Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:16 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


GUAN ENG MENIPU DALAM SIDANG DUN PULAU PINANG

Posted: 25 May 2016 11:51 PM PDT

DATO' LOKMAN ADAM:


"Magnificent Emblem tidak berjaya dalam tender terbuka untuk membeli tanah tersebut kerana tidak mematuhi syarat permintaan untuk cadangan (RFP), bukan sepertimana yang didakwa anasir-anasir tidak bertanggungjawab.

"Tender tersebut akhirnya ditawarkan kepada Weslite Dormitory (Penang-Juru) Sdn Bhd yang menawarkan harga tertinggi.

"Hanya sebidang tanah di Juru yang ditender sedangkan tender di Batu Kawan tidak diteruskan."

Tiga petikan transkrip di atas merupakan petikan ucapan dan jawapan Ketua Menteri Regim DAP Pulau Pinang sewaktu ditanya tentang skandal banglo dan tanah Taman Manggis yang melanda kerajaan Negeri dan beliau pada 18 Mei 2016 yang lalu.

Dokumen-dokumen kerajaan negeri yang didedahkan pula menunjukkan sebaliknya.

Apakah tindakan yang telah dan bakal diambil oleh  Speaker DUN Pulau Pinang dalam perkara ini?



Sent from Samsung tablet.

Taktik Pembangkang Serang Pemimpin, Institusi Kerajaan Untuk Racuni Pemikiran Rakyat

Posted: 25 May 2016 08:25 PM PDT

JOHOR BAHRU, 25 Mei – Memang sudah menjadi taktik pembangkang sejak sekian lama  untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan, khususnya melakukan serangan peribadi terhadap pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

ADUN Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, apabila rakyat sudah tidak ada keyakinan kepada pemimpin-pemimpin, maka lebih mudah kepada pihak pembangkang ini menguasai pemikiran rakyat serta mudah untuk mereka berusaha untuk menumbangkan kerajaan.

"Selain menghilangkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin kita, mereka (pembangkang) juga berusaha untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap institusi penting dalam kerajaan seperti Badan Kehakiman, Kementerian Dalam Negeri, Pertahanan, inilah sasaran-sasaran utama mereka untuk diganggu-gugat demi menghakis keyakinan rakyat.

shamsul bari jamali"Justeru itu, kita harus berhati-hati dan kita boleh menyaksikan apa yang terjadi hari ini apabila pembangkang yang selama ini mengkritik kerajaan BN di peringkat pusat mahupun negeri, mereka sendiri gagal dan tidak mampu melaksanakan apa yang mereka katakan khususnya selepas menawan beberapa negeri pada PRU11 yang lalu," ujarnya yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri Johor.

Tambahnya, terbukti apa yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang terbaik dalam soal pembangunan dan pembelaan terhadap rakyat.

"Namun, masih ada ruang untuk kerajaan BN untuk memperbaiki khidmat baktinya kepada rakyat kerana kita bukanlah sesempurna mana, namun peluang dan ruang harus diberikan untuk kita memperbaiki perkhidmatan kita kepada rakyat.

"Rakyat juga harus sedar dan menilai sendiri kewajaran untuk menukar kerajaan sedia ada sebagaimana yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang, khususnya dalam usaha mereka menawan Johor dan kerajaan di peringkat Pusat, adakah khidmat dan pembelaan yang mereka diberikan selama ini mewajarkan niat tersebut?

"Adakah dengan menukar kerajaan, kita boleh menangani segala masalah yang timbul? Jadi, persoalan tersebut harus dijawab atau dibuat penilaian dahulu sebelum kita menimbulkan hasrat untuk menukar kerajaan sedia-ada. Jangan terpedaya dengan dakyah pembangkang, kerana akhirnya rakyat yang akan menjadi mangsa kerakusan politik kebencian yang diwujudkan oleh pihak pembangkang ini," tambahnya lagi.-MediaUMNO



Sent from Samsung tablet.

Lotus Elise Received Autocar Readers Champion Award

Posted: 25 May 2016 07:00 PM PDT



· Award marks anniversary year of original Elise's launch

· New Lotus Elise Sport starts from just £29,900

Beating some of the best cars ever built, the landmark Lotus Elise has been announced as Readers' Champion during the prestigious Autocar Awards, after tens of thousands of motoring fans voted in an online competition.

From a starting roster of 50, the final shortlist of cars contained just ten contenders and voting was tight as the two-week competition drew to a close.

Receiving the award during the Autocar Awards ceremony on Tuesday evening at Silverstone, Jean-Marc Gales, CEO of Group Lotus plc said: "Winning the Readers' Champion Award shows what a key role the Elise continues to play in the automotive industry.

