Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:25 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Helikopter bawa Timb. Menteri, Ahli Parlimen hilang dari radar di Sarawak

Posted: 05 May 2016 03:37 PM PDT

Sebuah helikopter yang membawa VVIP dilapor hilang daripada radar di Kuching , Sarawak, semalam.

Helikopter yang turut dinaiki Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dilaporkan hilang dari radar selepas berlepas dari Betong sebelum dijadualkan mendarat di Tarmac Hornbill Slyways.

Ia dilaporkan hilang jam 5 petang berhampiran kawasan Sebuyau.

Selain Datuk Noriah, turut dilaporkan hilang termasuk suami Noriah, MP Kuala Kangsar, Wan Mohammad Khairil Anuar dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai.

Berikut senarai VIP yang terlibat:

  1. Datuk Noriah Kasnon, Timbalan Menteri MPIC
  2. Tuan Asmuni bin Abdullah (suami TM)
  3. Datuk Dr. Sundaran Annamalai, KSU MPIC
  4. Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Pengerusi MPOB/ MP Kuala Kangsar
  5. Ahmad Sobri bin Harun (pengawal peribadi)

Comments (0)