Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:06 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


Ulang tahun 70 tahun Umno disambut sederhana

Posted: 07 May 2016 05:03 PM PDT

Karnival Himpunan Hari UMNO sempena ulang tahun ke-70 parti itu yang dijadual berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 14 Mei ini dibatalkan.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata keputusan itu dibuat kepimpinan parti yang sedih dan berdukacita atas insiden nahas helikopter AS350 yang melibatkan enam penumpang termasuk pemimpin UMNO.

"Walaupun persiapan telah dibuat sepenuhnya dan perancangan telah dilakukan, kami berpandangan ini bukan masa sesuai untuk meneruskan acara tersebut apatah lagi rasa sedih yang bukan saja menyelubungi ahli keluarga mangsa tetapi juga ahli UMNO dan rakyat seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Adnan berkata pembatalan itu termasuk acara sukan UMNO dan larian bendera UMNO yang kini berlangsung di seluruh negara.

Bagaimanapun, katanya, sambutan ulang tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dijadualkan pada 11 Mei akan diteruskan secara sederhana termasuk bacaan surah Yasin dan Tahlil bagi mengenang pemimpin terdahulu, perjuangan UMNO dan memperingati mangsa nahas helikopter itu.

"UMNO juga merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan kami terus berdoa agar usaha pencarian mangsa nahas berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT," katanya.

Mangsa nahas kedua disahkan

Posted: 07 May 2016 01:21 AM PDT

Dato' Sri Mohd Najib Razak mengesahkan bahawa identiti jasad kedua yang ditemui pagi ialah KSU Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai. Pengesahan itu dibuat berdasarkan ujian DNA dan barang milik peribadi yang ada dibadan mangsa.

Comments (0)