Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:08 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Kor Ming tarik balik status fitnah Najib, janji tak buat lagi

Posted: 16 May 2016 12:15 AM PDT

Kes saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terhadap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming akhirnya selesai secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Kes itu selesai selepas Kor Ming menarik balik status bergambar yang didakwa memfitnah Najib dan Rosmah.

Pada prosiding di hadapan Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjenid, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib dan Rosmah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya menerima kenyataan kesal yang dibacakan peguam Alex Tan Chie Sian bagi pihak Kor Ming.

Chie Sian berkata, gambar yang dimuat naik berserta status 'Siapa PM Malaysia yang sebenar, Jawab!' diambil di China ketika perdana menteri dalam persiapan untuk pulang ke Malaysia selepas dimaklumkan berhubung kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah.

"Dengan itu saya melahirkan rasa kesal kerana gambar itu disalah tafsir dan diberi maksud luar daripada konteks.

"Saya dengan ini menarik balik status yang dimuat naik bagi merujuk kepada gambar itu dan berjanji untuk tidak menyiarkan status sama pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu Mohd Hafarizam memberitahu mahkamah, pihaknya menerima kenyataan kesal itu berdasarkan keikhlasan defendan menarik balik status bergambar itu dan akujanji untuk tidak mengulanginya.

Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid kemudiannya merekodkan penghakiman persetujuan bagi penyelesaian kes saman berkenaan.

Saman atas kapasiti peribadi itu berhubung tindakan Kor Ming yang didakwa memuat naik status memfitnah mereka berdua di laman Facebook miliknya.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan 11 Jun tahun lalu, Najib dan Rosmah mendakwa pada 29 Mac tahun lalu, Kor Ming memuat naik gambar mereka berdua berserta status dalam akaun Facebook atas namanya.

Gambar dan status yang dimaksudkan adalah gambar Najib dan, Rosmah bersama beberapa menteri kabinet dan pegawai tertinggi Wisma Putra dalam sebuah bilik hotel di China.

sinar harian

Berkecai dilanggar Tren

Posted: 15 May 2016 08:20 AM PDT

Seorang lelaki maut dengan mayatnya berkecai selepas dilanggar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) ketika cuba melintas landasan kereta api itu dalam kejadian di Kilometer 110.45 Kodiang-Anak Bukit, berhampiran Megat Dewa, di Alor Setar petang tadi.

Mangsa, Mohd Afendy Yaziz, 20, yang menetap di Megat Dewa, Kodiang, dekat sini, dipercayai seorang penganggur.

Difahamkan, dalam kejadian pada jam 4.40 petang itu, mangsa bertindak melompat pagar untuk pergi ke kedai runcit di seberang landasan sebelum dilanggar kereta api terbabit yang datang dari arah Arau ke Jitra, Kedah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan, Abd Rahim Abdullah, ketiak mengesahkan kejadian, berkata cebisan mayat mangsa bertaburan sejauh satu kilometer di atas landasan berkenaan.

Beliau berkata, cebisan mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan. Akibat kejadian itu, kereta api berhenti hampir setengah jam sebelum meneruskan perjalanan," katanya.

bharian

Comments (0)