Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:11 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Kesombongan DAP 'diajar' pengundi Sarawak, pengerusi DAP Sarawak harus dipersalahkan

Posted: 07 May 2016 10:23 PM PDT

Apa yg berlaku di Sarawak merupakan satu pengajaran paling pahit buat DAP secara umumnya, dan DAP Sarawak secara khusus.

Oleh kerana terlalu sombong dan berlagak seolah2 mereka mempunyai sokongan yg kuat, akhirnya diajar oleh pengundi sarawak.

Akhirnya 5 kerusi DAP jatuh ke tangan BN.

Apa yang bermula di sarawak, berakhir juga di sarawak. Perlu kita ingat kembali, permulaan perpecahan pakatan rakyat bermula di Sarawak, apabila pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen memutuskan hubungan dengan PAS kerana menentang isu hudud.

DAP Sarawak kuat memainkan isu agama konon untuk menonjolkan kepada pengundi Sarawak bahawa mereka adalah pembela kebebasan agama. Isu agama tidak langsung mempengaruhi rakyat sarawak kerana orang sarawak memang mengamalkan toleransi agama yang kuat berbanding di semenanjung.

Isu federal, Najib, 1MDB dan GST langsung tidak laku. DAP terlalu fokus kpd retorik dan ceramah maki hamun.

Pertembungan sesama sendiri antara pkr dan dap juga diajar oleh pengundi dengan memberikan kemenangan kepada bn. Malah sebaik sahaja keputusan diumumkan, dap mula menunding jari kepada PKR tanpa melihat kepada kesilapan sendiri.

Usaha untuk menembusi kerusi bumiputera dengan projek impian sarawak langsung tidak berhasil. DAP kalah di kesemua kerusi bumiputera yang ditandingi. Memancing undi dengan isu pembangunan nampaknya bagai mencurah air ke daun keladi. Saya ingin lihat apakah projek ini akan diteruskan selepas ini.

Chong Chieng Jen selaku pengerusi DAP Sarawak wajar dipersalahkan diatas prestasi buruk DAP Sarawak kali ini. Beliau harus meletak jawatan. Beliau telah banyak membuat hulu hala.

Muhamad Harris Nasril

Pemuda Kelantan bersyukur kemelut Husam selesai

Posted: 07 May 2016 07:30 PM PDT

Pemuda PAS Kelantan bersyukur kerana kemelut yang melanda parti dan kerajaan negeri akibat tindakan salah seorang wakil rakyat PAS di negeri ini, Datuk Husam Musa yang sering mengkiritik parti dan kerajaan berakhir dengan tindakan pemecatan seperti yang diumumkan oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS.

Justeru, masa sekarang ialah bekerja dan memperkukuhkan jentera parti di semua peringkat di Dun Salor. Tindakan ini juga tentunya merupakan satu pembebasan terhadap Datuk Husam Musa untuk bergerak melalui wadah yang dipilihnya sendiri.

Sokongan sepenuhnya Pemuda PAS Kelantan terhadap keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS. Selamat maju jaya kepada Datuk Husam Musa.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan

BN menang 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan

Posted: 07 May 2016 06:19 PM PDT

Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan baharu dengan kemenangan bergaya apabila menang majoriti lebih dua pertiga atau 72 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11).

Kemenangan itu lebih besar maknanya apabila BN merampas tujuh kerusi majoriti Cina termasuk kerusi panas iaitu Batu Kawah yang dimenangi Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian.

Mengikut pecahan parti komponen BN, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang semua 40 kerusi ditandingi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menang tujuh, Parti Rakyat Sarawak (PRS) menang semua 11 kerusi, Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menang tiga kerusi, dan calon langsung BN menang 11 kerusi.

Dua kerusi dimenangi mereka pada hari penamaan calon 25 April lalu menerusi kemenangan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Bukit Sari dan Dr Abdul Rahman Ismail (Bukit Kota).

Pengerusi BN Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri pada jam 10 malam tadi.

