 10 kali lebih baik dari Pakatan Harapan selagi DAP bersama di dalamnya... Itu realitinya...!!

tranungkite.net

Comments (0)