Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:11 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


Kemeriahan Sambutan Gawai Dayak di Sarawak

Posted: 22 May 2016 07:07 PM PDT

Setiap tahun masyarakat Iban, Bidayuh dan lain-lain etnik Sarawak akan menyambut Gawai bermula 31 Mei dan berakhir 1 Jun setiap tahun.

Gawai bermaksud pesta, dan pesta yang di sambut ialah pesta menuai. Sambutan Gawai Dayak tidak meriah sekiranya tidak ada pertandingan ratu cantik mencari gadis untuk dinobatkan sebagai kumang

Berikut adalah sebahagian kumang yang telah menyertai pertandingan di seluruh daerah di Sarawak termasuk Pulau Labuan untuk tahun 2016



















#GAYU GURU GERAI NYAMAI

PAN akui memperalatkan Tun Mahathir

Posted: 22 May 2016 06:17 PM PDT


Pembangkang mengakui 'memperalatkan' Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi kerjasama dalam menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana kata Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad, pembangkang menyedari adalah sukar berdepan Barisan Nasional (BN) tanpa penglibatan Dr. Mahathir kerana majoriti orang Melayu masih memberi sokongan kuat kepada parti itu dan Najib.

Dalam soal kerjasama dengan Dr. Mahathir berhubung deklarasi menjatuhkan kerajaan, Khalid berkata, tiada persetujuan dibuat yang bekas Perdana Menteri itu atau pemimpin UMNO lain akan menggantikan Najib sekiranya kerjasama tersebut berjaya.

"Kita manfaatkan Dr. Mahathir kerana dia masih ada sokongan. Ketika ini, hanya sekitar 40 peratus orang Melayu menyokong pembangkang, manakala selebihnya terus berada di pihak UMNO, jadi sukar untuk tumbangkan Perdana Menteri," katanya dalam ceramah anjuran pembangkang di Kampung Petani di sini malam tadi yang dihadiri kira-kira 50 orang.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, beliau mahu penyokong pembangkang faham kerjasama berkenaan bukan kerana mereka menyanjungi bekas Perdana Menteri keempat itu tetapi bermotifkan politik.

"Kita tidak maafkan Dr. Mahathir atas apa yang dilakukan beliau sepanjang 22 tahun memerintah negara dan kita juga tidak sayang kepadanya, ini kerjasama politik semata-mata," katanya.

Sementara itu, Khalid turut memberi amaran kepada Pas supaya tidak mendabik dada dan menganggap parti berkenaan le­bih hebat dan diterima pengundi berbanding PAN.

"Sejarah parti itu lebih lama dalam politik tetapi ketika bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, mereka kehilangan deposit di tujuh kawasan," katanya.

Dalam pada itu, bekas pemimpin Pas yang kini Penasihat PAN, Ahmad Awang turut memberi bayangan pembangkang tidak akan tunduk kepada amaran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah kawasan tradisi Pas.

Menurut beliau, Pas tidak boleh menganggap kedua-dua kerusi itu sebagai kawasan mereka kerana tidak pernah menang sepanjang bertanding di situ.

"Pas bertanding empat kali tetapi kalah, jadi bagaimana boleh kata itu tempat mereka," katanya.

Utusan


Sent from Samsung tablet.

Keluhan penghuni kuarters hospital Johor Bahru.

Posted: 22 May 2016 05:19 PM PDT

Baru 3 bulan menjadi penghuni kuarters Seri Murni Hospital Sultanah Amin ahli,  Johor Bahru. 

"Bulan ke-2 hilang tayar belakang motor , kena gak dekat rm1k. Tak sampai sebulan ganti tayar dgn rim belakang, hilang brake pump depan pulak. Kuarters berpagar siap dgn guardhouse tapi hampeh!!!!! Mohon jangan aku jumpa budak yg buat kerja ni, takut takleh nak tahan sabaq ......



Sent from Samsung tablet.

Pelajar Tingkatan Enam Naik Taraf

Posted: 22 May 2016 05:01 PM PDT


Berkuatkuasa hari ini, semua 10 pusat Tingkatan Enam Mod 1 di seluruh negara kini dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mahdzir berkata keputusan itu dibuat dalam usaha kementerian memantapkan imej, kualiti dan sistem pendidikan Tingkatan Enam sekali gus sebagai memberikan motivasi kepada pelajar berkenaan.

"Bagaimanapun penamaan kepada Kolej Tingkatan Enam ini hanya diberikan kepada pusat Tingkatan Enam Mod 1 sahaja.

Dengan langkah penamaan kepada kolej ini diharapkan pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar dengan cemerlang di Tingkatan Enam ini," katanya selepas Majlis Perasmian Kolej Tingkatan Enam Taman Mahsuri di sini, Ahad.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Datuk Abdullah Mad Yunus dan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Sofaruddin Ismail,

Katanya pusat Tingkatan Enam Mod 1 mempunyai premis berasingan dengan sekolah arus perdana dan mempunyai pentadbiran tersendiri serta beroperasi dengan sekurang-kurangnya 12 kelas.

Mod 2 pula merujuk kepada pemusatan kelas Tingkatan Enam sekurang-kurangnya 12 kelas di blok berasingan di sekolah arus perdana manakala Mod 3 merujuk kepada pemusatan kurang daripada 12 kelas dan berkongsi blok di sekolah arus perdana.

Mahdzir berkata selain itu Kolej Tingkatan Enam mempunyai premis dan pentadbiran yang tersendiri, guru yang dilantik khas dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran prauniversiti yang kondusif.

