Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:15 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Pulau Pinang dikuasai seorang diktator - Adun DAP

Posted: 06 May 2016 10:02 AM PDT

Dalam kita sibuk beri tumpuan pada PRN Sarawak Adun DAP Tanjong Bungah di Pulau Pinang Teh Yee Cheu mendakwa dalam NST bahawa di Pulau Pinang kerajaannya lemah dan ia dikuasai secara "one man show" oleh seorang individu yang paling berkuasa.

Baru-baru ini dua lagi Adun iaitu Ong Kok Fooi (Berapit -DAP) dan Dr Norlela Ariffin (Penanti -PKR) turut mendakwa bahawa Adun di negeri berkenaan sebenarnya tiada berkuasa. Yang beekuasa cuma seorang individu tanpa menyebut nama atau jawatan Ketua Menteri.

Teh menambah beliau tiada nasalah dengan pentadbiran negeri cuma seorang sahaja individu yang paling berkuasa yang tidak menyenanginya.

Kata Teh lagi beliau bukan sahaja mahu mencari kesalahan kerajaan negeri namun sekiranya sesuatu itu tidak betul adalah merupakan tanggungjawabnya untuk memperbetulkan ia.

Rupanya begitulah DAP bila berkuasa. Kerajaan negeri dibentuk nelalui muafakat wakil-wakil rakyat tetapi yang berkuasa mutlak cumalah Jetua Menterinya.

Demokrasi dan kebebasan ala DAP....

roslan sms

Sebulat suara Husam dipecat

Posted: 06 May 2016 01:16 AM PDT

TINDAKAN TATATERTIB KE ATAS YB. DATO' HAJI HUSAM BIN HAJI MUSA

DENGAN ini dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tatatertib PAS telah meneliti aduan salah laku terhadap YB. Dato' Haji Husam bin Haji Musa dan setelah mempertimbangkan kes ini dari semua aspek serta setelah mengambil kira kepentingan Parti dan perjuangannya, maka Jawatankuasa Tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April 2016 mendapati YB. Dato' Haji Husam bin Haji Musa melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS, maka Jawatankuasa Tatatertib dengan sebulat suara bersetuju:

"Berdasarkan peruntukan Fasal 82(6)(d) Perlembagaan PAS (Pindaan 2011), Jawatankuasa Tatatertib PAS membuat keputusan mengambil tindakan tatatertib ke atas YB. Dato' Haji Husam bin Haji Musa, iaitu "MEMECAT DARI MENJADI AHLI PAS BERKUATKUASA PADA HARI KEPUTUSAN (23/4/2016)"

DR SANUSI DAENG MARIOK
Pengerusi
Jawatankuasa Tatatertib PAS

Penduduk kecewa DAP tak bela nasib setinggan di Miri

Posted: 05 May 2016 09:08 PM PDT

Kampung Api-Api adalah sebuah kawasan penempatan setinggan yang wujud di pinggir bandaraya Miri sejak 35 tahun lepas dengan kebanyakan penduduk di situ adalah kaum Iban.

Terletak hanya 10 kilometer dari pusat bandaraya ini, kehidupan 256 isi rumah di kawasan itu dalam keadaan daif tanpa bekalan elektrik serta tidak mampu membeli rumah.

Bagi Dubah Samak, 54, hidup tanpa bekalan elektrik sudah sebati dengan rutin hariannya malah set generator digunakan hanya dibuka menjelang waktu senja ataupun waktu-waktu tertentu seperti cuaca panas dan majlis keramaian bagi menjimatkan kos.

Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, pendapatan bulanan wanita itu sebagai buruh hanya kira-kira RM400 sebulan dan tidak mampu menggunakan generator sepanjang masa dengan kos penyelenggaran mencecah RM500 sebulan.

Justeru, Dubah dan penduduk lain di kawasan itu dahagakan kemudahan bekalan elektrik, sebuah jambatan dan peluang memiliki rumah.

Menurut Dubah, sepanjang lima tahun DAP di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau, perkara sedemikian tidak dapat ditunaikan oleh pemimpin-pemimpinnya.

Beliau mendakwa selepas memenangi pilihan raya negeri (PRN) pada 2011, tiada seorang pun pemimpin pembangkang datang menjenguk nasib mereka.

"Yang bersungguh-sungguh membantu kami iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun sudah kalah di kawasan ini namun mereka tetap turun padang membina jalan dan memberi peruntukan untuk menampung kos operasi mesin generator," katanya kepada Bernama.

Cakap tak serupa bikin

Timbalan Pengerusi I, Jawatankuasa Kampung Api-Api, Rimban Mawang, 40 berkata penduduk di situ sudah kecewa dengan prestasi DAP dan PKR yang selama ini 'cakap tak serupa bikin'.

"Mereka hanya tahu untuk memburuk-burukkan calon BN dan menggunakan isu besar untuk menentang BN, namun tidak tahu untuk turun padang dan membantu kami.

"Misalnya, kami mahu sebuah jambatan untuk menghubungkan dengan jiran-jiran di kampung itu. Kami menyuarakannya kepada DAP namun selepas itu tidak kelihatan kelibat mereka," katanya.

Beliau berkata apabila pemimpin BN turun padang, mereka terus sahaja bersetuju untuk membina jambatan sementara itu.

Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa kampung berkenaan, Ita Ujuh, 34, bersyukur kerana jambatan kayu itu sudah siap dibina oleh kerajaan BN.

"Cuma sekarang kami masih berharap agar kerajaan negeri dapat memajukan kehidupan kami dengan memindahkan kami ke kawasan perumahan baharu," katanya.

Pada PRN 2011, calon DAP, Alan Ling Sie Kiong mengalahkan calon BN dari SUPP, Tan Sri Dr George Chan dengan majoriti 1,590 undi.

Pada PRN 2016, Sabtu ini, wakil DAP itu akan mempertahankan kerusi itu dengan dicabar oleh Setiausaha Agung SUPP, Datuk Sebastian Ting.

bernama/ malaysiakini

Tan Sri Khalid bantu kempen calon PAS di Sarawak

Posted: 05 May 2016 05:50 PM PDT

Kehadiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke Bintulu bagi membantu kempen calon PAS bagi kerusi Samalaju, Zharudin Narudin kelmarin, menambah bahang kempen pilihan raya negeri Sarawak yang masuk fasa kedua minggu ini.

Bekas menteri besar Selangor itu turun padang menemui orang ramai di Pasar Tamu Bintulu pada pagi Isnin bersama jentera PAS di kawasan itu.

PAS Sarawak dalam Facebooknya turut memaparkan gambar Khalid yang memakai baju berwarna putih dan bersongkok beramah mesra dengan orang ramai di situ.

Kerusi Samalaju menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Zharudin, Majang Renggie (BN), Baba Emperan (DAP) dan Michael Lias (Bebas).

Samalaju adalah salah satu daripada 11 kawasan DUN baru di Sarawak.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diminta mengulas kehadiran Khalid berkata, mana-mana wakil rakyat Bebas berhak menyokong mana-mana parti yang bertanding dalam pilihan raya.

"Beliau wakil rakyat bebas, berhak menyokong mana-mana parti yang bertanding dalam pilihan raya. Saya dimaklumkan beliau datang berkempen bersama dengan calon PAS," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS di Kuching.

Hadi, ketika ditanya adakah Khalid akan turut menyertai PAS, berkata: "Itu kena tanya dialah, dia belum mohon lagi."

malaysiakini

Comments (0)