When it was launched it shook the rest of the automotive industry into acknowledging and understanding the importance of lightweight when producing class-leading sports cars – redefining the segment.

It is one of the all time greats which is always copied but never equalled."

Jim Holder, Editorial Director, Haymarket Automotive said, "The Lotus Elise is a car that embodies all that Autocar and its readers love about sports cars, combining pace, agility and a purity of purpose.

Our testers named their favourite 50 cars and tens of thousands of readers proceeded to choose the winner. It was hotly contested, of course, but the Lotus Elise is a well deserved Readers' Champion winner."

The lightweight hand-built sports car from Hethel, Norfolk has long been regarded as a benchmark for handling and performance and providing a level of precision and driver involvement that rivals cannot match.

Following the founder of Lotus, Colin Chapman's engineering principles of performance through light weight, the Elise is perfectly tuned for demanding British roads, providing a pure yet involving and agile driving experience.

The latest model, the Elise Cup 250 reaches 60 mph in just 3.9 seconds yet produces only 175 g/CO2 per 100 km.
With prices starting at under £30,000 for the Sport edition, the Lotus Elise also proves that outstanding hand built British sports cars don't have to cost a six-figure sum.

The Autocar Readers' Champion Award not only coincides with the anniversary of the car's first year on sale, but also with the 50th celebration of the move to the company's famous factory in Hethel.

As the spiritual home of the Elise, it's another reason for the company and its millions of fans to celebrate in 2016.

SPRM LENGKAPKAN SIASATAN TERHADAP LIM GUAN ENG

Posted: 25 May 2016 05:21 AM PDT

BERHUBUNG siasatan SPRM terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, SPRM telah melengkapkan siasatan tersebut dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk membuat keputusan ke atas kertas siasatan yang dikemukakan kepadanya.

Sekiranya Tan Sri Mohamed Apandi berpuas hati terhadap keterangan kertas siasatan yang dikemukakan, maka tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil.

Sebaliknya, sekiranya siasatan SPRM didapati tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil.

Perkara tersebut adalah selaras dengan Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana kuasa mendakwa adalah di tangan Peguam Negara.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

25 MEI 2016

Shafie Apdal buat U-Turn

Posted: 25 May 2016 02:06 AM PDT

SIAPA sangka, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta agar jentera Barisan Nasional (BN) bekerja keras sehingga calon parti itu menang pada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) 18 Jun nanti?

Shafie merupakan salah seorang pemimpin parti yang turut terlibat dalam Deklarasi Mahathir dengan tujuan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain Shafie, dua lagi pemimpin Umno yang ‘derhaka’ kepada kepimpinan tertinggi parti adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin (bekas Timbalan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (bekas Menteri Besar Kedah).

Bagaimanapun, dua pemimpin itu bertindak keterlaluan dengan memfitnah dan mengikut setiap celaan dari Tun Dr Mahathir Mohamed ke atas Perdana Menteri.

Ketika Mahathir menyeru kepada rakyat untuk menyokong pembangkang dan mengalahkan calon BN dalam pilihan raya, Shafie bertindak sebaliknya.

Dalam Majlis Perasmian Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar di Pulau Lihak-Lihak, Semporna semalam, Shafie dilaporkan telah meminta para jentera BN untuk tidak alpa dalam menghadapi lawan di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Jangan alpa, setiap perkara adalah cabaran, bukan hanya kita mendampingi masyarakat tetapi kehidupan rakyat juga perlu diambil perhatian sepanjang masa,” katanya kepada pihak media.

Adakah Shafie sudah mula membuat pusingan ‘U’ dengan kenyataan ini? Umum mengetahui, Deklarasi Mahathir bukan sahaja mahu Najib Razak turun, tetapi juga berhasrat agar BN kalah dan tidak lagi membentuk kerajaan.

Mungkin juga tindakan Mahathir yang sudah melampaui batas dan tidak lagi seperti dahulu menyebabkan Shafie mula muak dan tidak senang dengan agenda deklarasi berkenaan.

Semestinya di pihak Perdana Menteri akan berpegang kepada prinsip berjiwa besar andai kata Shafie mahu berbaik-baik semula dan memohon maaf atas kesilapan yang pernah dia lakukan sebelum ini. –Tv14

- See more at: http://www.tv14.my/2016/05/25/shafie-apdal-buat-u-turn-tidak-lagi-bersama-deklarasi-mahathir/#sthash.XpnGRX3o.pMyBoge9.dpuf

Comments (0)