Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:21 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Egokah PAS tanding semua kerusi PRK?

Posted: 13 May 2016 05:08 PM PDT

Sehari dua ini berlegar cadangan agar PAS memberi laluan kepada parti lain di PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar. Lebih panas ianya dizahirkan salah seorang Ahli Parlimen Pas yang tergelincir satu roda dari landasan.

Perbagai hujah akal dan ilmu politik disandarkan agar PAS menuruti cadangan pelik ini. Walaupun tidak MUSTAHIL tindakan ini akan berlaku dalam politik tanah air.

Parti Amanah Negara ( PAN ) awal-awal lagi menonjolkan kehendak hati akan bertanding di dua Kerusi parlimen ini untuk menjatuhkan UMNO. ( ada orang senyum dan gelak ) Mereka mempertaruhkan kebarangkalian itu dan ini.

Hari ini tersebar cadangan bekas Menteri Besar Selangor, yang mungkin menjadi jurucakap PKR, beliau mengambarkan perlu ada percaturan dan kerjasama di kalangan pembangkang untuk hadapi PRK ini.

Ini katanya....

Saya bersetuju PAS bertanding di kerusi Parlimen Sg Besar dan Kuala Kangsar.
Pembangkang harus tunjukkan komitmen berpadu jika mahu mengambil alih Putrajaya GE14. Bertanding untuk tewas bukanlah pilihan bijak. Masa kini adalah untuk konsolidasi. Satu langkah ke belakang bukan bererti mengalah. Ia pilihan bijak untuk maju ke depan pada masa hadapan.
Rakyat sedang perhati tindak tanduk kita. Mahu dan boleh bersatu di ketika tekanan paling tinggi atau merelakan diri untuk musnah dalam tindak tanduk yg tidak teratur dan tidak bijak.
"Kecil jangan disangka anak. Besar jangan disangka bapak".

TS Muhammad Muhammad Taib. "

( Ungkapan ini lebih bermaruah daripada cadangan bekas ketua Penerangan Pas yang seolah menjadi jurucakap PAN)

Ayatnya disusun atur lemah lembut, berstrategi dan pengharapan yang besar. Unsur ugutan yang lunak merayu dan penuh kiasan berlapik-lapik.( saya tidak tahu apa kefahaman orang lain)

Tapi kerjasama politik tanpa pakatan kukuh tidak ke mana. Apatah lagi PAS baru pulih dari tsunami dalaman yang hampir mengobah perjalanan 60 tahun parti Islam terbesar ini. PAS terselamat dari perancangan jahat musuh luar dan dalam.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mampu mengemudi bahtera PAS dengan selamat sehingga kini. Biarlah pegawai tertinggi pemerintah dan kelasi terjun kelaut berpindah kapal lain. PAS terus mampu harungi PRN Sarawak persendirian.

Sebelum ini PAS pernah membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja. Orang kuat DSAI pernah mengetuai pentadbiran PAS selama beberapa penggal ( Datuk Kamarudin Jaafar ). Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sendiri pernah menjawat Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat sesi lalu.

Kisah Ibrahim Ali pastinya tidak dilupai seluruh ahli PAS. PAS menerima sesiapa sahaja selagi tidak melanggar prinsipnya. Kenapa PAS sehingga kini tidak menerima TSKI walaupun ada khabar angin ingin bersama PAS?

Bagi saya ini kerana PAS adalah parti yang sangat berprinsip. Tidak kianat pada parti kawan. Tidak terima wakil Rakyat yang lompat.

Walaupun PKR terbukti menerima Wakil Rakyat PAS yang lompat. PAN jangan cakaplah...semua wakil rakyatnya daripada kerusi PAS. Mereka tanpa segan silu melarikanya.

Padahal PAS boleh menerima TSKI dan PAS mendapat satu kerusi Parlimen dan satu DUN jika menerimanya. Tapi PAS punyai prinsip yang jelas.

Berbalik kepada PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar, saya yakin PAS tidak perdagangkan Prinsip yang dipertahakan selama ini. PAS akan harungi apa jua halangan dari musuh-musuh tradisi dan baharu.

PAS sudah pertegas akan memperkukuhkan pembentukan blok pakatan pembangkang baharu bersama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Ia merupakan blok ketiga selain Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan bagi menghadapi PRK dan Pilihan Raya Umum kali ke 14.

Justeru itu saya yakin dan percaya PAS tidak sesekali mengadaikan Kawasan tradisi ini kepada mana-mana parti dan Pakatan lain untuk menghadapi Barisan Nasional di PRK ini.

Ini kerana semua tindakan yang diambil walaupun tidak disenangi rakan pakatan dan bekas rakan tahaluf, membuktikan semua langkah dan tindakan politik Presiden PAS terbukti benar dalam banyak perkara sebelum ini.

Bermula dengan tragedi Langkah Kajang, Krisis Menteri Besar Selangor, Isu Hudud, Isu tahaluf, isu cadangan piliharaya kerajaan tempatan oleh DAP dan banyak lagi, telah memperlihatkan kematangan PAS dan mengekalkan prinsip Islam, telah terbukti PAS berada dilandasan betul dan selamat.

Ternyata benar Tuan Guru Haji Hadi Awang mempunyai ilmu politik yang mampu menyelamatkan umat manusia sejagat.

Sekian,

Naraza Muda

Ulama Bangladesh dihukum gantung

Posted: 13 May 2016 07:42 AM PDT

Ulama Bangladesh dihukum gantung !!!!

Semalam dunia telah kehilangan seorang
tokoh ulama besar daripada Bangladesh, Sheikh Motiur Rahman Nizami yang juga merupakan seorang pemimpin jemaah islam di Bangladesh. Beliau dihukum gantung kerana dituduh melakukan jenayah yang berkaitan tahun 1971 ketika Perang Kemerdekaan suatu ketika dahulu..

Kata beliau sebelum dihukum gantung :

"Aku hidup sudah hampir 73 tahun dan menghidapi pelbagai penyakit. Aku boleh mati bila-bila sahaja.
Tetapi Allah hendak memuliakan aku dengan mati syahid di jalanNya.

Maka janganlah kalian takut, dan janganlah minta keampunan selain daripada Allah. Janganlah kalian doakan aku untuk terus hidup tetapi doakanlah supaya aku tetap pendirian dan diterima di sisi Allah kerana syahid di jalan Allah adalah cita-cita aku yang tertinggi !!!"

Comments (0)