Beliau berkata pada 2020, Kolej Tingkatan Enam itu dijangka bertambah sebanyak 44 buah, pusat Tingkatan Enam Mod 2 (91 buah) dan Mod 3 (384 buah).

Sementara itu Mahdzir berkata Kolej Tingkatan Enam Taman Mahsuri ini juga nanti akan dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam Kulim yang kini mempunyai hampir 600 pelajar Tingkatan Enam.

Ketika berucap, beliau mahu pelajar menjadi insan yang berjaya dan mampu membawa negara ke era yang lebih gemilang.

"Kita tidak mahu ada politik kebencian dan tidak membenarkan rasis perkauman dan kementerian mahukan mereka berjaya pada masa hadapan," katanya.

-- BERNAMA


Sent from Samsung tablet.

Jawapan balas oleh menteri kerja raya kepada Pulau Pinang

Posted: 22 May 2016 02:47 AM PDT

DATO' LOKMAN ADAM:
Kenyataan Media Menteri Kerja Raya

22 Mei 2016

Saya mengambil maklum kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng hari ini yang akan menghantar surat kepada saya minggu hadapan bagi memohon pembinaan jambatan ketiga Pulau Pinang.

Saya mengalukan surat itu.

Pada masa sama, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Lim kerana mengesahkan Kerajaan Persekutuan tidak pernah menolak atau memberi kesukaran kepada kerajaan Pulau Pinang bagi menerima kelulusan membina jambatan ketiga sehingga memaksa kerajaan Pulau Pinang membina terowong bagi menggantikannya.

Saya juga mengambil maklum YAB Lim turut mengakui semalam beliau tidak mempunyai keberanian secukupnya untuk mengemukakan pernohonan bagi kelulusan seumpama itu sebelum ini, biarpun fakta yang diakui beliau, kos membina jambatan adalah lebih rendah sehingga RM2 bilion daripada pembinaan terowong.

Kerajaan Persekutuan pada dasarnya dan kementerian ini khususnya komited dalam meningkatkan infrastruktur awam di Malaysia. Sebagaimana permohonan atau cadangan bagi projek pembinaan, kementerian ini akan membuat penilaian bagi setiap projek berdasarkan manfaatnya dan kos jangka panjang serta kebaikan untuk rakyat.

Pada masa sama, ia termasuk permintaan daripada kementerian kepada kerajaan Pulau Pinang untuk turut mengemukakan kesemua dokumen berkaitan dengan permohonan mereka, termasuk kajian tiga projek yang menelan kos RM305 juta, di mana saya difahamkan sudah disiapkan atau hampir disiapkan, yang telah dilantik Kerajaan Pulau Pinang serta sudah dibayar.

DATO' SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF
Menteri
Kementerian Kerja Raya Malaysia

Ops kesan bangkai helikopter dipecah kepada 4 sektor

Posted: 22 May 2016 02:18 AM PDT



22 MEI: Sebanyak empat sektor diwujudkan bagi mencari bangkai helikopter AS350 yang terhempas di Sungai Batang Lupar, Sarawak yang mengorbankan enam mangsa, awal bulan ini.

Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, fokus utama pencarian ketika ini adalah di Sektor A iaitu kawasan seluas 42 kilometer persegi berhampiran Lingga.

"Hasil perbincangan antara agensi terlibat, pencarian adalah tertumpu di Sektor A di mana tiga mangsa serta serpihan pesawat ditemui.

"Operasi di sektor berkenaan yang bermula Rabu (18 Mei) dijangka mengambil masa antara 10 hingga 14 hari dengan menggunakan peralatan sonar," katanya.

serpihan heliSementara itu, beliau berkata, TLDM akan menggunakan Sonar Pengimbas Sisi – Klein 3900 untuk mengesan bangkai helikopter itu.

"Sistem ini mampu memaparkan imej dasar laut, sungai serta tasik. Ia merupakan sistem atau peralatan sonar yang beresolusi tinggi kerana dapat dioperasikan pada frekuensi 900 kHz atau 445 kHz.

"Pihak berkuasa terus komited untuk melaksanakan pencarian bangkai pesawat helikopter bagi menyiasat punca kejadian. Operasi mencari dilaksanakan secara bersepadu," katanya.

Ahmad Kamarulzaman berkata, operasi pencarian ini diketuai oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan disertai agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, cabaran utama yang dihadapi pasukan pencarian adalah keluasan kawasan pencarian, arus deras, air sungai yang keruh dan buaya.

"Buat masa ini tiada sebarang petunjuk ditemui yang menjurus kepada penemuan bangkai pesawat.

"Bagaimanapun usaha mengesan dan mencari masih giat dilaksanakan dan diharap usaha bersepadu ini akan membuahkan hasil," katanya.

Dalam tragedi 5 Mei lepas, helikopter jenis Eurocopter AS350, yang dinaiki lima penumpang serta juruterbang, dipercayai terhempas di Sungai Batang Lupar di Sebuyau, dan sehingga kini badan utama pesawat itu masih belum ditemui.

Kesemua enam mangsa – Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya Asmuni Abdullah, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun; Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai; serta juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas berjaya ditemukan.

Pada 12 Mei lepas, Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dilaporkan berkata pencarian bangkai helikopter itu masih diteruskan bagi membolehkan siasatan punca berlakunya kemalangan itu dijalankan.



Sent from Samsung tablet.

Comments (0)