Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:10 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Keputusan PRN Sarawak seawal jam 11 malam

Posted: 30 Apr 2016 03:26 AM PDT

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berharap keputusan penuh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 7 Mei ini, diketahui seawal 11 malam.

Beliau berkata, pihaknya akan memperhebatkan segala bentuk komunikasi dan penggunaan semua logistik bagi memastikan proses pengiraan undi pada Sabtu depan, berjalan lancar.

"Kita berharap pada 6 petang, kita sudah boleh umum (keputusan) kawasan-kawasan tertentu dan (bagi) keseluruhan 82 kerusi Dun pada 11 malam dapat umum parti-parti mana yang menang," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu Program Dalam Radar di Bernama Radio semalam.

Terdahulu, ketika di dalam konti pada program itu, beliau berkata faktor keadaan sesuatu kawasan yang agak jauh dan cuaca pada hari berkenaan juga mempengaruhi jika berlaku kelewatan untuk mengumumkan keputusan.

"Kita seboleh-bolehnya, apabila tutup kawasan pengundian kita akan bawa peti-peti undi menggunakan kenderaan dan logistik yang ada seperti helikopter, perahu, feri dan kenderaan pacuan empat roda.

"Kita juga akan bekerjasama dengan polis bagi memastikan keselamatan dan kelancaran proses pengiraan undi pada hari tersebut," katanya.

Dari segi keperluan logistik, Mohd Hashim berkata SPR menggunakan 5,057 kenderaan termasuk van, 663 perahu, 64 bot laju dan 38 helikopter, selain 21,000 petugas SPR, bagi memastikan kelancaran proses pengundian dan pengiraan undi.

Mohd Hashim berkata SPR juga menyediakan pelan sokongan bagi memastikan masalah bekalan elektrik tidak berlaku pada hari pengundian.

Katanya PRN Sarawak disifatkan sebagai pilihan raya paling aman kerana sikap toleransi masyarakat berbilang kaum dan etnik di negeri berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd Hashim yang baru menerajui SPR selama empat bulan, berkata pihaknya mengadakan pelbagai program bersesuaian untuk mendekati golongan muda kerana masih ramai kumpulan berkenaan yang tidak mendaftar sebagai pengundi, malahan tidak mengetahui mengenai proses pilihan raya.

bernama

Saya masih Menteri Besar - Razif

Posted: 30 Apr 2016 02:48 AM PDT

"Saya masih lagi memegang jawatan MB (Menteri Besar) dan saya akan teruskan tugas seperti biasa," demikian tegas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman.

Ahmad Razif menyatakan perkara berkenaan ketika diminta mengulas mengenai perasaan beliau setelah genap seminggu menjalankan tugas selepas Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin lucut semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada beliau.

Ahmad Razif yang juga Adun Seberang Takir itu juga turut memaklumkan bahawa fokus beliau kini adalah untuk memastikan agenda pembangunan rakyat diteruskan.

"Saya akan teruskan (pembangunan untuk rakyat)... selagi saya masih memegang jawatan MB dan saya tidak ada apa-apa lagi untuk dijelaskan," katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah tanah Terengganu Halal Business Centre dan Perasmian Karnival Usahawan Anak Terengganu (KUAT) di Perkarangan Sabasun Hyperuncit, Gong Badak, petang tadi.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai kesahihan sama ada beliau ada mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum memulakan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Rabu lalu, beliau enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak ada apa-apa ulasan...saya minta maaf...terima kasih semua," katanya ringkas sebelum meninggalkan majlis berkenaan.

Program yang dihadiri petang ini merupakan majlis rasmi yang pertama dihadiri Ahmad Razif selepas genap seminggu berdepan dengan kemelut sehingga kesemua gelaran beliau ditarik balik.

Ahmad Razif yang kelihatan tenang sepanjang menghadiri majlis berkenaan dan ketika berucap dihadapan kira-kira 100 tetamu beliau memaklumkan kerajaan negeri akan merangka lebih banyak aktiviti untuk rakyat di negeri ini.

sinar harian

Comments (0)