Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:12 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Undi PAN bermakna dia undi untuk kemenangan Umno

Posted: 25 May 2016 10:53 PM PDT

Berdasar pengalaman pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, PAS menjangka parti serpihan, PAN dijangka berdepan dengan PAS pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Malah PAN juga menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bagi berhadapan dengan PAS.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata sedangkan teras politik Melayu di negara ini hanya PAS atau Umno.

Katanya, berdasar sejarah pilihan raya di kawasan majoriti Melayu yang menguasai pentas politik sama ada PAS atau Umno.

"Jadi maknanya rakyat kena cerdik sama ada hendak memberi kemenangan kepada PAS atau Umno. Semua undi yang tidak datang kepada PAS akan memberi kemenangan kepada Umno.

"Begitu juga sesiapa yang mengundi PAN secara tidak langsung akan memberi kemenangan kepada Umno. Mengundi PAN bermakna ada pihak yang berhasrat untuk menangkan Umno," katanya di sini.

Pada PRN Sarawak baru-baru ini PAS bertembung dengan PAN di lima kerusi iaitu Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Semalam PAN pula mengumumkan bersedia bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada pilihan raya kecil 18 Jun ini sebagai mewakili Pakatan Harapan.

Che Abdullah juga berkata PAS Kelantan telah menyusun jentera bagi menghadapi sebarang kemungkinan pertandingan tiga penjuru pada PRU akan datang.

"Boleh dikatakan setiap malam kita mengadakan dialog dan penerangan kepada rakyat.

"Kita tidak ada masalah untuk berdepan dengan Umno atau PAN. Kita yakin biar pun kerajaan ada kelemahan kecil namun kita tidak menganiayai rakyat," ujarnya.

Comments (0)