Adenan antara yang meraih kemenangan awal, berjaya mempertahankan kerusi Tanjong Datu dengan 6,360 undi. Adenan mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi. Jazolkipli hilang deposit setelah meraih 468 undi.

Menurutnya, ia menunjukkan sokongan rakyat bertambah kukuh terhadap BN di negeri ini. Malah, kemenangan di kerusi-kerusi majoriti Cina yang sebelum ini dikuasai Parti Tindakan Demokratik (DAP) membuktikan sokongan kaum itu kembali beralih kepada BN.

Kemenangan besar dilakar BN kali ini, katanya, merupakan pencapaian bersejarah khasnya bagi Sarawak.

"Kita berjaya memenangi 72 daripada 82 kerusi ditandingi, iaitu lebih daripada dua pertiga, lebih tepat lebih tiga perempat, atau kira-kira 87 peratus. Memang kita menjangkakan kemenangan dua pertiga tetapi tidak sebesar ini.

"Malah, kita berjaya merampas semula Batu Kawah, Repok, Meradong, Dudong dan Piasau daripada DAP (Parti Tindakan Demokratik) iaitu kawasan majoriti Cina bermakna 'berlakunya ayunan kembali.'

"Di kawasan yang kita tewas, menunjukkan majoriti undi DAP menurun," katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri Lama, malam tadi.

Adenan menambah, DAP bukan sahaja tewas beberapa kerusi bandar, malah gagal memenangi sebarang kerusi luar bandar yang ditandingi.

Beliau berkata, kejayaan merampas lima kerusi yang sebelum ini dimiliki DAP, tidak hanya disebabkan faktor pertembungan antara satu sama lain dalam kalangan calon parti pembangkang, tetapi disumbang faktor lain.

"Itu mungkin salah satu faktor tetapi kalau ditambah jumlah undi antara kedua-dua calon pembangkang, jumlah undi diperoleh calon BN tetap lebih banyak," katanya.

Dalam pada itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di 40 kerusi menang tiga kerusi; Parti Tindakan Demokratik (DAP) bertanding di 31 kerusi menang tujuh.

Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) yang bertanding di lima kerusi, Parti Islam SeMalaysia (PAS) di 11 kerusi, Parti Amanah Negara (PAN) di 13 kerusi; Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) di 11 kerusi dan calon Bebas 36 orang semua kecundang.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata peratusan turun mengundi ialah 70 peratus atau seramai 777,018 orang pengundi bagi 80 kawasan.

Pada 2011, BN menang 55 daripada 71 kerusi, DAP (15), PKR (3) dan satu oleh calon Bebas.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan pada 11 April, dan disusuli dengan penamaan calon pada 25 April.

Seramai 1,138,650 orang layak mengundi pada kali ini.

theborneopost

BN kekal bentuk kerajaan Sarawak 11 kali berturut-turut

Posted: 07 May 2016 06:48 AM PDT

Barisan Nasional (BN) meraih majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri Sarawak buat penggal ke-11 berturut-turut setelah memperoleh 42 kerusi pada pukul 8.40 malam pada Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) ke-11 hari ini.

Setakat ini, pembangkang memperoleh enam kerusi iaitu DAP empat dan dua oleh PKR.

Antara meraih kemenangan awal ialah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Adenan yang berjaya mempertahankan kerusi Tanjung Datu dengan 6,360 undi.

Adenan mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi. Jazolkipli hilang deposit setelah meraih 468 undi.

Presiden Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing mengekalkan kerusi Baleh dengan mengalahkan calon DAP, Agop Linson dengan majoriti 4,793 undi.

Pada hari penamaan calon, 25 April lepas, BN menang dua kerusi - Bukit Sari dan Bukit Kota - tanpa bertanding.

Pada 2011, BN menang 55 daripada 71 kerusi, DAP (15), PKR (3) dan satu oleh calon Bebas.

bernama/ bharian

Comments (0)