Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:13 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


JDT rangkul juara kali pertama Piala FA

Posted: 14 May 2016 09:18 PM PDT

Johor Darul Takzim (JDT) muncul juara Piala FA buat pertama kali setelah menang tipis 2-1 ke atas PKNS FC pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, malam tadi.

PKNS terlebih membuka tirai jaringan di awal perlawanan menerusi sepakan penalti pemain import dari Argentina, Gabriel Miguel Guerra pada minit keenam.

Tersentak dengan gol awal PKNS, JDT cuba bangkit sebelum mendapat sepakan penalti yang disudahkan oleh Safiq Rahim pada minit ke-16.

Gol kemenangan JDT hadir melalui jaringan padang menerusi import berbisa mereka, Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-35 sekaligus menobatkan kelab milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) itu sebagai juara Piala FA musim 2016.

PAS tiada keperluan untuk bersama PH

Posted: 14 May 2016 05:00 PM PDT

PAS Terengganu menolak pelawaan DAP, PKR dan PAN bagi menyertai Pakatan Harapan (PH) di negeri ini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat menolak pelawaan terbuka Pakatan Harapan itu kerana beranggapan tiada keperluan berbuat demikian.

Malah, katanya PAS lebih relevan bertanding menentang Umno dan kerajaan BN di negeri ini berdasarkan beberapa faktor.

"Dalam konteks negeri Terengganu ini hanya PAS yang lebih relevan untuk bertanding melawan Umno dan BN di Terengganu berdasarkan beberapa faktor, antaranya jentera yang kukuh untuk melakukan gerak kerja ke arah kemenangan parti dan kelebihan itu tidak ada pada parti pembangkang lain.

"Sebelum ini, PKR umum tanding di 32 kerusi Dun (Terengganu). Bagi PAS, kita ada kekuatan sendiri berdasarkan rekod-rekod yang lalu.

"Kita akan menggerakkan persiapan untuk hadapi pilihan raya (PRU14) di 32 Dun dan lapan Parlimen," tegasnya sebagai respons kepada pelawaan ketiga-tiga parti itu mengajak PAS menyertai PH di negeri ini bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru dalam PRU14.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka berkata, PAS mempunyai kekuatan jentera parti di Kelantan dan Kedah.

Justeru, katanya sebarang kerjasama berhubung pembahagian kerusi tidak timbul kerana PAS tidak terlibat dalam perjanjian bertulis dengan Pakatan Harapan di negeri ini.

Menurutnya, PAS kini perlu berhati-hati jika mahu mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti.

"PAS apabila berjanji kita setia. Di Sarawak, ia bermula dengan DAP yang ada 'kuasa autonomi' untuk singkir PAS Sarawak (dalam Pakatan Rakyat).

"Masa dalam Barisan Alternatif (BA), DAP keluar, kemudian masuk balik, kemudian keluar. Ini menunjukkan DAP bukanlah rakan setia.

"Mungkin dia (DAP) tengok isyarat daripada masyarakat Cina Sarawak yang tidak menyebelahi dia. Kalau sikap DAP berterusan, tidak mustahil mereka akan hilang kuasa di Pulau Pinang," ujarnya lagi.

Mengulas mengenai kemungkinan tiga penjuru yang mahu dielakkan Pakatan Harapan sebagaimana berlaku pada PRN Sarawak yang hanya melemahkan kedudukan pembangkang, beliau seolah-olah tidak bimbang dengan perkara itu.

Kata beliau, pertandingan tiga penjuru boleh dielakkan sekiranya masing-masing menilai kekuatan parti sendiri.

Realitinya, ujar beliau DAP dan PAN tiada kekuatan dan tiada keperluan untuk bertanding di negeri ini.

"Bagi kita (PAS) Terengganu, sudah biasa berhadapan tiga penjuru khususnya penyertaan calon Bebas dan beberapa kawasan masih berpotensi dimenangi PAS walaupun tiga penjuru itu berlaku," katanya lagi.

Menurutnya, PKR, DAP dan PAN sepatutnya berbincang sesama sendiri jika benar-benar mahu menumbangkan Umno BN.

40 tahun kuliah tafsir, ada perisik dihantar untuk menyiasat - TG Abdul Hadi

Posted: 13 May 2016 07:15 AM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sepanjang beliau menyampaikan kuliah tafsir al-Quran di Masjid Rusila selama 40 tahun, tidak ada yang menyalahi undang-undang.

Menurutnya, walaupun ada pihak perisik tentera dan cawangan khas polis ditugaskan untuk menyiasat sepanjang kuliah itu disampaikan tetapi tiada kesilapan untuk diambil tindakan.

"Ada kalangan yang cuba buat siasatan khususnya pihak kerajaan dalam masa 40 tahun.

"Saya terima kedatangan perisik-perisik tentera dan cawangan khas polis yang sudah bersara, dan pihak-pihak yang lain yang datang meminta ampun dan maaf kerana mereka ditugaskan untuk mengkaji tafsir-tafsir saya kalau ada yang salah, yang menyalahi undang-undang nak diambil tindakan.

"Tak ada yang menyalahi hukum walaupun mereka menggunakan pasukan-pasukan dari Pusat Islam untuk mengkaji sekiranya ada kesilapan untuk diambil tindakan," ujarnya semasa berucap pada Majlis Khatam Tafsir Al-Quran kali kedua di Masjid Rusila, hari ini.

Bahkan, katanya ada dalam kalangan mereka yang berjumpa beliau meminta maaf setelah bersara kerana menjalankan tugas berkenaan.

"Alhamdulillah, saya maafkan mereka semua, mereka minta maaf dan kita maafkan semua dan sebahagian mereka sudah meninggal dunia," ujarnya dalam nada yang sebak.

Comments (0)